Lelaki yang kahwin budak 11 tahun mahukan budak itu sejak dia umur 7 tahun!

undefined

Lelaki 41 tahun yang tular kerana berkahwin dengan pengantin kanak-kanak Thai berumur 11 tahun ini mengatakan dia ingin kahwin sejak budak itu umur 7 tahun.

Ramai ibu bapa di Malaysia marah selepas membaca berita terbaru tentang pengantin kanak-kanak Thai ini dan suaminya yang berusia 41 tahun.

Che Abdul Karim Che Hamid, bapa pada 4 orang anak dan suami pada dua isteri ini telah berkahwin dengan budak perempuan berusia 11 tahun pada Jun tahun ini secara rahsia.

Ramai yang membantah perkahwinan ini, tapi dia menjustifikasikan tindakannya.

Walau bagaimanapun, apa yang buat orang bertambah marah apabila dia memberitahu media tempatan yang dia telah memerhatikan budak perempuan ini dari usia budak ini tujuh tahun lagi!

Lelaki ini mengatakan kebanyakan penduduk kampung dah tahu tentang keinginannya dan ia hanya memeranjatkan orang di luar apabila berita ini keluar.

Menurutnya lagi, kawan rapatnya juga tahu akan perkara ini dan bersetuju dengan penyatuan mereka.

Dia juga mengatakan dia pernah menunjukkan gambar pengantin kanak-kanak Thai yang kini berumur 11 tahun bernama Ayu semasa dalam perjalanan menunaikan haji di Mekah.

Kahwini pengantin kanak-kanak Thai bukan sebab nafsu, kata lelaki ini.

pengantin kanak-kanak thai, perkahwinan bawah umur, lelaki kahwin budak umur 11 tahun, imam kahwin budak, pedofilia, pedofilia di malaysia

Majlis pernikahan pengantin kanak-kanak Thai tersebut.

Bercakap dengan media tempatan, dia berkata yang dia tak pasti apa yang membuatkannya mahu berkahwin dengan budak ini, tapi katanya ia bukan sebab nafsu.

Dia hanya mahu melindungi Ayu dan memberi pertolongan padanya.

“Saya kenal Ayu dari dia kecil kerana kami berjiran dan saya juga mengajar dia membaca Al-Quran. Ketika itu, saya beritahu pada diri saya ‘satu hari nanti saya mahu mengambilnya menjadi isteri saya’ dan saya betul-betul mengahwininya 4 tahun kemudian.”

Tak terkesan dengan komen dan cacian orang, dia percaya Ayu adalah pasangan yang ditakdirkan untuknya.

Dia juga percaya yang Ayu adalah tanggungjawabnya walaupun dia tak akan “menyentuh” Ayu sehingga umurnya 16 tahun.

“Selepas berkahwin, saya rasa lega kerana saya boleh membimbingnya untuk lebih dekat dengan Allah dan menjaganya tanpa melakukan dosa,” katanya.

Isterinya yang berumur 11 tahun masih belum berjumpa dengan dua isterinya yang lain. Menurutnya, ini adalah untuk “melindungi emosi isteri-isterinya.”

Dia berharap semua orang untuk berhenti mengutuk mereka dan mendoakan kebahagiaan mereka kerana dia berjanji untuk menjaga rumahtangganya dengan baik.

Pengantin kanak-kanak Thai: Kenapa ia salah dari segi moral?

Sebagai seorang ibu, tentu kita marah dan dan tak boleh nak faham macam mana seorang lelaki dan seorang bapa yang mempunyai anak sebaya melihat budak berusia tujuh tahun sebagai bakal isteri.

Jika dia “sanggup” menunggu lima tahun untuk “tidur” bersama budak tersebut, kenapa tak ambil saja budak itu jadi anak angkat?

Lagipun, dia mengatakan yang dia berkahwin bukan atas dasar nafsu. Mengambil budak tersebut sebagai anak angkat tanpa berkahwin juga boleh membenarkan dia untuk menjaga dan membimbingnya.

Perkahwinan juga datang dengan seks yang sah. Jadi disebalik cakap-cakap yang dia tak ada nafsu pada budak itu dan ingin menidurinya selepas berumur 16 tahun, itu menandakan yang dia memang bernafsu pada pengantin kanak-kanak Thai ini.

Dia juga katakan yang dia mahu memperisterikan Ayu sejak Ayu berumur tujuh tahun, jadi ini bermakna dia mula grooming Ayu sejak itu. Dia adalah seorang pedofilia!

Kalau tak, macam mana pula budak ini boleh katakan yang dia “cintakan” lelaki ini? Jika kita fikirkan tentang budak yang tak tahu apa-apa, bagaimana dia tahu yang dia cuma ada lelaki ini?

Lelaki ini adalah segalanya. Bolehkah kita salahkan budak ini?

Apa yang lelaki ini lakukan adalah cuba mencari kelemahan moral, etika dan masyarakat dan menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri.

Dia menggunakannya untuk menghalalkan cara dan ia masih salah dari segi moral.

Anda tak akan berfikir untuk berkahwin dengan budak berusia tujuh tahun kerana anda bukan seorang pedofil.

Ini tak mengubah fakta yang pengantin kanak-kanak Thai ini adalah seorang kanak-kanak sama ada ada dia berumur tujuh, sebelas atau enam belas, bila lelaki ini kata dia akan “menyentuhnya”.

Seorang bapa beragama Islam membuat petisyen online bagi melarang perkahwinan bawah umur

Ini juga kemarahan yang dirasai Umran Kadir, seorang bapa kepada tiga orang anak di UK untuk memulakan petisyen online menyeru supaya kerajaan pusat untuk hentikan “rogol kanak-kanak”, dengan mengharamkan perkahwinan bawah umur.

Petisyen ini mengatakan:

Ia telah menimbulkan kemarahan kepada sesiapa yang mempunyai kompas moral.

Kami, individu yang prihatin terhadap perbezaan agama dan bangsa, mendesak anda untuk melakukan apa yang anda boleh lakukan dengan kuasa anda untuk menukar peraturan di Malaysia yang memberi kebenaran untuk merogol kanak-kanak.

Kami meminta kerajaan untuk menegaskan yang tiada kanak-kanak berumur bawah 18 tahun dibenarkan berkahwin tak kira apa jantina atau kepercayaan mereka.

Jika anda membenarkan perkahwinan ini, ia bukan membenarkan perkahwinan bawah umur; sebaliknya membenarkan kanak-kanak dirogol. Perbuatan ini tiada tempat di masyarakat bertamadun dan sepatutnya menjadi satu jenayah di Malaysia.

Ini bukan hanya tentang Malaysia. Ini adalah tentang perkahwinan bawah umur yang berlaku di serata dunia dan ia perlu dihentikan! Kita semua perlu memainkan peranan.

Ketika artikel ini ditulis, petisyen ini telah mendapat tandatangan seramai 15, 814 orang.

Mainkan peranan anda. Hentikan perkahwinan bawah umur. Sokong petisyen ini, kerana saya sudah.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Rosanna Chio; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/perkahwinan-bawah-umur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!