Pengalaman Hanez Suraya Bersama Anak dan juga Anak-anak Tirinya

Pelbagai kontroversi telah kita dengar tentang isu perkahwinan pelakon Hanez Suraya. Tetapi itu semua telah dilupakan setelah Hanez melahirkan seorang cahaya mata bernama Putri Aleesya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelbagai kontroversi telah kita dengar tentang isu perkahwinan pelakon Hanez Suraya. Tetapi itu semua telah dilupakan setelah Hanez melahirkan seorang cahaya mata bernama Putri Aleesya.

Bagaimana perasaan dan pengalaman ketika hamil untuk pertama kali dan juga ketika melahirkan?

Saya berumur 30 tahun ketika hamil buat kali pertama. Semuanya biasa sahaja buat 3 bulan yang pertama. Cuma mood saya kadang-kala akan berubah. Berat badan pun tidak naik beitu banyak. Saya tidak mengalami alahan yang teruk, tetapi saya tidak boleh tahan dengan bau seperti parfum dan segelintir masakan.

Malah, bau pencuci rambut pun saya tak boleh tahan. Ia akan membuatkan saya cepat bad mood. Walaubagaimanapun, saya bersyukur dapat melahirkan anak saya secara normal dengan berat 3.5 kg. Sekarang, Puteri Aleesya sudah berusia 3 bulan.

Apakah yang berada di fikiran ketika memegang bayi anda untuk pertama kalinya?

Sering asyik berkata di dalam hati “Anak saya?” Saya tidak percaya yang saya sudah mempunyai seorang anak ketika itu. Apabila saya melihat muka anak saya, saya tidak memikirkan tentang hal lain lagi. Saya sentiasa menyatakan di dalam hati saya “ini tanggungjawab saya.” Keadaan agak kelam kabut ketika saya menyusukannya buat pertama kali, tetapi ketika memegangnya ia berasa agak natural.

Mungkin ini dikatakan kuasa Tuhan, sebaik sahaja kita memegang anak kita, secara automatic naluri ibu kita akan mengambil alih. Saya hanya perlu belajar menyusukan anak ketika itu. Tetapi ia sangat mudah bagi Aleesya. Pada masa ini Aleesya tidak menyusu badan sepenuhnya, terpaksa campur-campur kerana Aleesya sangat kuat menyusu. Badannya pun sungguh bersemangat.

Bagaimana dengan karier lakonan Hanez memandangkan sekarang fokus bertumpu kepada menjaga anak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai telah bertanyakan soalan ini kepada saya, tetapi apa-apa keputusan saya perlu bertanyakan kepada suami dahulu. Saya berasa berat hati untuk meninggalkan anak saya. Sekarang baru saya mengerti tentang perasaan ketika perlu berjauhan dengan anak. Sebelum ini saya hanya mendengarnya dari rakan-rakan sahaja.

Sejak saya melahirkan Aleesya, saya menjaga anak saya sepenuhnya tanpa bantuan pembantu rumah. Semuanya saya buat sendiri ketika dalam pantang lagi. Inilah mungkin yang dikatakan kekuatan yang diberikan Tuhan kepada saya.

Apa yang membuat anda berasa seronok menjadi seorang ibu?

Walaupun penat kerana perlu menjaga Aleesya 24/7, tetapi ia membuatkan saya sangat gembira. Rasa penat itu tidak mebuatkan saya stress. Saya amat bersyukur kerana Aleesya seorang bayi yang senang untuk dijaga, hanya akan merengek ketika lapar sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alhamdulilah, Tuhan menjaganya, abang-abangnya pun menjaganya. Aleesya adalah seorang anak yang sangat senang untuk dijaga dan tidak memenatkan ibunya.

Apa perbezaan menjaga anak lelaki dan anak perempuan?

Abang-abang Aleesya bukanlah anak kandung saya dan saya bukanlah yang melahirkan dan menyusukan mereka. Ketika saya memasuki hidup mereka, mereka sudah mampu berfikir dan sudah mempunyai perangai mereka tersendiri.

