Jadual Imunisasi Bayi 2023 Yang Ditetapkan KKM, Ibu Pastikan Anak Dapat Vaksin Lengkap

Jadual imunisasi kebangsaan 2023 adalah sangat penting bagi memastikan si manja anda dilindungi daripada risiko jangkitan penyakit berbahaya

Jika sebelum ini kami kongsikan imunisasi bayi 2022, artikel kali ini adalah mengenai jadual imunisasi kebangsaan untuk bayi dan kanak kanak 2023 pula. 

Dalam proses perkembangan anak, mereka cenderung mengalami jangkitan penyakit memandangkan sistem ketahanan tubuh yang belum kuat. Justeru dengan adanya jadual imunisasi bayi 2022 dan 2023, sekaligus mampu melindungi si kecil dari jatuh sakit.

Jadual Imunisasi Kebangsaan KKM

imunisasi bayi vaksin bayi

Mematuhi jadual imunisasi kebangsaan untuk bayi dan kanak kanak adalah sangat penting bagi memastikan kesihatan anak anda terjamin dan sentiasa dalam keadaan sihat.

Sebagai ibu ayah yang prihatin, anda perlu pastikan anak memperoleh vaksin mengikut ketetapan umur mereka.

Ibu ayah ayah perlu membuat temu janji untuk mendapatkan imunisasi anak di fasiliti kerajaan dan ia turut tersedia di klinik swasta dengan bayaran tertentu. 

Jadual imunisasi kebangsaan ini merupakan langkah pencegahan untuk melindungi penularan wabak-wabak penyakit dan salah satu daripadanya adalah human papillomavirus (HPV) yang sangat berbahaya.

jadual imunisasi,imunisasi bayi, jadual vaksin bayi, vaksin untuk bayi, imunisasi tetanus

Jadual Imunisasi Kebangsaan telah diperkenalkan seawal tahun 1950-an yang bertujuan untuk mencegah penyakit berjangkit. Jadual ini telah pun dirangka berpandukan Program Perkembangan untuk Imunisasi (EPI-Expanded Immunization Programme) yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO.

Bagi memastikan kesihatan bayi dan kanak-kanak terjamin, kerajaan telah memberikan vaksinasi secara percuma mengikut jadual imunisasi kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di Malaysia, kerajaan telah memberi perlindungan imunisasi kepada 12 jenis jangkitan penyakit.

Imunisasi tetanus untuk kancing gigi

Pemberian vaksin imunisasi tetanus di bawah Program Imunisasi Kebangsaan KKM adalah disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan wanita mengandung.

Bagi anda yang tidak tahu imunisasi tetanus umur berapa, menurut portal Myhealth semua kanak-kanak akan menerima tiga (3) dos primer vaksin imunisasi tetanus pada:

  1. usia 2 bulan
  2. 3 bulan
  3. 5 bulan
  4. dos booster pada usia 18 bulan.
  5. Dos booster yang seterusnya akan diberikan pada usia 7 tahun dan 15 tahun.

Menurut KKM pada tahun 2020, terdapat penambahan vaksin untuk kanak-kanak bagi mengekang penyakit yang disebabkan oleh pneumokokus yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan lain-lain lagi. Penambahan vaksin tersebut adalah vaksin pneumokokal iaitu bagi setiap dos :

  • Dos 1 (4 bulan)
  • Dos 2 (6 bulan)
  • Dos Tambahan (15 bulan)

Vaksin Pneumokokal ini diberikan kepada kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya yang telah memasuki usia 5 bulan atau lebih.

Manakala bagi vaksin tambahan, anda boleh mendapatkannya melalui klinik swasta yang turut menawarkannya dengan kadar bayaran yang tertentu.

Vaksin kanak kanak tambahan yang lain adalah seperti berikut :

#1. Meningococcal

Merupakan penyakit meningitis atau pun keradangan selaput otak melalui jangkitan bakteria neiserria meningitidis. Penyakit ini mampu membawa maut sekiranya tidak dirawat. Vaksin jenis ini disyorkan kepada semua lapisan umur seawal usia 11 tahun untuk dos yang pertama.

#2. Rotavirus

Jangkitan rotavirus ini akan menyebabkan cirit birit dan muntah. Pemberian vaksin kanak kanak dan bayi akan diberikan seawal umur 6 minggu dan perlu lengkapkan dua dos. Vaksin ini diambil melalui oral, dan bukannya melalui suntikan.

#3. Cacar Air

Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus varicella zoster.

#4. Influenza

Si kecil anda disyorkan untuk mengambil vaksin kanak kanak ini bagi mengekalkan kesihatan yang berpanjangan. Influenza ini akan mengakibatkan demam yang teruk, selesema dan juga batuk.

Kepentingan imunisasi bayi untuk menyelamatkan nyawa

Pemberian imunisasi bayi telah pun terbukti mampu untuk membantu menyelamatkan nyawa ramai kanak-kanak di seluruh dunia.

Meskipun begitu, terdapat spekulasi yang membimbangkan kita berhubung vaksin untuk bayi  yang mana ia dikatakan boleh membawa kepada  autisme dan masalah-masalah lain.

Ramai ibu bapa tertanya-tanya akan potensi vaksin ini dalam melambatkan atau mengelakkan penyakit. Ini boleh meletakkan semua anak-anak kita pada risiko penyakit yang lain dan betapa perlu dan pentingnya kita untuk mengetahui dan memisahkan fakta daripada auta.

