Dunianya Menjadi Gelap Sebaik Saja Bersalin, Rupanya... - Ibu Ini Kongsi Pengalaman Hamil Lucu

Ibu tujuh anak ini berkongsi dengan kami pengalaman hamilnya yang cukup lucu. Rupanya ada sebab mengapa pandangannya jadi gelap di bilik bedah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehamilan. Tentunya semua wanita inginkannya. Tipu jika mereka katakan mereka tak nak. Ya, kehamilan satu momen yang mana itulah situasi paling indah. Bercerita tentang kehamilan pula, aku seorang ibu kepada tujuh orang anak. Setiap pengalaman hamil berbeza, daripada anak pertama sehingga anak ketujuh.

Syukur dipermudahkan semuanya sehingga melahirkan anak-anak saya. Ibu-ibu, sebelum masuk dalam proses kehamilan ini perlu kuat daripada segi mental dan emosi.

Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana mental dan emosi juga banyak mempengaruhi kehamilan.

Kalau aku mahu bercerita tentang anak sulung sehingga ketujuh, memang akan panjang ceritanya! Jadi saya pendekkan sahaja.

Pengalaman Hamil Lucu Anak Ke-7

Pengalaman hamil lucu aku bermula semasa bersalin ketika pandemik. Ya, anak ketujuh saya lahir pada 26 November 2020. Memang betul-betul memerlukan mental dan fizikal yang kuat bertarung nyawa seorang diri melahirkan permata hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagi-lagi saya perlu menunggu untuk dibedah kerana bayi sudah lebih 8 jam induce. Bukaan cm tetap sama, kontraksi juga tetap sama.

Aku berdoa agar bayi aku lahir normal kerana aku belum mempunyai anak perempuan (fanatik betul padahal sama sahaja lelaki dan perempuan.

Yalah, anak orang dan sendiri berbeza kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di saat menunggu bilik bedah kosong, kontraksi aku menjadi semakin kuat. 

Aku memanggil doktor untuk check bukaan. Kedengaran 8 cm.

Ya, rupanya aku bersedia untuk proses bersalin normal. Aku meneran sekuat hati sebab terasa kepala bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teran dalam 5 minit saja. Syukur bayi lahir normal.

Aku membuka mata tapi kelihatan gelap gelita seolah-olah aku bukan di ruangan yang sebentar tadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua nurse aku menjerit dan dengan selamba doktor memberitahu aku, “mama, bukalah mask tu. Tengok anak kamu yang baru lahir ini!”

Rupanya aku lupa aku memakai mask hitam!

Memang benar-benar lucu, dan aku takkan lupakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Artikel ini ditulis oleh VIP Parents Famezah Musi untuk theAsianparent Malaysia. Saya seorang ibu kepada 7 orang anak lelaki, terlalu inginkan anak perempuan.

Jika anda berminat untuk menghantar artikel anda kepada pihak kami, anda boleh menghantar penyertaan anda di sini. Anda hanya perlu memilih topik yang diingini dan sebaik sahaja artikel anda diterbitkan, anda akan menerima RM60 untuk setiap artikel yang diterbitkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia