Pengalaman Mengandung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengalaman mengandung saya yang akan saya ingat sampai bila bila pada trimester 1. Tiada langsung selera makan, tak boleh bangun langsung, dan tak mampu buat apa apa pekerjaan sekalipun. Melainkan untuk bangun solat dan mandi sahaja. Nasi umpama musuh saya pada trimester 1. Berbau nasi pun tak boleh sama sekali. Pasti akan muntah. Semua kerja rumah 100% diserahkan kepada suami. Tak keluar rumah dan langsung tak bergaul dengan orang. Seri wajah muka tak payah cakap laa, langsung takda seri, sebiji macam orang sakit. Pucat, kusam, berjerawat. Saya terpaksa pergi drip air kat klinik sebab badan terlalu lemah dan dehydrated sebab langsung tak boleh makan apa apa. And lastly saya buat keputusan untuk suruh suami hantar pulang ke kampung. Mungkin bila berubah suasana selera makan saya beransur pulih dan boleh jalani kehidupan seperti biasa.

Bila masuk trimester kedua, bagi saya masa untuk enjoy the journey. Happy, and boleh makan semua benda. Bermula lah fasa fasa craving macam macam makanan. Berat pun naik mendadak sehinggakan terpaksa pergi checkup klinik selang sehari selama 2 minggu. Happy bila buat details scan and everything is okay alhamdulillah. But, bila in the end trimester kedua, saya dah mula rasa letih dan cepat penat macam trimester pertama. Makan masih ada selera tapi dah tak berapa selera seperti awal masuk trimester kedua. Rasa macam nak tidur all the time. Sebab badan penat, letih.

Badan dah mula rasa sakit dari atas sampai ke kaki. Tak boleh berjalan atau berdiri terlalu lama, kaki mesti akan sakit dan bengkak. Nikmat tidur pun hilang, susah nak cari posisi yang betul betul selesa semasa tidur. Badan sentiasa rasa panas walaupun cuaca sejuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila masuk trimester ketiga, badan semakin sakit. Double triple sakit kalau nak dibandingkan masa trimester pertama dan kedua. Ada masa baby kick, baby mengeras buat badan kita rasa letih tapi itu ada lah benda paling happy sepanjang journey pregnant.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

izzaty saad