Netizen mengadu terhadap tindakan sesetengah peniaga yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan kerana menjual mask atau penutup hidung dan hand santizer dengan harga yang tidak masuk akal.
Situasi kenaikan dua barangan ini susulan penularan wabak coronavirus atau Covid-19 yang cukup membimbangkan di Malaysia kerana angka mangsa yang dijangkiti bertambah setiap hari hingga menyebabkan YAB Perdana Menteri membuat pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan pada malam tadi.
Walaubagaimanapun, bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, tentunya anda takut dengan wabak yang mengancam nyawa ramai orang ini.
Namun begitu, berita baiknya kebanyakan yang dijangkiti bukanlah terdiri di kalangan bayi atau kanak-kanak tetapi mereka yang sedikit berusia dalam umur 30 ke 40 tahun ke atas.
Meskipun dijangkiti, namun bayi tidak memiliki sebarang tanda atau gejala yang boleh merisaukan ibu ayah.
Doktor bengang peniaga jual penutup hidung untuk bayi 3 bulan dan ke atas
Seorang Doktor bernama Rusyainie Ramli berkongsi di laman Facebook miliknya dan mendedahkan ada peniaga yang mengambil kesempatan di atas kesulitan yang berlaku sekarang.
Ini kerana ada peniaga yang menjual topeng penutup hidung bayi yang boleh memudaratkan nyawa si kecil itu.
Berikut ini perkongsiannya:
” Aduhai wahai penjual. Menurut fakta saintifik yang dijalankan, COVID-19 jarang sangat menyerang bayi kerana mereka tidak mempunyai protein receptor tertentu. Ini menyebabkan virus seperti Covid-19 susah untuk menjangkiti bayi.
“Apatah lagi, bayi memiliki saluran laluan udara yang lebih kecil dan sempit. Mereka juga mempunyai sistem respiratori yang belum cukup matang.
“Bahkan, otot aksesori untuk bernafas juga belum sepenuhnya berfungsi. Pendek kata, bayi bernafas melalui hidung lebih dari mulut.
” Maka dengan menutup hidung dan mulut bayi itu boleh menghalang pernafasan mereka.
” Sebab itu, tidak disarankan untuk menjual topeng penutup hidung atau mulut bagi bayi kerana ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas sehingga meragut nyawa si kecil itu kelak!
“Lebih-lebih lagi, penggunaan topeng muka dari kain tidak efektif bagi menghalang Covid-19 dari menjangkiti bayi.
“Terutama bayi suka melelehkan air liur, ini sekaligus menyebabkan pengumpulan bakteria di topeng muka jenis kain itu. Silap-silap boleh membawa penyakit yang lain pula,” katanya panjang lebar dalam Facebook miliknya.
Rutin penjagaan kesihatan bagi ibu bapa dengan anak kecil
Hampir 20 peratus orang yang mendapat Covid-19 memerlukan rawatan di hospital selama dua minggu atau lebih.
Hospital juga akan dibanjiri dengan orang sakit yang membabitkan corona virus hingga memberi kesukaran untuk mengakses penjagaan kesihatan jika bayi jatuh sakit.
Menyedari hal yang berlaku ini, Kerajaan Australia baru-baru ini mengumumkan peruntukan khas untuk ibu bapa yang ada bayi baru lahir supaya berunding dengan doktor atau jururawat melalui telefon atau panggilan video dan bukan secara bersemuka.
Malahan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan tahap kesihatan si kecil berada di paras terbaik.
1) Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengamalkan kebersihan diri sendiri. Ini termasuklah kerap membasuh tangan, mengelakkan hubungan rapat dengan orang lain, batuk atau bersin ke arah siku, elak sentuhan mata, hidung dan mulut.
2) Bayi dan kanak-kanak mempunyai sistem imum yang belum matang. Jadi sekiranya mereka dipegang oleh kanak-kanak lain, sebaiknya cuci tangan dan muka mereka dengan segera, tukar pakaian dan seterusnya anda perlu mencuci tangan semula sampai bersih sebelum memegang bayi.
3) Memastikan bayi mendapat vaksin yang lengkap bagi melindungi diri mereka dari sebarang penyakit yang berbahaya.
4) Susu badan mengandungi banyak ramuan untuk mencegah dan melawan jangkitan. Ibu disyorkan untuk memberi susu ibu sehingga anak berumur enam bulan dan terus menyusu sampai dua tahun serta memberi makanan yang berkhasiat.
5) Jika memberi bayi minum susu melalui botol, pastikan botol sudah dicuci bersih dengan sabun, mensterilkan botol selepas guna dan bancuh susu dengan air suam.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Rusyainie Ramli , Science Alert
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.compenyakit-berbahaya