NGERI! Kepala Terputus Dari Badan Akibat Earphone Tersangkut Di Pintu Lif

Ini kejadian yang cukup tragis dan memilukan apabila kepala wanita itu terputus dari tubuh kerana wayar earphone miliknya tersepit pada pintu masuk lif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda melihat adegan dan kematian yang mengerikan dalam hidup? Misalnya kemalangan kereta yang dahsyat, mati dengan penggal kepala dari jasad, kematian akibat dibunuh dan lain-lain.

Dalam kehidupan ini, sebenarnya kita tidak tahu bila waktu kita akan tiba dan bagaimana cara kita akan mati kelak. Sama ada ia akan berakhir dengan baik atau sebaliknya.

Penggal kepala ketika naik lif, apa yang terjadi sebenarnya? 

Namun inilah yang terjadi pada seorang wanita yang berumur 48 tahun apabila meninggal dalam keadaan yang cukup mengerikan apabila kepalanya terpenggal dari badan selepas tali wayar earphone yang digunakan tersangkut pada pintu masuk lif.

Menurut laporan Indian Express, wanita tersebut yang dikenali sebagai Sushila Vishwakarma didapati mati pada hari Isnin, 27 Mei di kilang pembuatan plastik, Vadodara India.

Pada hari kejadian, dia dilaporkan masuk kerja pada waktu pagi dan menggunakan lif dari tingkat bawah ke tingkat empat. Namun, kematiannya mengejutkan apabila badan ditemui di tingkat empat manakala kepala berada di tingkat bawah.

Kematian tersebut tidak tahu berpunca angkara apa, namun pihak polis menemui sepasang headphone yang masih di kepala Vishwakarma ketika melakukan siasatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekaligus, polis mengesyaki kematiannya itu berpunca dari tali wayar  earphone yang tersangkut atas pintu lif hingga mengakibatkan penggal kepala.

Polis juga menambah, kemungkinan dia tidak perasan yang wayar itu tersangkut lalu mengherat badannya ke atas sementara kepala terpenggal. Malah polis juga telah menghantar pulang mayat ke rumah keluarganya dan kes masih dalam siasatan.

Walau bagaimanapun polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian yang tidak disengajakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cadangan langkah keselamatan menaiki lif:

  • Sekiranya berlaku kejadian lif tersangkut, penumpang lif perlu menekan butang kecemasan bagi membolehkan loceng dibunyikan. Kemudian tunggu sampai bantuan tiba.
  • Orang awam tidak boleh cuba menyelamatkan penumpang lif yang terperangkap dan perlu menunggu sehingga juruteknik lif yang terlatih saja yang dibenarkan menyelamatkan semua penumpang lif itu.
  • Syarikat penyenggara lif yang dilantik pemilik bangunan perlu memastikan kunci pada pintu lataran lif sentiasa dalam keadaan baik.
  • Pemeriksaan data error log di panel kawalan dalam bilik jentera lif perlu dijalankan secara berkala.
  • Segala kerosakan lif perlu dikemaskini dan dibaiki dengan segera sebelum pengguna menaiki lif tersebut.
  • Pemilik lif perlu sediakan pelan tindakan kecemasan supaya dapat mengeluarkan penumpang yang tersangkut dalam lif dengan cara yang selamat.

Diharap keluarga mangsa tabah dengan berita kematian yang cukup tragis ini.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: World Of Buzz, Dosh GOV

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.combayi-meninggal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan