Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Disini saya ingin ceritakan pengalaman saya bersalin anak pertama saya secara ceaser. Saya lahir awal seminggu dari tarikh due saya. Pada awalnya saya mengalami sakit dan diberi pulang ke rumah kerana doktor cakap laluan saya baru 2cm. Saya pulang ke rumah pada 10 malam. Pada esok hari 10 pagi saya telah serah diri semula kerana saya merasa sakit semula dan tubuh badan saya mula berasa lemah seakan mahu demam dan wajah saya juga pucat. Saya telah dimasukkan ke wad pada pukul 7 petang. Pada jam 730 petang saya mengisi perut saya biskut kering dengan air milo dan tiba tiba saya merasa seperti hilang selera makan. Jadi saya pun baring sekejap sambil menunggu doktor pusing wad. Pada waktu itu saya boleh tertidur apabila saya sedar, saya terkejut dihadapan saya ada seorang Sister tengah cuba kejutkan saya untuk bangun. Saya pun terkejut terus bangun duduk. Sister itu cakap saya berpeluh peluh, badan menggigil, dan dia terus mengambil suhu saya. Saya didapati demam dengan suhu yang tinggi. Dia terus meminta saya bangun dan dipimpinnua saya ke salah satu bilik di wad tersebut. Saya diminta berbaring dan lantas dia memanggil dan memarahi doktor praktikal yang baru sahaja tiba di wad tersebut. Doktor terus dapatkan saya dan bertanya beberapa soalan. Saya dengan segera memohon maaf kerana saya dia dimarahi Sister. Doktor itu lantas bercakap bukan salah saya dan dia akui kesilapan dia sendiri kerana terlewat. Dia maklumkan yang saya akan dipecahkan ketuban kerana suhu badan saya tinggi boleh jejeskan bayi. Jadi beberapa minit kemudian, saya telah siap dipecahkan ketuban dan saya diminta ke bilik sebelah untuk pantau kontraksi bayi sebelum saya ditolak masuk ke Labour Room. Pada jam 10 malam saya telah dimasukkan ke Labour Room. Kadar kontraksi saya semakin kuat. Dalam beberapa minit kemudian kontraksi saya semakin kuat dan semakin kuat. Saya menyedut gas berulang kali sehingga saya rasa gas tersebut tidak membantu saya. Saya mengubah posisi kiri dan kanan dan tidak dapat menahan kesakitan yang semakin kuat itu. Misi disitu mengusap perut saya berulang kali sambil bercakap untuk bayi saya tenang dan katakan ibunya sakit sangat. Saya berzikir selawat sambil menyedut gas berulang kali. Saya jadi tidak keruan menahan kontraksi. Saya memohon pada misi disitu untuk bantu saya kurangkan rasa sakit saya. Jadi misi itu buat pemeriksaan laluan saya pada pukul 1 pagi didapati laluan saya masih 2cm. Misi terus katakan dia boleh berikan saya injection untuk tidur sekejap tetapi hanya sekali saja. Jika saya terjaga sebelum masa kemuncak, saya tidak boleh lagi gunakan ubat tersebut. Saya mohon agar saya diberikan ubat itu segera kerana saya tidak dapat menahan sakit lagi. Sepanjang saya disitu saya tidak boleh minum atau makan kerana saya diminta puasa. Jika apa apa berlaku saya akan ditolak masuk bilik bedah. Jadi saya tidur sebentar. Bila saya terjaga saya dengar bunyi bising didalam bilik saya. Rupanya mereka sedang bersembang beramai ramai kerana ada seorang patient cina hendak lahir waktu itu tetapi dia tidak mahu beri kerjasama. Jadi saya dalam keadaan masih lagi lali saya dapatlah dengar apa mereka sembang waktu itu. Agak lama juga saya dapat dengar. Tiba tiba sakit saya sikit demi sedikit saya boleh rasakan. Dipaparan komputer itu kadar Kontraksi saya menaik memuncak dari awal saya masuk disitu . Tiada langsung kadar yang menurun. Jadi sudah tiba waktu memuncak saya saat itu. Hanya allah sahaja yang tahu betapa sakitnya waktu itu. Saya meraung meronta mengatakan sakit. Saya cuba minta untuk minum air sedikit kerana saya terlalu dahaga dan tekak saya berasa kering menahan sakit waktu itu. Saya diberikan satu gelas hanya sekali sedut sahaja habis air di dalam gelas tersebut. Saya meminta lagi tetapi misi katakan tidak boleh. Jadi waktu itu suami saya dibenarkan masuk. Saya merayu pada suami katakan saya sakit, saya dahaga, saya sudah tidak tahan. Saya sedut gas berulang kali lagi dan terus saya sedut gas itu tanpa buang lagi. Saya terus sedut kerana saya rasa cara itu sakit waktu itu saya boleh tahan sedikit dari sebelum itu. Jadi kerana itu saya sekejap terlelap sekejap terjaga seperti orang tidak terarah jadinya. Entah berapa lama saya begitu. Apabila saya sedar buat kali terakhir saya betul betul tidak dapat menahan lagi, saya rasakan seperti hendak buang air besar sekejap air kecil , jadi tak keruan saya waktu itu. Saya menjerit berkata hendak buang air besar, misi masuk terus memarahi saya cakap itu hendak keluar bayi bukan air besar. Push sahaja jika rasa begitu. Saya push push berkali saya berkata tidak boleh. Tetapi ada benda nak keluat cuma tidak boleh push. Seperti tersekat dirahim. Misi memarahi saya berkali kali dan keluar tinggalkan saya meraung bersama suami dibilik itu. Pada waktu itu juga saya melihat ada satu kumpulan doktor praktikal lalu ditingkap dan terus masuk ke bilik saya bersama doktor perempuan india iaitu doktor pakar. Dia terus tenangkan saya sambil dia buat pemeriksaan laluan saya. Dia terus memanggil misi dan arahkan beberapa doktor praktikal itu untuk sediakan surat dan beberapa orang diminta buat pemeriksaan laluan saya untuk pembelajaran mereka mungkin. Jadi sekelip mata mereka siapkan saya untuk ditolak masuk ke bilik bedah. Laluan saya telah buka 8cm waktu itu tetapi laluan anak saya pula sempit sudah tersekat kepala. Jadi dengan pantas saya diberitahu tentang surat kematian yang akan ditanda tangani dan isi isi surat tersebut. Saya juga diberitahu sedikit penerangan tentang cucuk epidural oleh doktor bedah. Saya meminta doktor itu cepat cucukkan kepada saya agar saya boleh hilang sakit waktu itu. Dengan sekelip mata semua kesakitan saya hilang dan saya juga hanya rasa separuh badan saya sahaja. Saya juga dibedah dan selamat lahirkan anak lelaki saya pada pukul 1230 tengah hari. Alhamdulillah syukur anak saya cukup sifat , cukup lengkap jarinya. Anak saya sempat buka mata sekejap semasa berada di dada saya, saya menciumnya dan dia telah dibawa ke NICU. Saya masih dalam operasi keluarkan uri dan jahitan waktu itu. Tidak lama kemudian selesai sesi ceaser saya. Inilah pengalaman bersalin saya yang pertama dan akhir. Belum rezeki saya lagi untuk rasakan pengalaman seterusnya. Sekian disini sahaja cerita saya. Jumpa lagi xoxo. [ EykaaaMikkaaa ]
PENGALAMAN BERSALIN SAYA
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!