Pengasuh Kejam Campak Bayi Ke Atas Lantai!

Pengakuan seorang budak lelaki, telah menyebabkan semua kekejaman yang dilakukan oleh Christina, pada bayi-bayi di jagaan hariannya telah dirakamkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti biasa anda menyiapkan bayi anda, bersedia untuk ditinggalkan bersama pengasuh, perkara terakhir yang ada di dalam fikiran adalah keraguan tentang pengasuh anda. Walaupun anda mahu penjagaan yang terbaik untuk bayi anda, kita sering lupa melakukan pengesahan latar belakang dan semakan rujukan sebelum menyerahkan bayi anda kepada pengasuh.

Menurut laporan ini, Desiree LaBlanc Des Moines fikirkan dia telah menemui pusat jagaan yang baik untuk bayinya. Dia fikir dia boleh mempercayai Christina Williamson, yang memiliki jagaan harian di kawasan itu.

Seorang penyiasat perlindungan kanak-kanak, Desiree telah lakukan segalanya untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengasuh yang berusia 28 tahun itu. Christina seolah-olah sempurna.

Walaubagaimanapun, tindakan beliau sebagai pengasuh yang sempurna tidak lama. Suaminya, merasakan ada sesuatu yang tidak kena berdasarkan pengakuan seorang budak lelaki, telah memutuskan untuk memasang kamera pengawasan di rumah mereka. Tidak lama selepas itu, semua kekejaman yang dilakukan oleh Christina, pada bayi-bayi di jagaan hariannya telah dirakamkan.

Rakaman ini telah dikongsi bersama pegawai polis dan pengasuh yang tidak berperikemanusiaan telah dijatuhi hukuman penjara 5 tahun. Mujurlah, bayi Desiree dan juga bayi lain yang dihantar ke pusat jagaan itu dilaporkan selamat. Tetapi ia boleh berakhir dengan kecederaan atau lebih buruk, kematian.

Jadi bagaimanakah anda boleh membuat keputusan, pengasuh mana yang baik untuk menjaga anak anda? Dalam keadaan di mana kedua-ibu bapa perlu keluar untuk bekerja, apakah pilihan anda?

Saya berhenti kerja dan meninggalkan karer saya yang makin meningkat dengan syarikat media utama (dan saya amat merindui waktu bekerja … jadi, saya benar-benar tidak menghakimi ibu bapa yang menghantar bayi mereka kepada pusat jagaan harian) pada hari saya pulang ke rumah dan mendapati anak saya yang berumur 5 tahun semakin kerap suka menyendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya tidak tahu sebabnya sehingga beberapa hari kemudian. Satu perbualan rawak membawa kepada jawapannya dan ia benar-benar menyedihkan saya. Dia dibuli oleh kanak-kanak yang lebih tua di pusat jagaannya.

Dan apakah kaitannya dengan pengasuh yang kejam? Saya rasa, melakukan jenayah dan menyokongnya (tidak membantah adalah satu bentuk sokongan, pada saya) adalah satu dan yang sama. Dalam kes anak saya, pengasuh dan tiada penjaga lain yang campur tangan apabila gangguan berlaku. Mereka juga tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya.

Walaupun ia sudah terlambat bagi saya untuk bertemu dengan pemilik pusat jagaan dan membuat bantahan, saya sepatutnya memberikan lebih perhatian kepada anak saya yang telah memberikan tanda-tanda bahawa sesuatu telah berlaku. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda mengetahui sama ada pengasuh anda boleh dipercayai atau tidak:

Lawatan mengejut: Kebanyakan orang menjaga tingkah laku mereka jika mereka tahu mereka sedang diperhatikan. Jadi, buatlah lawatan kedua, tanpa temujanji. Ia mungkin agak biadab, saya lebih rela dianggap kurang ajar daripada menyesal kerana tidak melakukannya. Ini akan membantu anda melihat keadaan di pusat jagaan itu pada hari biasa (setelah semua ibu bapa telah pergi ke tempat kerja mereka).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semak rujukan: Bertemu dengan ibu bapa lain, lakukan pemeriksaan rujukan, jelaskan keraguan anda dan jika boleh, cuba berbual secara kasual dengan anak-anak di psuat jagaan itu. Naluri ibu bapa anda akan memberitahu anda jika ada sesuatu yang tidak kena.

Ujian percubaan: Saya menghantar anak perempuan saya ke pusat jagaan untuk beberapa jam setiap hari, selama hampir seminggu sebelum mendaftarkan dia di sana, walaupun, ia tidak membantu dalam jangka masa yang panjang. Namun, saya rasa ini adalah sesuatu yang penting. Dalam masa beberapa hari yang pertama, anda boleh tahu daripada reaksi anak anda jika mereka mahu berada di pusat jagaan itu ataupun tidak.

Percayai naluri anda: Kadang-kadang kita merasakan seperti ada yang tidak kena. Sama ada pengasuh, guru atau doktor. Jangan abaikan naluri anda. Kemungkinan besar ada sesuatu yang tidak kena.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh