Seperti yang kita sering kali dengar, kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja, tanpa amaran awal. Apabila Anthea Chester dari Australia memilih untuk berehat di tepi kolam renang kanak-kanak ,sementara anak perempuannya mengeluarkan ‘air-lounger’ yang baru untuk terapung di dalam kolam renang, tanpa disangka, keadaan yang tenang bertukar huru-hara dalam sekelip mata.
Anaknya yang berusia 12 tahun, Hollie tenggelam di dalam ‘air-lounger’ yang sedang terapung di dalam kolam renang mereka. Menurut Anthea, anaknya tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri dari fabrik yang melekap di seluruh muka dan badannya.
Kolam renang kanak-kanak
Berikut adalah maklumat dari Facebook miliknya mengenai saat menakutkan itu.
Seperti mana ia kedengaran sungguh menakutkan, hazad ini kelihatan tidak merbahaya dalam benda yang kita gunakan seharian. Menjadi cepat bertindak dapat membantu anda di saat itu. Sekurang-kurangnya menyelamatkan anak Anthea, Hollie!
Keselamatan di dalam air
Ianya jelas, tiada sesiapa yang mampu menjadi cukup berhati-hati, terutamanya apabila ada kanak-kanak, lagi-lagi pula kalau berada berdekatan air. Senang untuk kita hilang kawalan sebelum anda sedar yang ia bakal bertukar buruk.
Sama ada pantai mahupun kolam renang, air boleh menjadi sesuatu yang bahaya untuk anak-anak jika ibu bapa tidak berhati-hati. Menurut laporan, hampir 1,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun disebabkan lemas. Namun ini tidak bermakna kita harus jauhkan mereka dari bermain air di pantai dan kolam renang. Berikut adalah beberapa tips penting untuk memastikan keselamatan anak anda semasa mereka bermain dengan air:
Anda harus belajar berenang: Jika anda melihat sesuatu yang tidak kena di pantai atau kolam renang, benda terakhir yang anda ingin lakukan ialah berlari mencari pertolongan. Sentiasa bersedia. Sentiasa.
Orang yang pandai berenang juga mempunyai risiko: Hanya jika anak anda seorang perenang yang hebatm tidak bermakna anda boleh meninggalkannya tanpa perhatian. Semua kanak-kanak perlukan perenang dewasa di sekelilingnya untuk menyelia dan sebagai langkah keselamatan.
Jaket keselamatan adalah wajib: Laburkan duit anda untuk baju renang yang sesuai dan juga pelampung atau jaket keselamatan sebelum membenarkan anak anda bermain air.
Belajar CPR: Belajar bagaimana melakukan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) terhadap kanak-kanak. Fungsi utama CPR tetap sama, cuma tekniknya yang sedikit berbeza dari CPR terhadap orang dewasa.
Tidak dinafikan yang kanak-kanak gemarkan berenang, terapung dan bermain air di kolam renang, pantai dan juga tub mandi. Daripada melarang mereka menikmati kehidupan mereka, apa yang penting ialah untuk kita memastikan tips asas ini di dalam genggaman kita dan biarkan mereka mencipta memori indah.
Sumber: facebook.com