Pengemis Kanak-kanak Mungkin Mangsa Sindiket

"Jika anda melihat kanak-kanak yang mengemis, maklumkan kami. Anda mungkin menyelamatkan mangsa pemerdagangan orang."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Polis telah menggesa orang ramai supaya tidak memberi wang kepada pengemis kanak-kanak, kerana mereka mungkin mangsa sindiket.

Baru-baru ini, 5 orang lelaki dan 6 wanita yang berusia diantara 27 hingga 62 tahun, bersama dua remaja lelaki berusia 13 dan 17 tahun, dan 5 kanak-kanak, berjaya diselamatkan di sebuah ladang kelapa sawit di Belukar Semang, Kampung Tasek di Grik, Perak.

Pihak polis turut menahan seorang pasangan suami isteri berusia 43 dan 24 tahun. Mereka ditahan reman sehingga hari ini(3 Mac) untuk tujuan membantu siasatan.

Pengeksploitasi kanak-kanak

sumber: NST

"Orang ramai perlu tampil ke hadapan dan memberi maklumat kepada pihak polis, supaya kita dapat bertindak dengan segera. Di negara ini, kanak-kanak tidak dibenarkan untuk bekerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Jika mereka berbuat demikian, mesti ada sesuatu yang tidak kena," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Gan Tian Kee, "Jika anda melihat kanak-kanak yang mengemis, maklumkan kami. Anda mungkin menyelamatkan mangsa pemerdagangan orang."

"Cara yang betul untuk (membantu kanak-kanak adalah dengan mengambil) gambar mereka dan menghantarnya kepada pihak berkuasa. Jika anda memberi mereka wang, anda tidak membantu mereka sama sekali. Anda hanya membuat kehidupan mereka sengsara."

Gan telah menjelaskan, jika orang ramai memberi wang kepada pengemis kanak-kanak, operasi sindiket ini akan menjadi lebih menguntungkan. Maka, ini akan mendorong sindiket untuk mengambil atau menculik lebih kanak-kanak, bagi tujuan mengumpul wang yang lebih banyak untuk diri mereka sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingat langkah-langkah ini jika anda ingin tolong

sumber: Adlil Rajiah

  1. Jangan beri wang kepada pengemis kanak-kanak.
  2. Cuba tangkap gambar mereka. Kalau dapat, tangkapkan gambar close-up yang jelas supaya senang untuk pihak berkuasa mengenali mereka nanti.
  3. Laporkan kepada pihak berkuasa, polis atau organisasi bukan kerajaan yang mengendali kes pemerdagangan orang, seperti Tenaganita. Talian 24-jam mereka adalah:

     +6012 335 0512
    +6012 339 5350 atau

  4. Hubungi Talian Nur 15999

Kita perlu bekerjaama untuk membanteras sindiket yang mengeksploitasi kanak-kanak dengan memaksa mereka untuk mengemis. Kita perlu berusaha untuk memberi pertolongan kepada mereka yang tidak dapat membantu diri mereka sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: NST

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio