Sindiket Jual Bayi Di Malaysia, 'Perniagaan Lumayan' Untuk Pegawai Menyeleweng

"Boss, bila sijil kelahiran sudah ada ditangan, ia selesai. Itu sahaja. Diam sahaja"

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siasatan terbaru Al Jazeera melaporkan yang sekumpulan pelapor 101 Timur yang menyamar selama 4 bulan untuk menyiasat rangkaian sindiket jual bayi di Malaysia. Apa yang ditemui mereka akan mengejutkan anda.

Jual Bayi

Bukan sahaja penyeludupan bayi yang terlibat, malah ia melibatkan orang-orang seperti pegawai tinggi, pegawai kerajaan dan doktor telah merendahkan moral mereka, kerana sindiket jual bayi secara haram adalah perniagaan yang lumayan.

Dibayar untuk menutup mulut

Bukan sahaja mereka menemui bertapa mudahnya membeli bayi di Malaysia, mereka juga mendedahkan bertapa teruknya penyelewengan dalam urusan rasmi di jabatan yang terbabit di dalam Jabatan Pendaftaran Negara juga terlibat. Semua orang dibayar untuk melakukan kerja mereka dan untuk mendiamkan diri.

“Banyak yang telah dibuat. Tidak perlu risau…”

“Boss, bila sijil kelahiran sudah ada ditangan, ia selesai. Itu sahaja. Diam sahaja”

Terdapat penempatan untuk wanita-wanita ini: pendatang asing yang mengandung dengan kandungan yang tidak diingini. Penyeludup menawarkan pelanggan berpontesi dengan katalog yang mengandungi gambar wanita hamil untuk mereka pilih.

Anda boleh “membeli atas talian” bayi seperti membeli benda. Anda juga boleh memilih bayi mengikut kehendak anda dari segi bangsa, warna kulit dan berat. Harga akan bergantung kepada ciri yang dipilih. Contoh, bayi yang mempunyai kulit cerah mempunyai harga yang lebih mahal, bayi berbangsa Cina juga sukar didapati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi untuk dijual berharga dari US$1,500 (RM6,600) hingga US$2,500 (RM11,000). Anda boleh lihat mengapa menjual bayi ialah perniagaan lumayan.

Terdapat juga keluarga yang sanggup mengendali klinik menjual bayi dari generasi sebelumnya. Ia menjadi perniagaan turun temurun. Mereka sudah memastikan semuanya lancar: siapa yang perlu dirasuah, kepada siapa harus pergi, pemalsuan surat beranak. Sudah bertahun mereka melakukan ini, servis mereka dikenali dari mulut ke mulut, dan mereka tidak segan mengakuinya.

Dengan permintaan, akan ada bekalan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

imej ehsan: theredmonttherapist.com

Proses pengambilan anak angkat secara sah menggunakan duit yang banyak, masa yang lama dan kompleks. Ini puncanya mengapa ramai memilih untuk berpaling kepada penyeludup untuk mencari bayi untuk dijual. Stigma biasa mengenai ibu bapa angkat jugak tidak membantu.

Kebiasaannya, pasangan berkahwin perlu mempunyai anak atau mahu mempunyai anak. Jadi, tidak mempunyai anak tidak dianggap normal, sama ada secara sukarela atau tidak. Di dalam masyarakat, ini adalah tanda kesuburan, acap kali ibu bapa yang mempunyai masalah kesuburan diperlekehkan.

Pengambilan anak angkat sentiasa menjadi jalan terakhir dan dilakukan secara diam-diam (pendapat saya). Juga, mereka sentiasa mahukan bayi, bukan kanak-kanak yang sudah besar. Sama ada sedar atau tidak, mereka pasti akan memilih yang paling menepati mereka untuk pengambilan anak angkat : bangsa, rupa dan persamaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di sinilah datangnya masalah, mengapa tunggu jika anda boleh dapat sekarang. Di mana ada permintaan, di situ ada bekalan. Video menunjukan bertapa mudahnya memilih bayi anda jika anda mempunyai wang yang cukup.

Bapa ayam juga dapat mencari pekerja seks yang sanggup mengandungkan anak anda – anda juga boleh memilih untuk bersama dengan dia jika anda mahu, dengan cara ini, bayi itu betul-betul adalah bayi separa anda. Pekerja seks tidak lagi perlu menggugurkan kandungan mereka, kerana mereka boleh menjual bayi tersebut untuk duit yang lebih.

Sikap tidak apa

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

imej ehsan : emigratetonewzealand

Seseorang boleh membayangkan pengakhiran yang bahagia untuk semua bayi yang tidak diingini ini. Mereka FIKIR mereka sedang membantu wanita-wanita ini dan menyelamatkan nyawa bayi-bayi ini. Ia adalah pemikiran jijik untuk memikirkan yang diri mereka adalah penyelamat.

Mungkin kebanyakan bayi baru lahir ini berakhir dengan ibu bapa yang baik – pasangan tulen yang telah lama menginginkan anak mereka sendiri. Setelah duit dibayar, surat beranak di tangan, urusan selesai, tiada soalan lagi. Tiada sebarang pemeriksaan dibuat untuk ibu bapa ini.

Tapi, bagaimana jika bayi-bayi ini ‘dibeli’ dengan tujuan yang jahat? Dibesarkan untuk tujuan sindiket meminta sedekah atau dengan tujuan penyeludupan seks kanak-kanak? Apa akan terjadi dengan anak-anak ini? Tiada siapa yang akan tahu.

ehsan: FMT

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu Sanggup Jual Anak Gadis Berusia 14 Tahun Sebagai Pelacur Untuk Bayar Hutang

Penulis

Aqma