Berbeza dengan anak yang baru saya lahirkan ini. Sebenarnya, saya pun tidak tahu perbezaan untuk menjaga anak lelaki dengan anak perempuan. Suami pula seorang yang berpengalaman dan dia akui terkejut kerana tidak pernah melihat bayi sebaik Aleesya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Diantara anak sendiri dan anak tiri, bagaimana Hanez berikan kasih saying kepada mereka?

Saya tidak membezakan kasih saying saya diantara mereka. Saya sudah biasa menjaga mereka sejak sebelum berkahwin lagi dan telah memberikan kasih saying saya kepada mereka sejak sebelum Aleesya dilahirkan. Mereka adalah anak-anak yang bijak dan memahami siapakah ibu mereka tetapi mereka tidak mengerti apakah itu ibu tiri.

Apa yang mereka tahu adalah mereka tinggal bersama saya dan mengenali saya sebagai mummy mereka. Mereka juga tahu saya yang menjaga mereka dan mereka perlu mendengar kata-kata saya. Mereka tahu mereka akan mendapat seorang adik ketika hamil. Jarak usia antara Aleesya dengan abang keduanya hanyalah 3 tahun. Abang yang pertama pula berumur 10 tahun.

Apakah cabaran bagi ibu-ibu zaman sekarang?

Banyak kerja yang saya perlu uruskan setiap hari dan jika sayan tidak mampu melakukannya suami akan membantu. Walaupun suami keluar bekerja namun dalam urusan tertentu bantuan suami amat diperlukan seperti memantau pendedahan anak-anak dengan media sosial. Anak-anak pada masa ini sangat bijak dan dapat menggunakan gajet dengan sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Itulah sebabnya aktiviti mereka ketika menggunakan gajet perlu dikawal. Sebagai seorang selebriti, hanya taip nama Hanez dan pelbagai cerita tentang Hanez akan keluar. Kita tidak boleh terus merampas tab daripada mereka kerana tab sahaja yang dapat membuatkan mereka duduk diam. Sebagai ibu bapa kita perlu menjelaskan mereka dengan cara yang baik tentang penggunaan tab yang betul. Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

Apakah kemampuan Hanez sekarang berbanding dengan dulu?

Rakan-rakan menggelar saya supermom kerana saya melakukan semuanya , menjaga anak-anak, rumah tiga tingkat, memasak, mambasuh kain, menyidai baju dan banyak lagi. Bukannya riak yang saya dapat melakukan kesemuanya tetapi bukan mudah untuk mencari pembantu yang baik.

Adakah ada sifat tertentu yang Hanez warisi daripada emak?

Salah satu tabiat mama adalah dia akan berdiam diri apabila dia terasa hati. Begitu juga dengan saya. Bila saya dimarahi, saya akan terus mendiamkan diri dan orang yang memarahi saya itu secara tidak langsung akan rasa bersalah. Mama saya juga adalah seorang supermom.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mama pada masa dahulu adalah seorang ibu yang bekerja dan perlu menguruskan segalanya tanpa bantuan pembantu rumah. Mama adalah seorang yang suka memasak dan tidak suka dibantu walaupun dia memadak untuk rakan-rakannya. Saya pun suka memasak tetapi sekarang agak susah kerana tiada pembantu.

Apakah yang Hanez tidak dapat pada masa dahulu yang Hanez tidak mahu anak Hanez ketinggalan?

Saya mahu memberikan pendidikan yang awal untuk anak Hanez. Mungkin kelas balet atau kelas Bahasa Inggeris mengikut keperluannya. Saya faham anak-anak tidak perlu dibebani dengan tekanan yang begitu tinggi tetapi ini adalah untuk kebaikannya. Aktiviti-aktiviti ini bukanlah aktiviti yang lasak dan ia dapat menggalakkan mereka untuk berkenalan dan bergaul dengan rakan-rakan mereka.

 

Rencana dipetik dari InTrend

Gambar daripada laman Instagram Hanez Suraya Dan Putri Aleesya

Penulis

Michelle Goh