Dalam Air Mani Suami Tiada Sperma, Masihkah Ada Peluang Untuk Anda Mengandung?

Tahukah anda, azoosprermia antara punya berlakunya kegagalan penghasilan sperma dalam air mani lelaki menyebabkan masalah tidak subur.

Kejayaan mendapatkan zuriat sudah pasti perlu penglibatan suami dan isteri. Tapi jika penghasilan sperma suami anda terganggu akibat keadaan yang dipanggil azoospermia, masihkah ada peluang untuk kalian berdua mendapatkan zuriat? Apakah maklumat lanjut yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Penghasilan sperma terganggu akibat Azoospermia 
  • Faktor genetik
  • Rawatan perubatan
  • Keadaan anatomi yang abnormal
  • Perkembangan testis yang lemah/rosak
  • Apa yang patut dibuat bila suami disahkan azoospermia?
  • Makanan terbaik untuk meningkatkan kesuburan sperma

Azoospermia adalah istilah perubatan yang digunakan apabila tiada sperma dalam air mani lelaki. Boleh jadi ia terhalang disebabkan oleh terdapatnya halangan yang menghalang sperma daripada masuk ke dalam air mani. 

Ia juga boleh berlaku apabila terdapatkan penurunan pengeluaran sperma oleh testis. 

Penghasilan sperma terganggu akibat Azoospermia 

Kira-kira 10 peratus lelaki tidak subur dan 1 peratus daripadanya mengalami azoospremia. Jika dibuat perbandingan, bayangkan dalam sebuah stadium dengan 50,000 lelaki menonton perlawanan bola sepak, kira-kira 5,000 hingga 7,500 daripada lelaki tersebut akan mengalami masalag ketidaksuburan, dan 500 daripadanya mengalami azoospermia!

Terdapat pelbagai punca yang dikatakan boleh menyumbang kepada keadaan ini, ia termasuklah:

#1. Faktor genetik

Faktor genetik boleh menjadi punca kepada keadaan yang mengganggu penghasilan sperma suami. Keadaan gangguan genetik seperti klinefelter antara yang boleh menganggu penghasilan sperma.

#2. Rawatan perubatan

Rawatan perubatan sepert kemoterapi atau radioterapi juga boleh menganggu dan menyumbang kepada azoospermia. 

#3. Keadaan anatomi yang abnormal

Keadaan anatomi yang abnormal seperti varikokel atau vasektomi juga boleh menghalang sperma daripada masuk ke dalam air mana semasa proses ejakulasi. 

Saluran ejakulasi tersumbat antara punca kepada permasalahan ini. Suami anda mungkin perlu menjalani pembedahan kecil untuk ‘membetulkan’ kembali keadaan itu.

#4. Perkembangan testis yang lemah/rosak

Perkembangan testis yang tidak memberangsangkan semasa masih dalam kandungan selain terdedah dengan keadaan persekitaran yang bertoksik turut boleh menjadi punca kepada permasalahan ini.

Sekiranya terdapat kerosakan pada testis, seperti jangkitan kuman dan sebagainya ia boleh menganggung penghasilan sperma lelaki. 

Apa yang patut dibuat bila suami disahkan azoospermia?

Yang penting jangan down dulu!

Selain daripada berjumpa dengan pakar berkaitan masalah ketidaksuburan lelaki, langkah yang perlu anda ambil adalah mendapatkan analisis air mani di makmal lain juga dan dapatkan pandangan kedua.

Jangan hanya berpandukan kepada satu sumber saja ada kemungkinan terdapat kesilapan teknikal dan sebagainya. Pastikan ujian kedua atau ketiga sama dengan ujian pertama dan anda boleh bertindak untuk langkah seterusnya. 

Jangan cepat putus asa

Jika anda disahkan ada azoospermia, tidak semestinya anda tidak mempunya sperma dalam air mani. Ia mungkin dalam jumlah yang terlalu sedikit hingga tidak dapat dikesan.

Anda masih bleh ikhtiar mendapatkan zuriat melalui pelbagai cara seperti IVF, ICSI dan sebagainya. Apa yang penting, jika sudah dua tahun kahwin dan masih belum mendapat cahaya mata dan anda memang mahukannya, berjumpalah dengan pakar kesuburan.

Mereka dengan bebesar hati bersedia membantu anda dengan syarat anda setiasa positif dan tidak berputus asa. 

Makanan terbaik untuk meningkatkan kesuburan sperma

Khasiat dalam makanan yang pelbagai memberi kesan kepada sistem badan si pemakannya. Jadi kali ini kami kongsikan jenis makanan yang dikatakan baik untuk meningkatkan kesuburan sperma lelaki.

#1. Pisang untuk libido

Pisang telah dijumpai untuk meningkatkan libido lelaki dan mengawal hormon seks yang dipanggil bromelain. Selain itu, pisang juga kaya dengan Vitamin C, Vitamin A dan Vitamin B1 yang akan meningkatkan kemampuan lelaki bagi menghasilkan sperma.

#2. Brokoli

Kekurangan Vitamin A menyebabkan kesuburan semakin rendah. Disebabkan itu, lelaki digalakkan mengamalkan banyak makan brokoli kerana ia mengandungi Vitamin A yang sangat tinggi.

Selain itu, ambil juga lada merah, bayam, apricot, keledek manis dan lobak.

#3. Asparagus

Asparagus merupakan salah satu senjata bagi melawan radikal bebas. Ia juga mengandungi Vitamin C yang bagus untuk melindungi sperma daripada kerosakan dan meningkatkan jumlahnya. Dengan makan asparagus juga sperma akan cepat berenang ke dalam ovum wanita.

#4. Dark chocolate untuk antioksidan

Dark chocolate mengandungi asid amino yang terbukti mampu meningkatkan jumlah sperma dalam air mani. Malah, ia juga tinggi antioksidan yang sama dengan buah delima.

Antioksidan ini senjata hebat kepada radikal bebas yang mengandungi molekul jahat dan dikaitkan dengan ketidaksuburan lelaki.

Tapi, jangan pula diambil selalu kerana ia juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon testosterone yang menjadi punca penurunan jumlah sperma. Cukup sedakar ambil dalam kuantiti kecil dan sedikit dalam sehari.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Instagram Ahmad. RZ

Baca juga: Pil perancang untuk lelaki bakal dijual, bagaimana ia berkesan merancang keluarga?

Baca juga: Apa Nak Buat Jika Suami ‘Terpancut’ Dalam? Boleh Ambil Pil Cegah Hamil Kecemasan Ini Jika Belum Bersedia!

Baca juga: 4 Tips Untuk Sperma Yang Lebih Sihat, Subur & Kuat, Suami Patut Tahu!

Penulis

Lala Annuar