Ngeri, pengasuh yang dipercayai ibu bapa ini kelar leher 2 anak mereka!

Pengasuh bayi ini nampak baik dan tidak berkelakuan pelik, namun tiba-tiba dia bunuh 2 anak majikannya! Apa tanda pengasuh yang bermasalah?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengasuh bayi yang amat dipercayai bunuh anak majikan sendiri

Ngeri mendengar kisah pengasuh bayi ini. Bayangkan, seorang ibu yang baru balik kerja tiba-tiba disergah mimpi ngeri yang takkan dilupakannya sepanjang hidup ini.

Setibanya di rumah, Marina Krim trauma selepas menjumpai 2 anaknya yang baru berusia 6 tahun dan setahun setengah terkujur kaku dalam tab mandi yang penuh dengan darah.

Pembunuhan itu pula dilakukan oleh pengasuh bayi mereka sendiri! Yoselyn Ortega, pengasuh tersebut didapati telah mengelar leher mangsa dan membiarkan mereka mati selepas pendarahan yang banyak.

Beginilah tempat kejadian dalam pembunuhan yang dilakukan pengasuh bayi ini

Kejadian itu berlaku pada tahun 2012 dan baru kini pengasuh bayi itu dibicarakan di mahkamah untuk dijatuhkan hukuman.

Pengasuh bayi membunuh kerana tidak waras

Menurut ibu mangsa, Krim, pengasuh bayinya itu sudah berkelakuan aneh sejak beberapa bulan lepas sebelum kejadian ngeri ini berlaku. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ortega didakwa menhadapi krisis kewangan dan masalah mental gara-gara cabaran hidup. Bayangkan sebelum kejadian ini berlaku, Ortega dilaporkan pernah memaki hamun Krim dengan memanggilnya “wanita jahat”.

Semuanya gara-gara Krim keguguran. Ortega tidak bersimpati langsung ke atas ibu yang keguguran itu, malah menuduh Krim sengaja menggugurkan kandungannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada hari kejadian, Krim bergegas pulang ke rumah lebih awal dari jangkaan kerana mendapat tahu anaknya tidak ke kelas menari seperti yang sepatutnya. Setibanya di rumah, alangkah terkejutnya Krim melihat tempat kejadian.

Puan Krim meraung ketika dalam perjalanan ke hospital.

Sudahlah anaknya terkujur berlumuran darah, Ortega ketika itu juga telah mencucuk pisau ke lehernya sendiri! Bayangkan panik yang dilalui oleh Krim ketika itu??!!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pegawai keselamatan tidak perasan pengasuh bayi berkelakuan aneh

Pelbagai saksi dan testimoni di kumpul di mahkamah sepanjang trial pengasuh bayi yang membunuh ini. Salah seorang saksi yang tampil ke hadapan adalah pegawai keselamatan di apartmen kejadian.

Menurut pegawai keselamatan itu, Thomas Brown, pengasuh bayi tersebut menghampirinya ketika hampir pukul 4 petang. Ortega bertanya sama ada Puan Krim ada di rumah atau tidak.

Pegawai keselamatan itu kemudiannya mengatakan Puan Krim baru saja keluar rumah. Ortega terus memasuki lif bersama Lulu dan Leo selepas itu. Itu kali terakhir kanak-kanak terbabit dilihat masih hidup.

Pengasuh bayi tidak berkelakuan pelik sebelum ini

Ortega kini didakwa atas pertuduhan kes membunuh first-degree dan second-degree. Ortega mengaku tidak bersalah atas alasan tidak waras. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika disabitkan kesalahan, Ortega boleh dimasukkan ke dalam penjara seumur hidup. Jika dakwaan sebagai tidak waras terbukti benar, dia akan dihantar ke hospital psikiatris.

Menurut ibu mangsa lagi, beliau tidak melihat sebarang kelakuan aneh pada pengasuh bayi ini. Sebab itu beliau tidak sampai hati untuk memecatnya. 

Ortega akan datang ke rumah untuk mengasuh anak mereka tepat pada masanya. Malah dia juga bijak berinteraksi dengan anak-anak. 

Namun, gerak hati Puan Krim kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada pengasuh bayi tersebut. Akan tetapi, semuanya sudah terlambat. Anak Krim menjadi korban.

Terdapat pengajaran berguna dari kisah ini. Tak dinafikan, naluri hati seorang ibu itu ada benarnya. Walaupun ibu mangsa merasakan ada sesuatu yang tidak kena, namun beliau tidak sampai hati ingin melakukan sesuatu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan jadikan kesilapan ibu ini berulang. Jika anda ada melihat tanda-tanda ini pada pengasuh anda, sila bertindak! Jangan sehingga nyawa anak anda melayang.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Daily Express

Sumber rujukan: CBS New YorkNew York TimesThe Straits TimesLulu & Leo Fund

Baca juga:

5 petanda anda dapat atau ada pengasuh yang tidak baik

Penulis

Ayu Idris