X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pengalaman si ibu berhadapan dengan pedofilia di Tesco. Ibu bapa, hati-hati!

17 Jan, 2018
Pengalaman si ibu berhadapan dengan pedofilia di Tesco. Ibu bapa, hati-hati!

Mari lindungi anak kecil kita dengan mengetahui cara mengesan pedofilia. Pemangsa tidak mengenal jantina dan boleh membawa kepada penderaan seksual.

Isu pedofilia adalah antara isu yang sering kami ketengahkan di theAsianparent Malaysia. Bagaimanakah cara mengesan pedofilia? Kami ada memberikan penjelasan tentang hal ini.

Baru-baru ini, seorang ibu, Puan Siti Umairah, ada berkongsi pengalamannya berhadapan dengan pedolifia ketika membeli-belah di sebuah pasaraya. 

Mengikut kisahnya, beliau keluar membeli-belah bersama dengan anak kecilnya, ibu dan juga kakak iparnya.

Pengalaman si ibu berhadapan dengan pedofilia

Pada masa itulah, beliau terperasan sekumpulan lelaki warga asing sedang ralit memerhatikan anak perempuannya.

cara mengesan pedofilia - FB

Kredit: FB Siti Umairah

Mari ikuti perkongsiannya yang telah disiarkan di FB dan tular dengan ribuan Like dan Share.

***

Saya dan anak, Layla Salikin, kakak ipar Zadariah Zakaria, beserta 3 orang anak, dan emak saya ke Tesco Kulim untuk membeli diapers yang sedang offer.

Emak saya pergi ke bahagian ikan, ayam dan lain-lain. Tinggal saya, Layla dan anak saudara, zahra.

Sedang saya ralit memilih seluar dan mencubanya pada Layla, mata saya ternampak lima hingga enam orang warga asing dari Bangladesh. Salah seorangnya sedang sibuk merakam gambar Layla.

Menggeletar badan saya. Mereka ramai dan saya seorang diri. Saya menggagahkan diri, bertanya dalam nada marah, “Buat apa?”.

Mereka mula menjauhkan diri. Saya menolak troli dan mengekori mereka. Sambil jari menuding dan memberi isyarat memanggil, mulut saya lantang berkata “Open camera gallery. Delete. I call police”.

Lelaki yang memegang handphone tadi berpatah balik dan datang ke arah saya. Yang lain sudah tidak senang duduk dan mula memandang keresahan.

Lelaki itu membuka gallery dalam handphone. Ada gambar Layla Salikin!

Dan saya perasan ada banyak lagi gambar kanak-kanak! Lelaki itu mula delete gambar Layla sambil berkata “OK. Delete. Delete. Sorry. Sorry. I dont know. Sorry. No police” 

Allah. Apa anda rasa? Menggeletar diri saya. 

***

cara mengesan pedofilia - kisah FB

Kredit: FB Siti Umairah

Panggilan polis dibuat selepas insiden tersebut

Selepas insiden tersebut, Puan Siti Umairah telah pun membuat laporan kepada pekerja Tesco. Namun, menurutnya, pekerja di pasaraya tersebut seolah-olah tidak memandang berat isu tersebut.

Nasib baik beliau mendapat bantuan daripada abangnya dan berjaya membuat laporan polis. Tindakan lanjut tidak dapat diambil kerana kumpulan lelaki terbabit sudah pun beredar daripada tempat tersebut.

Di hujung perkongsiannya, Puan Umairah turut memberikan beberapa pesanan kepada ibu ayah di luar sana.

cara mengesan pedofilia penderaan seksual kanak-kanak

Kredit: Rebelcircus.com

Nasihat untuk ibu ayah di luar sana

***

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Parents out there, saya meminta maaf kerana tidak meminta lelaki tersebut untuk memadam semua gambar kanak-kanak dalam handphone. Maaf. Saya sangat blur pada masa itu.

Please, sambil kita mencuci mata, rupanya ada yang “curi” (cahaya) mata kita.

Dalam kes ni, alhamdulillah, saya terberani. Dan, Alhamdulillah, kumpulan lelaki itu tidak mengganas.

Ini yang saya mahu beritahu, abang polis ada cakap, “Kita takut ia boleh menjadi kes penderaan seksual kanak-kanak ataupun kes culik”.

Pihak polis sangat kecewa sebab kumpulan lelaki tersebut sudah beredar. Nothing to do.

Semasa saya menaip ini, saya masih menggeletar. Layla Salikin sudah tidur. Kalau rasa penting, sila share. Tolonglah semua. Beringat. Beringat. Beringat!

***

Memang betul kata ibu tersebut. Kita perlu berhati-hati ketika di luar sana. Zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu.

Pelbagai jenis orang ada di persekitaran kita, termasuklah pedofilia.

Cara mengesan pedofilia

cara mengesan pedofilia kanak-kanak

Kredit: Thoughtco.com

Ibu ayah, adakah anda tahu cara mengesan pedofilia? Pedofilia adalah seseorang yang tertarik secara seksual kepada kanak-kanak.

Walaupun kita tidak boleh mengesan pedofilia dengan melihat wajah mereka semata-mata, tetapi pedofilia selalunya mempunyai beberapa karakter yang sama.

  • Pedofilia selalunya terdiri daripada kaum lelaki.
  • Pedofilia mempunyai target kanak-kanak tertentu mengikut jantina serta umur; sama ada bayi, anak kecil atau kanak-kanak berumur 6 ke 10 tahun.
  • Pedofilia cenderung untuk bersifat biseksual, iaitu tertarik secara seksual kepada kedua-dua jantina lelaki dan perempuan.
  • Pedofilia gemar menyentuh dan memeluk kanak-kanak.
  • Pedofilia sering bercakap tentang kanak-kanak sama ada dari segi seksual atau pun tidak.
  • Pedofilia sering meluahkan perasaan dengan mengatakan yang dia sangat menyayangi kanak-kanak.
  • Pedofilia gemar menyimpan atau merakam gambar atau video kanak-kanak, sama ada berpakaian atau tidak.
  • Pedofilia mungkin akan melakukan penderaan seksual kepada kanak-kanak yang diminatinya, dan mungkin juga tertarik secara pasif.
  • Pedofilia gemar memberikan hadiah kepada anak kecil dengan tujuan untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak tersebut.

Sesiapa sahaja di sekeliling kita boleh menjadi pedofilia.

Walaupun kita tidak patut sewenang-wenangnya menggelar seseorang itu pedofilia, tetapi kita masih perlu memerhatikan keselamatan anak kita sewaktu dia bersama dengan orang lain mahupun dengan ahli keluarga sendiri.

Ibu ayah, berwaspadalah ketika berkongsi gambar anak-anak di media sosial. Pedofilia bukan sahaja berada di dunia luar, malah di dunia maya juga.

Ketahui cara mengesan pedofilia di atas dan mari beringat ya!

 

 

 

Sumber: FB Siti Umairah, News.com.au

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Pelaku pedofilia sekarang cari mangsa melalui telefon pintar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Pengalaman si ibu berhadapan dengan pedofilia di Tesco. Ibu bapa, hati-hati!
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham