Seorang wanita warganegara Brazil yang berumur 22 tahun didapati terlibat dengan penularan virus HIV selepas mendapatkan rawatan manicure. Wanita itu dilaporkan mengguna peralatan yang sama dengan pesakit HIV/AIDS.
Menurut doktor yang merawatnya, ini adakah kes pertama yang dilaporkan dalam jurnal AIDS Research and Human Retrovirus di mana terjadinya penularan virus HIV dalam bentuk baru.
Mangsa tidak terbabit dengan faktor utama penularan virus HIV
Ketika wanita tersebut pertama kali didiagnosis, doktor mendapati dia ada HIV. Namun, dia tidak mempunyai faktor atau risiko yang berkaitan dengan penularan virus HIV seperti melakukan hubungan seks bebas atau berkongsi jarum suntikan yang memberi peluang besar untuk wabak tersebar.
Apabila pihak perubatan melakukan siasatan lebih terperinci, mereka mendapati wanita itu ada berkongsi instrumen manicure dengan sepupunya yang menghidap HIV positif dalam beberapa tahun yang lalu.
Dari analisis darah juga, ia menunjukkan wanita itu mendapat virus sekitar 10 tahun lepas.
Analisis genetik juga dilakukan dan hasilnya mendapati mereka berasal dari nenek moyang yang sama sekaligus menunjukkan kemungkinan HIV itu menular selepas menggunakan barang manicure yang sama.
Penularan virus HIV cara baru: Jangan terlalu panik
Menurut Dr Brian Foley, Pangkalan Data HIV di Los Alamos National Laboratory Amerika Syarikat, insiden itu tidak bermaksud untuk membuatkan anda takut dan panik kerana risiko jangkitan adalah sangat rendah.
Beliau menambah, HIV tidak disebarkan melalui hubungan biasa seperti berkongsi perkakas makanan atau minum dari orang yang dijangkiti.
Tapi penyebaran virus HIV melalui peralatan manicure adalah sangat jarang berlaku yang tidak menyebabkan kebimbangan kepada orang ramai.
Walau bagaimanapun, perkara ini merupakan peringatan kepada semua orang untuk berhati-hati memberi pinjam barang peribadi kepada orang tertentu tidak kira adik beradik, rakan baik atau saudara mara.
Insiden ini juga memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mengelak untuk memberi pinjam perkakas peribadi dengan individu tertentu yang boleh menyebabkan sebaran darah melalui alat seperti pengepit kuku, akupuntur, pencukur bulu, sikat dan sebagainya yang boleh mengakibatkan penularan virus seperti hepatitis C (HCV) dan HIV.
Jika ingin melakukan rawatan manicure atau pedicure, tidak ada salahnya untuk anda memastikan barang yang digunakan itu telah dibersihkan atau mensterilkan semua peralatan tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya pada anda.
Semoga artikel ini memberi peringatan untuk kita bersama.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.compinjam-barang-peribadi/