Sebenarnya, walaupun terdapat kes terpencil mengenai kesan imunisasi, kepentingan dan kebaikan vaksin bayi tersebut telah pun mengatasi kesan sampingannya. Antara kepentingan vaksin kepada bayi anda adalah :

  • Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.
  • Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.
  • Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga.
  • Vaksin bayi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit.
  • Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.
  • Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan dengan kos-efektif.

Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mendapat vaksin percuma yang lengkap sebagaimana yang telah disediakan oleh kerajaan.

Selain itu, pertimbangkanlah pemberian vaksin-vaksin tambahan, walaupun ia melibatkan bayaran.

Penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin imunisasi

jadual imunisasi bayi 2023

Terdapat beberapa penyakit yang dapat dicegah melalui pemberian vaksin kanak kanak iaitu :

  1. Tibi (Tuberculosis) yang mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitan pada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawa maut. Imunisasi bayi dapat mengurangkan risiko ia berlaku.
  2. Hepatitis B yang boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronic liver disease) dan kanser hati.
  3. Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaan fizikal atau kematian.
  4. Difteria– akibatkan kesukaran bernafas, masalah jantung dan saraf.
  5. Pertussis (batuk kokol) – boleh menyebabkan radang paru-paru, epilepsi dan boleh membawa maut.
  6. Measles (campak) – akibatkan radang paru-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis), pekak, buta, cirit-birit dan kematian.
  7. Mumps (beguk atau bengkak di belakang telinga hingga dagu) – radang otak (encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.
  8. Rubella pada ibu yang mengandung. Boleh mengelakkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.
  9. Penyakit Hib (Haemophilus influenza type B) akan menyebabkan radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.
  10. Human Papilloma (HPV) – Virus yang boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital
  11. Japanese Encephalitis (JE) – Jangkitan otak yang disebabkan oleh virus JE
  12. Vaksin tetanus – Kancing gigi kerana keracunan bakteria yang menyebabkan kekejangan otot-otot badan dan kebolehan membuka rahang. Imunisasi bayi dapat mengelakkan ia berlaku.

Ibu ayah hendaklah patuh jadual vaksin bayi

Ketetapan jadual vaksin bayi adalah perkara yang amat penting bagi melindungi anak-anak daripada penyakit yang sangat berbahaya, berpotensi menyebabkan kecacatan serius kepada bayi dan juga boleh membawa maut.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh WHO, terdapat dua hingga tiga juta kematian disebabkan oleh penyakit seperti demam campak, diphteria, kancing gigi dan influenza telah pun berjaya dicegah melalui pemberian imunisasi bayi ini. 

Suntikan vaksin bayi dan kanak kanak yang mengikut jadual seperti yang telah pun ditetapkan oleh KKM, adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan si kecil anda.

Oleh itu, langkah pencegahan melalui jadual imunisasi ini seharusnya di ambil serius oleh semua pihak bagi menangani wabak penyakit berjangkit tersebut.

Vaksin bayi tambahan juga boleh mencegah epidemik dan penyebaran wabak penyakit. Ia sama penting seperti imunisasi rutin dalam melindungi anak-anak anda.

Pemberian vaksin diberikan bagi pembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Pemberian suntikan vaksin anak boleh dilakukan secara suntikan atau secara pemakanan.

Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melalui mulut.

Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara:

  • Aktif – Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.
  • Pasif – Antibodi diperolehi melalui imunisasi

Zaman kini, terdapat pelbagai wabak penyakit yang amat membimbangkan, jadi pemberian vaksin merupakan langkah pencegahan yang terbaik, terbukti, dan sangat berkesan untuk menanganinya.

Prof Dr Zulkifli Ismail, seorang konsultan pediatrik juga berpandangan bahawa suntikan vaksin anak adalah cara yang paling efektif untuk melindungi anak-anak kita daripada jangkitan penyakit yang boleh membawa kematian. Oleh sebab itu, ibu dan ayah perlu ikut jadual imunisasi yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi kesejahteraan anak anda!

Vaksinasi merupakan satu proses pembentukan imuniti. Ia dapat melindungi bayi dan kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu dengan mudah, selamat dan berkesan.

Anak-anak anda adalah tanggungjawab anda. Lakukan pilihan yang terbaik dengan mengambil vaksinasi seperti yang disarankan demi menjamin masa depan yang sihat untuk anak anda.

Jauhi kontroversi dan kurangkan andaian teori rujuklah kepada pakar perubatan anda untuk mendapatkan maklumat vaksinasi dengan lebih lanjut.

Bagi ibu bapa Muslim di Malaysia, kita perlu mengingati firman Allah (dalam Surah Al Anbiya, ayat 7), “Bertanyalah kepada yang mengetahui (ahli dalam sesuatu bidang) jika kamu tidak mengetahui!”.

Semoga bermanfaat.

  1. mysumber (n.d) Jadual Imunisasi KKM Terkini (Vaksin) Bayi Dan Kanak-Kanak 2022. www.mysumber.com/jadual-imunisasi-kkm.html

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Apa Pandangan Islam Tentang Vaksin Pada Kanak-Kanak dan Hukumnya?

Baca juga: 4 Cara Kendali Anak Demam Selepas Suntikan Imunisasi

Baca juga: 12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!