Tiada Lagi Penjarakan Sosial Bermula Hari Ini Di Dalam Tren, Ikuti 8 Langkah Mencegah Wabak Coronavirus

Susulan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), maka penjarakan sosial di dalam tren dan keretapi akan dihentikan 100%. Tapi penumpang harus mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak terbabit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua sedia maklum bahawa, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) susulan wabak corona virus yang melanda seluruh dunia.

Disebabkan sudah masuk ke fasa pemulihan maka dengan itu pengendali perhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd telah memaklumkan akan menamatkan peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen bermula pada hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran berkata, langkah itu sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan berkaitan operasi ketika Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan ini.

Susulan dengan SOP tersebut, ia membenarkan kapasiti 100 peratus penumpang dalam semua perkhidmatan rel kecuali Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Antara Bandar.

Beliau menambah, LRT, MRT dan monorel turut beroperasi secara normal seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Bermula hari ini di bawah PKPP, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang dan Laluan Monorel, yang dikenalikan oleh Rapid Rail turut akan menamatkan arahan
social distancing ini di dalam pengangkutan tersebut.

Atas sebab itu, beliau menyeru agar semua penumpang sentiasa mendisiplinkan diri bagi mematuhi normal baru ini semasa menggunakan pengangkutan awam bagi terus menerus mencegah penularan Covid-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Prosedur keselamatan dan kesihatan

Bagi setiap penumpang, bacaan suhu badan mereka mestilah kurang daripada 37.5 darjah celcius, jika lebih mereka tidak dibenarkan menggunakan perkhimadmatan tersebut.

Penumpang juga harus memakai pelitup muka dn menggunakan cecair pembasmi kuman bagi mengelak penularan wabak berjangkit ini.

Tips bagi mengelak penularan corona virus semasa berada di luar rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Terus memakai topeng semasa berada di tempat awam

Semasa berada di tempat awam, orang ramai diminta untuk sentiasa mengenakan topeng muka sebagai langkah waspada.

Beberapa tempat yang mewajibkan anda memakainya adalah seperti sewaktu berada di kedai, klinik, pengangkutan awam, tempat membeli belah dan lain-lain. Jika bersendirian di dalam kereta, anda tidak perlu melakukannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Jangan keluar rumah tanpa urusan penting

Sekiranya tidak ada sebab untuk keluar dari rumah, adalah lebih baik anda terus duduk di dalam rumah dan mengelak berinteraksi dengan orang tertentu yang mungkin boleh menyebarkan virus berbahaya ini. Jika keluar membeli belah, carilah barang dengan sepantas mungkin supaya anda tidak perlu berlama-lama di luar sehingga mungkin boleh berisiko untuk dijangkiti kuman ini.

#3. Guna bahagian badan

Jika ingin menekan butang seperti lif, loceng dalam pengangkutan awam dan sebagainya, sebaiknya guna juga kaki, siku, lengan dan sebagainya. Ini juga penting bagi menghindari anda memegang muka dengan jari yang kotor atau sudah tercemar dengan virus berkenaan.

#4. Sentiasa melakukan jarak sosial walaupun orang lain tidak buat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika boleh sentiasalah ingat untuk menjaga batas atau penjarakan sosial dengan orang lain walaupun anda melihat orang lain tidak melakukannya dengan penuh disiplin. Biar orang lain tak buat tapi kita sentiasa buat dan beringat.

Jika sedang menunggu giliran, ambil langkah untuk ke belakang sedikit atau tunggu giliran anda dengan penuh sabar.

#5. Cuci telefon bimbit dengan pembasmi kuman

Walaupun telefon anda sentiasa ada dalam poket, namun pastikan anda sentiasa memakai pembasmi kuman untuk membersihkannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Jangan ulang guna beg plastik yang sama

Jika boleh elakkan menggunakan beg plastik yang sama sewaktu anda membeli barang di kedai-kedai yang lain. Kalau boleh buang terus dan guna yang baru untuk membeli di masa yang lain.

#7. Bataskan pergaulan

Bila selalu memesan makanan atau barangan dengan menggunakan kurier atau runner. Adalah lebih baik anda elakkan bercakap atau melakukan kontak badan dan sentuhan tangan dengan mereka supaya wabak ini tidak tersebar jika mereka mungkin positif dengan wabak berbahaya ini.

Minta mereka tinggalkan barangan tersebut di luar sambil anda mengucapkan terima kasih. Bayaran perkhidmatan mereka boleh menggunakan secara online.

#8. Sentiasa cuci tangan bila masuk ke dalam rumah

Tiap kali keluar dan lepas itu pulang ke rumah, jangan lupa untuk sentiasa mencuci tangan anda supaya anda tidak terbawa sama balik virus tersebut. Sekaligs membuatkan anda sentiasa bersih setiap masa dan jauh daripada wabak ini.

Sumber : World of Buzz, Cnet.com 

Gambar: Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.compusat-jagaan-kanak-kanak-2