Tingkatkan Estetika Kediaman Dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri Dari LG PuriCare Terbaharu

Reka bentuk dan fungsi Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LGPuriCare™ | Koleksi Objet lengkap dengan gaya dan teknologi luar biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2023- LG Electronics Malaysia (LG Malaysia) memperkenalkan era baharu
penulenan air yang melangkaui fungsi dengan pelancaran Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG
PuriCare™ | Koleksi Objet.

Dilengkapi teknologi penulenan yang termaju, produk inovatif ini menggabungkan estetika dan fungsi secara sempurna untuk meningkatkan lagi persekitaran kediaman.

Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet menerajui konsep baharu dalam
teknologi penulenan air di mana reka bentuk dan warna bertemu untuk menggubah sesuatu yang luar
biasa yang turut menyerlahkan lagi keindahan ruang rumah.

Dengan lima pilihan warna yang cantik - Calming Cream White, Calming Beige, Calming Pebble Grey, Calming Pink*, and Calming Cream Sky* - koleksi ini memperkasakan pemilik rumah untuk mencipta ruang yang mencerminkan personaliti mereka yang istimewa dan unik.

Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia berkata, “Penulen Air Tanpa Tangki terbaharu ini memainkan peranan yang penting dalam ruang kediaman moden di mana ia bukan sahaja memanfaatkan kesihatan keluarga, ia turut mengindahkan ruang kediaman.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet melambangkan komitmen LG
untuk mentakrif semula keperluan harian. Kami telah menggabungkan teknologi penulenan air yang
canggih dengan reka bentuk yang menawan untuk menghasilkan produk yang dapat melengkapkan
keperluan setiap isi rumah.”

Didatangkan dalam reka bentuk yang menawan, produk revolusioner ini menyalurkan air yang ditulenkan terus dari sumber air untuk menghasilkan air bersih yang bebas daripada pertumbuhan mikoorganisma. Dengan Sistem Penapis Puri 4-Peringkat, penulen air ini dapat menyingkirkan sembilan jenis logam berat, 99.99% norovirus, dan pelbagai bahan pencemar berbahaya.

Produk ini juga boleh dihubungkan dengan aplikasi mudah alih LG ThinQ™ untuk kemudahan yang dipertingkatkan yang membolehkan pengguna membuat kawalan dengan satu sentuhan.

Apa yang membezakan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet ini
daripada penulen air yang lain ialah Langganan Penapis Layan Diri yang disediakan dengan setiap
pembelian, satu kemudahan eksklusif yang hanya ditawarkan oleh LG.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langganan ini didatangkan dengan penapis baharu setiap enam bulan yang akan dihantarkan terus ke pintu rumah anda supaya penukaran penapis dapat dilakukan sendiri dengan mudah dan cepat tanpa perlu menunggu Juruteknik professional LG.

Konsep layan diri ini juga dilengkapi fungsi pensterilan automatik yang membolehkan pelanggan menikmati air bersih tanpa gangguan.

Bentuk dan fungsi lain yang meningkatkan lagi pengalaman pengguna termasuk:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

● Panel sentuh mesra pengguna yang membolehkan pelarasan suhu air yang tepat (40°C, 75 °C, 85
°C) dan tetapan isipadu daripada 120ml hingga 1000ml untuk memenuhi keperluan masakan.

● Tap bergerak Automatik dapat menampung ketinggian cawan yang berbeza-beza, mengurangkan
percikan sambil memastikan keselamatan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen LG terhadap kelestarian alam sekitar, penulen air tanpa tangki
layan diri ini melengkapkan gaya hidup hijau dengan mengurangkan sisa plastik dan ini menjadikannya
pilihan terbaik untuk pengguna yang mementingkan alam sekitar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, kecemerlangan produk revolusioner ini juga telah diiktiraf dengan penerimaan 2022 Energy Winner Award dan 2022 GOOD DESIGN Award - membuktikan lagi dedikasi LG terhadap inovasi dan kualiti.

Untuk menggalakkan minat pengguna, LG kini menawarkan promosi eksklusif bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober di mana pelanggan akan menerima satu (1) Penutup Hadapan (Biru/Merah Jambu) secara
percuma dengan pemasangan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri PuriCare™ | Koleksi Objet.

Penambahan bergaya ini meningkatkan estetika produk dengan ciri warna yang mencantikkan lagi
persekitaran dapur. Mulai hari ini, pelanggan boleh melengkapkan kediaman mereka dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri PuriCare™ | Koleksi Objet terbaharu pada harga berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk maklumat lanjut tentang LG dan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi
Objet, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di
https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita dan promosi terkini.