Diuji 6 Kali Kehilangan, Ibu Hebat Ini Kongsi Pengalaman GDM On Insulin, Bersalin Awal Baby Seberat 3.6Kg!

Pengalaman gdm semasa mengandung, ibu ini kongsi kisah sepanjang kehamilan sehinggalah detik melahirkan anak selepas enam kali keguguran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengalaman kehamilan setiap wanita sememangnya berbeza. Ada yang melalui perjalanan tanpa sebarang masalah, ada juga perlu berdepan pelbagai ujian. Seorang ibu berkongsi pengalaman gdm semasa mengandung sehingga dia terpaksa on insulin dan dipantau oleh pakar.

Bersalin ketika kandungan memasuki usia 35 minggu, ia semestinya sesuatu pengalaman yang cukup mendebarkan buat Ain Malik. Dia sempat berkongsi kisah yang dilaluinya dalam menimang cahaya mata pertama.

Pengalaman GDM semasa mengandung, kena on insulin dan ulang alik klinik

Pengalaman GDM semasa mengandung. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Penantian selama 11 tahun lahirlah seorang anak lelaki amanah daripada Allah SWT.

Selama 11 taun inilah satu-satunya anak yang selamat dilahirkan. Saya diuji dengan empat kali keguguran, satu kali bayi hilang dalam kandungan.

Manakala pada tahun 2021, bayi keenam meninggal dalam perut pada usia 28 minggu. Tak sangka Allah gantikan dengan kandungan baru selepas dua bulan anak ke-6 meninggal.

Sepanjang mengandung kali ini, saya diuji dengan GDM yang tinggi dan kena insulin. Selalu keluar masuk wad. Buat pemeriksaan dua minggu sekali dari awal mengandung. Sepanjang perjalanan ini juga, saya dijaga oleh seorang pakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali temu janji klinik, memang doktor akan buat imbasan untuk tengok perkembangan bayi. Doktor sangat teliti dan menjaga kandungan saya.

Siap pesan kalau awal-awal rasa tidak sedap hati, segera ke hospital. Hari-hari pun tidak apa pergi kalau rasa kandungan lain macam. Tapi bila masuk je usia kandungan 34 minggu, doktor dah set tarikh untuk pembedahan caesarean.

Doktor plan bersalin czer ketika usia kandungan 36 minggu

Dua hari sebelum czer, akan cucuk ubat untuk matangkan paru-paru bayi sebanyak 4 kali. Masuk 35 minggu, bayi kurang gerak dan setiap malam pergi hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kandungan 35 minggu 5 hari, dah kena masuk wad sebab doktor rancang nak czer genap 36 minggu, iaitu pada 8/7/2022. 

Hari pertama kena cucuk ubat matang paru-paru jam 10 pagi. Sakit sangat! Bacaan gula pula mencanak naik, BSP 12+. Memang kesan dari cucuk ubat tu. 

Jam 10 malam, dos kedua dan tertidur. Jam 4.30 pagi, mul rasa sakit pinggang. Bangun pergi ke tandas dan baring semula. Rasa sengal-sengal dekat pinggang lagi.

Pukul 5.30 pagi, jururawat datang periksa darah dan buat CTG. Tengok-tengok dah ada kontraksi. Kelam kabut jururawat dan doktor yang kerja malam, mereka telefeon pakar yang jaga saya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jam 6 pagi, jururawat datang suruh tukar baju dan terus habiskan dos ubat matangkan paru-paru yang dua kali sekalikan. Lama sakit cucuk, pedihnya Ya rabbi. Solat subuh cepat-cepat atas katil.

Jam 7 pagi doktor periksa jalan dah 3 sentimer, terus cepat-cepat tolak ke bilik pembedahan. Alhamdulillah jam 8.24 pagi, bayi selamat dilahirkan.

Terima kasih doktor dan jururawat O&G Hospital UITM Puncak Alam.

Perkongsian ini telah mendapat lebih 3,000 tanda suka dalam kalangan ibu-ibu yang lain. Tidak kurang dengan itu, ada yang tumpang gembira sekali melihat bayi begitu ‘semangat’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baby sayang, awak makan nasi ke dalam perut? Debabnya pipi, geramlah!

Susah payah mak jaga dia dalam perut. Sekali keluar Allah anugerah baby comel sangat..pipi bambam nau…hilang rasa sakit sebelum ni..Amin..semua selamat…tahniah puan

Ya Allah 3.68kg pipi dah macam tu. Cutenya alahai, anak saya 3.88kg dan emergency czer juga. Tapi pipi tidak labuh macam tu. Tahniah ya puan 😍😍😍

Baru 36weeks berat dah cecah 3.6kg, kalau keluar cukup bulan ni. Silap-silap boleh cecah 4kg😍 apapun thniah sis dan baby. Korang berjaya berjuang sampai si baby dalam pelukan

Bukan itu sahaja, ada yang bertanyakan bayaran dan kos bersalin di Hospital UITM Puncak Alam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut salah seorang ahli kumpulan Facebook berkenaan, Nur Hafizah, kos bersalin normal dalam RM2,000. Jika caesar, 3500. Tapi itu belum termasuk kos lain seperti kena masuk wad lama atau ibu/ bayi ada masalah lain.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Cara Dapatkan Bacaan BSP Yang Cantik & Normal, Ibu Hamil Yang Ada GDM Wajib Tahu!

Baca juga: Anda Disahkan Ada Diabetes (GDM) Ketika Hamil, Benarkah Ini Mengancam Nyawa Bayi Dalam Kandungan?

Baca juga: Makanan Untuk Menurunkan Gula Darah, Petua Tanpa Ubat Untuk Ibu Ada GDM (Diabetes)