Diuji Menghidap Barah Payudara Sewaktu Hamil, Adakah Selamat Untuk Melakukan Rawatan?

Bolehkah seorang wanita menghidap barah payudara sewaktu sedang mengandung? Ikuti perkongsian ini.

Pengalaman kemoterapi itu bukanlah sesuatu yang mudah terutama sewaktu sedang hamil seperti yang berlaku kepada Jessica Storm yang hamil 28 minggu di mana dia merasakan benjolan di bahagian atas payudaranya.

Pada mulanya dia menyangkakan kemungkinan saluan susu tersumbat lalu berjump doktor untuk diperiksa.

Sebelum itu, dia mempunyai sejarah penyakit kanser payudara daripada ibunya, Joan Berg yang menderita barah itu sewaktu di usia 32 tahun.

Atas sebab itu, Jessica selalu mengingati tentang panyakit itu di fikirannya namun tidak pernah mendengar ada orang yang menghidap barah tersebut sewaktu tengah hamil.

Kemudian doktor melakukan sonogram dan biopsi bagi mengenalpasti jenis benjolan yang ada di payudaranya. Tidak lama kemudian dia mendapat tahu bahawa dirinya menghidap barah payudara di Pusat Kanser Kesihatan
UW di Prohealth Care.

Namun sewaktu pengalaman kemoterapi itu, dia bimbang jika kehilangan bayinya kerana pernah keguguran sebanyak dua kali.

Doktor yang merawat Jessica, mengatakan bahawa diagnosis kanser semasa kehamilan adalah jarang berlaku.

“Jarang kali berlaku bila wanita mendapat barah ketika hamil. Sekiranya ada, ibu hamil cenderung menghidap barah payudara,” kata ahli hematologi dan ahli onkologi di ProHealth Care ini.

Beliau menambah, namun ini tidak ada kaitan dengan kehamilan itu sendiri kerana kehamilan tidak meningkatkan risiko anda untuk mendapat barah payudara. Tetapi, mendapat tahu lebih awal dapat mencapai hasil yang lebih baik.

Pengalaman kemoterapi, Adakah kanser boleh sembuh?

Jika mendapat tahu menghidap kanser lebih awal, ia dapat disembuhkan dengan cepat sebab itu sangat penting untuk mengesan dengan lebih awal bagi mencegah barah ini.

Bagi Jessica ini adalah pengalaman kemoterapi pertama yang dialaminya akibat kanser walaupun dia masih menjalani rawatan namun dirinya tetap optimis.

“Saya memiliki bayi yang sihat dan kehidupan yang sungguh indah. Memang ada beberapa kelainan tetapi saya mengatasinya setiap hari,”katanya.

Hidap kanser semasa hamil

Kanser yang paling kerap ditemui di kalangan wanita hamil adalah kanser payudara iaitu lebih kurang 3000 kehamilan.

Menurut Pakar Onkologi Klinikal Pusat Perubatan Sunway (SunMed) Dr Christina Lai berkata, tiada punca yang jelas yang berkaitan kanser dengan kehamilan.

Namun begitu, mengikut kajian kanser payudara mendapati barah payudara yang didiagnosis semasa hamil adalah reseptor hormon yang negatif.

Maksudnya di sini, ia bukan hanya bergantung pada kadar tinggi hormon wanita yang hadir semasa mengandung. Jadi, tiada bukti yang menunjukkan terdapat perubahan dalam pesakit mengandung yang mendedahkan mereka dengan pembentukan kanser. Ia sekadar insiden kebetulan untuk mendapat kanser.

Menurut Dr Christina, sesetengah kanser mungkin merebak ke plasenta yang menghubungkan dan menyalurkan makanan daripada ibu kepada bayi dalam kandungan.

Namun begitu, kebanyakan kanser tidak terus merebak kepada janin. Tetapi, rawatan kanser yang berlebihan dikhuatiri berpotensi menjejaskan janin dalam kandungan ibu.

Beliau turut menambah, diagnosis kanser di dalam kalangan wanita hamil di lewat usia dilakukan susulan terdapat beberapa simptom kanser seperti payudara bengkak, loya, muntah, perut kembung, sakit kepala dan sembelit. Semua simptom yang disebut ini tidak harus terlepas pandang oleh setiap ibu hamil.

Di samping itu, jika benjolan ditemui pada payudara atau leher, pesakit hamil boleh menjalani imbasan ultrabunyi yang tidak membabitkan radiasi. Sementara di sesetengah hospital, pesakit yang menjalani mamogram untuk memeriksa benjolan kerana ia dikatakan selamat berikutan terdapat lapisan perlindungan untuk mengurangkan radiasi terhadap janin.

Sementara itu, ujian biopsi juga dikatakan selamat untuk pesakit hamil yang disyaki mendapat kanser nodul limfa atau kalenjar tiroid, manakala ujian pap smear untuk kanser serviks.

Bagi imbasan tomografi berkomputer (CT) untuk memeriksa abdomen atau pelvis sebolehnya cuba dielakkan bagi pesakit yang sedang hamil. Ini kerana radiasi berion yang digunakan mungkin boleh menjejaskan janin.

Walaubagaimanapun, imbasan CT pada kepala dan leher boleh diteruskan dengan lapisan perlindungan perlu dipasangkan pada bahagian abdomen wanita tersebut.

Begitu juga alat pemeriksaan lain yang tiada radiasi berion seperti MRI juga dikatakan selamat untuk ibu hamil yang didagnosis dengan kanser payudara.

Justeru, usah bimbang tentang kehamilan anda sekiranya menghidap kanser sewaktu mengandung. Ini kerana anda boleh menjalani rawatan dan meneruskan kehamilan tersebut tanpa rasa takut.

Meskipun itu, ia bergantung kepada keadaan pesakit berkenaan. Sekiranya ingin meneruskan kehamilan, mereka perlu berbincang dengan doktor supaya langkah penjagaan boleh dilakukan seawal mungkin. 

Sumber: Today.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

8 tanda awal kanser payudara yang ramai wanita abaikan