Setiap ibu yang mengandung pasti terasa berdebar dan takut menunggu detik bersalin. Dari mula tahu mengenai kehamilan sehingga hari akhir kehamilan,ternanti-nanti bila bayi yang dikandung akan lahir.Ada juga perasaan teruja untuk melihat muka bayi mirip ibu atau ayahnya.
Tapi bagi kehamilan kedua ku ini cukup trauma bagi ku kerana aku kehilangan anak pertama ketika beliau baru masuk empat bulan.Selama empat bulan beliau berada di Nicu hospital Shah Alam atas sebab komplikasi tidak dapat bernafas dengan sendiri dan lahir pramatang ketika usia kandungan 34 minggu. Setiap hari,walaupun dalam keadaan berpantang aku melawat anakku di Nicu.Tidak pernah rasa lelah malahan teruja untuk tahu perkembangan anak setiap hari berbeza.Sehingga la minggu terakhir bersama beliau,doktor telah bagitahu masalah yang dihadapi oleh anakku iaitu otak nya makin mengecut dan umurnya tidak panjang.Aku redha dengan ketentuan itu.Semoga kita berjumpa lagi di syurga muhamad zakwan ridwan.
Selepas 3 bulan pemergian anak pertama ku. Aku perasan berat badan ku bertambah dan selera ku makin bertambah.Apabila aku melakukan ujian kehamilan.Ternyata aku hamil.Mula la aku teringat akan anak pertama ku.Aku takut kehilangan lagi.Detik itu selalu berlegar legar difikiran ketika aku mengandungkan anak yang kedua.Apabila ada temujanji di klinik,aku akan bagi tahu pada doktor mengenai kehamilan pertama.Doktor rujuk ku ke pakar supaya tidak berlaku apa apa yang tidak diingini lagi.Setiap bulan akan ada temujanji di klinik dan hospital. Demi anak yang dikandung,aku rela untuk berhenti kerja dan rehat secukupnya di rumah.Aku tidak melakukan apa-apa kerja berat ketika kehamilan kedua ini.Malahan,aku jaga makan dan banyakkan minum susu.
Akhir kehamilan ku iaitu minggu ke 33,aku selalu terasa keras di perut dan ada juga kadang-kadang terasa seperti bayi tidak menendang.segera aku ke hospital kerana anak pertama aku tidak berapa ambik kisah sangat kerana mungkin bagi ku biasa.Setelah aku kehilangan barulah aku terasa dan cukup trauma jika apa-apa berlaku terhadap kandungan yang kedua ini.
Alhamdulillah,tiada apa apa komplikasi setiap kali aku ke hospital untuk buat pengesahan.Berdebar-debar aku menunggu saat kehamilan,aku takut jika anak yang kedua ini lahir tidak cukup bulan juga.Pada trimester ketiga aku cukup berhati-hati dan berdoa supaya anak yang dikandung dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna. Pada 19/2/2021 lahirlah anakku yang kedua pada usia 36 minggu 6 hari dalam keadaan sihat waalfiat.
Dua hari sebelum lahir,aku turun tanda darah dan perut memulas-mulas. Pergilah ke hospital untuk lihat jika ada bukaan. Hanya 1cm sahaja masa tu. Doktor suruh aku pulang dan berehat di rumah sahaja. Doktor bagitahu pada ku bahawa lambat lagi untuk bukaan sehingga 10 cm.Mungkin dua atau tiga hari.Jadi balik la ke rumah dalam keadaan perut yang sakit.Rela tahan daripada serah diri dihospital.Maklumlah ketika itu peratusan kehamilan tinggi dan bilik bersalin penuh.
Dua hari berterusan darah masih keluar tak berhenti tetapi sedikit-sedikit.Perut yang memulas terasa sekejap sakit dan sekejap hilang sehingga lah malam jumaat.Sakitnya berpanjangan sehingga tidak boleh berjalan.Pada pukul 11 malam ajak suami ke hospital kerana terasa seperti nak bersalin.Sampai sahaja di hospital,nurse check bukaan dah 5cm terus tolak ke bilik bersalin.Tidak sampai sejam menunggu lahir la anak kedua ku.
Cukup mudah sekali kelahiran kali kedua ini walaupun sebelum ini aku cukup takut. Kini terasa sekejap sahaja masa berlalu dah nak masuk setahun 7 bulan. Itulah setiap kehamilan pasti berbeza pengalaman bersalinnya. Untuk ibu yang tengah hamil sentiasa lah berfikiran positif dan berdoa agar dipermudahkan urusan bersalin nanti. Selain itu banyakkan makan makanan sunnah seperi buah delima dan kurma. Bagi ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk melakukan senaman squat untuk mudah bersalin. Semoga setiap apa yang dilakukan oleh ibu-ibu yang sedang hamil sekarang ini dapat memudahkan urusan bersalin nanti dan bayi dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna