Hati-hati jika ingin upah pengasuh
Kes ini menggemparkan Filipina tempoh hari.
Seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Samantha melaporkan pengasuh yang baru beliau upah telah mencuri hampir 8 ribu (100,000 peso) barangan bernilai dan cabut lari!
Yang lebih menggemparkan, pengasuh itu baru saja 7 jam diambil bekerja!
Menurut majikan tersebut, pengasuh itu bernama Margie Teodoro. Beliau mengambil pengasuh itu daripada sebuah agensi terkenal yang dikenali sebagai ‘Lifemaideasy.ph“.
Pada 8 Oktober tempoh hari, wanita itu dihantar ke kondominiumnya tepat pukul 10 malam.
Namun keesokan paginya, Samantha mendapati pelbagai barangnya yang bernilai telah hilang dan pengasuh itu telah cabut lari!
Terdesak memerlukan duit
Berdasarkan rakaman footage CCTV di dalam lif, suspek didapati cabut lari sekitar pukul 4 pagi pada 9 Oktober.
Dia membawa beg pakaian dan beg tangan. Wanita itu dituduh mencuri 3 telefon bimbit, pelbagai jam yang mahal, beg tangan dan wang tunai.
Siasatan berikutnya mendapati Margie pantas ke sebuah restoran makanan segera sebelum beliau membeli makanan dan duduk di tingkat 2 restoran tersebut.
Di sana, rakaman CCTV menunjukkan dia menyelongkar semua dokumen yang telah dicuri dari majikannya. Dia juga kelihatan mengira wang 8 ribu yang telah dicuri.
Semuanya terkantoi apabila dia meninggalkan semua dokumen dan kad pengenalan tersebut di restoran terbabit.
Pekerja restoran itu menghubungi Samantha dan memulangkan dokumen yang dijumpai mereka. Samantha ketika ditemu ramah dipetik mengatakan amat kecewa dengan kejadian ini.
Sudahlah dia telah membayar yuran agensi untuk mengambil Margie bekerja. Sekarang duitnya pula dicuri pengasuh itu!
Namun, agensi terbabit dilaporkan ingin memberi bantuan kewangan untuk menyelesaikan kes ini.
Malah, mereka juga ingin membuka kes menentang suspek dan ingin menyebarkan gambar Margie untuk memberi amaran pada majikan lain.
Suspek telah menyerah diri
Tepat pukul 11.30 malam Khamis lalu, suspek dikatakan telah menyerah diri di balai polis Barangay Batasan, bandar Quezon.
Dia didapati telah bersembunyi di sebuah rumah sebelum menyerah diri.
Suspek menyerah diri kerana ketakutan mengetahui pelbagai laporan tentang kes kecurian ini telah dilaporkan di televisyen malah juga di media sosial.
Margie telah menyerahkan satu beg duit, satu beg besar dan pelbagai minyak wangi. Barangan lain yang telah dicuri tidak dikembalikan.
Margie mengaku melakukan kecurian, namun dia dikatakan hanya mencuri sebanyak RM 1,000 sahaja, bukan sejumlah RM8,000 seperti yang dilaporkan.
Suspek mengaku dia mencuri kerana terdesak memerlukan duit.
Tip keselamatan sebelum mengupah pengasuh
Perkara terakhir yang diingini oleh mana-mana ibu bapa adalah kes pengasuh mencuri duit atau mencederakan anak-anak mereka.
Sebab itu ibu bapa perlu mengikut tip keselamatan ini untuk menjamin kes tragik seperti ini tidak lagi berlaku.
Antara tip keselamatan berguna yang boleh diamalkan adalah:
- Upah pengasuh dari agensi yang boleh dipercayai dan mempunyai reputasi baik. Jadi, jika apa-apa berlaku, agensi itu boleh memberi sebarang maklumat dan bantuan.
- Kenali pengasuh anda. Anda perlu bersembang untuk mengenali mereka. Percaya dengan kata hati anda.
- Simpan semua barang bernilai di tempat yang selamat. Walaupun anda mempercayai pengasuh itu, sentiasa simpan barang bernilai dalam tempat yang hanya anda tahu.
- Semak latar belakang pengasuh. Sekarang ini anda boleh dapat semua maklumat dari Facebook atau Google. Cuba cari maklumat mereka!
Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Philippines
Kredit gambar: Philippinesdaily
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comwanita-menipu-di-facebook/