Setiap yang mendirikan rumah tangga akan berasa lengkap dengan kehadiran cahaya mata. Namun tidak semua dikurniakan anak dengan begitu mudah, ada yang perlu melalui pelbagai pengalaman TTC sehingga memakan masa bertahun-tahun.
Tidak dinafikan apabila telah lama menunggu, pasti orang sekeliling akan mencadangkan pelbagai ikhtiar yang perlu dilakukan. Silap-silap ada yang tolong ajarkan suami untuk tambah lagi satu ‘cawangan’!
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Wanita lalui pengalaman TTC, sampai sanggup restu suami kahwin lain
- Suami tolak tawaran kahwin baru, masih ingin berusaha
- Dikurniakan kembar selepas tujuh tahun menanti
Pengalaman TTC: Wanita ini sanggup minta suami kahwin baru sebab tak dapat beri zuriat
Seperti kisah seorang pengguna TikTok ini iaitu Nurin yang telah berkongsi kisahnya menerusi satu klip video ringkas yang dimuat naik olehnya di akaun TikTok miliknya.
Nurin memberitahu bahawa dia dan suami telah berusaha sedaya-upaya untuk mendapatkan anak sehingga tahun ketujuh perkahwinan mereka.
Ya, tujuh tahun lamanya.
Bahkan, dia sehingga memberikan ‘restu’ buat si suami berkahwin baharu jikalau dia masih belum boleh memberikan cahaya mata buat suami. Sedih sungguh, dengar pun dah pilu.
Kalau diikutkan, itu memang salah satu mimpi ngeri seorang isteri – untuk melihat si suami bahagia di samping orang lain.
Suami tolak tawaran kahwin baru, ingin sama-sama berusaha
Walau bagaimanapun, tindakan si suami sememangnya memberikan semangat yang lebih buat Nurin.
“Abang, macam mana kalau kita memang tak ada anak? Kita dah sampai tahap IVF ni, tapi tetap gagal. Kalau abang nak kahwin lain, abang kahwin lah,” kata Nurin.
Bayangkan, betapa kuatnya seorang wanita sanggup berkata sedemikian hanya kerana dia inginkan si suami bahagia dengan kurniaan zuriat.
“Sayang rasa kalau abang kahwin lain, akan dapat anak ke? Kalau Allah cakap tak ada, tak ada lah. Anak ini bukan urusan kita. Stop fikir bukan-bukan,” balas si suami kepada Nurin.
@nurindir Berkat sabar🥺 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #ttcjourney #pejuanggarisdua ♬ suara asli – andre – ANDRE
7 tahun berlalu, pasangan ini dikurniakan anak kembar. Alhamdulillah!
Penantian yang membawa kebahagiaan buat pasangan ini apabila tujuh tahun menunggu, mereka akhirnya dikurniakan zuriat.
Kembar pula tu! Alhamdulillah, perancangan Allah SWT tidak pernah mengecewakan. Dia hanya menunggu masa yang tepat untuk mengabulkan doa hambaNya.
Berkat kesabaran pasangan ini, muncul dua ketul anak kembar yang sangat comel untuk menyinari kehidupan mereka berdua. Sepasang pula tu, boy dan girl!
Semoga pasangan ini terus berbahagia hingga ke akhir hayat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bukan Kembar, Wanita Ini Tak Sangka Mengandung 2 Kali Dalam Seminggu Lepas IVF
Baca juga: 8 Tahun Tunggu Nak Buat IVF, Akhirnya Doktor Bagi Jawapan Wanita Ini Kena Buang Rahim
Baca juga: Dah Dua Kali Buat IUI, Tapi Tak Berjaya, Adakah Patut Terus Buat IVF? Ikuti Saranan Pakar Ini