Keputihan Berbau Busuk, Warna Coklat? Awas! Anda Mungkin Hidap Penyakit Kelamin Pada Wanita!

Penyakit kelamin pada wanita jika tidak dirawat dikhuatiri boleh mendatangkan komplikasi lain. Kami dikongsikan di sin tanda-tandanya.

Penyakit kelamin pada wanita atau lelaki ada perkara yang biasa berlaku atas beberapa faktor. Jadi ada kalanya mereka yang terkena penyakit kelamin ini tidak tahu pun mereka sedang menghidapnya.

Jika dibiarkan penyakit kelamin pada wanita atau lelaki ini akan membawa bahaya kepada si penghidap dan juga pasangannya.

Lebih teruk lagi, penyakit kelamin pada wanita atau lelaki ini akan menganggu kualiti hidup seseorang individu kerana ia menyebabkan mereka mengalami ketidakselesaan berpanjangan.

Penyakit kelamin pada wanita boleh dirawat

Kredit: sehatq

Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea.

Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun.

Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada umur yang muda.

Tanda dan gejala penyaki kelamin

Kredit: harianmetro

Anda perlu berjumpa doktor jika anda mengalami gejala seperti seperti ini pada bahagian faraj atau zakar: 

  • gatal
  • bengkak
  • keluaran lendir
  • sakit
  • kemerahan

Jenis-jenis penyakit kelamin 

Kredit: pondok ibu

Pelbagai jenis penyakit kelamin yang mungkin boleh menjangkiti seseorang ia termasuklah:

#1. Chlamydia

Jangkitan chlamydia selalunya tidak memberi apa-apa tanda bagi pesakit wanita, tetapi pesakit mungkin mengalami gejala yang tidak spesifik seperti radang pundi kencing, keluar lendir dari faraj atau sakit di bahagian ari-ari

#2. Ketuat di bahagian kemaluan 

Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan kemaluan atau di lubang dubur. Tetapi majoriti pesakit tidak mengadu apa-apa gejala. Ini menyukarkan doktor untuk membuat diagnosa yang tepat bagi penyakit tersebut.

#3. Herpes di bahagian kemaluan

Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tanda-tanda penyakit akan mengadu demam, gatal, ‘panas’ dan bengkak di bahagian kemaluan.

Kadang kala kulit boleh melepuh dan membentuk ulser menyebabkan sakit semasa membuang air kecil.

#4. Gonorrhoea

Gonorrhoea ialah jangkitan yang melibatkan lelaki dan perempuan. Ia boleh menjangkiti kawasan kemaluan, dubur, usus atau tekak. Lebih kurang 90% pesakit akan mengadu keluaran lendir bernanah dari kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil.

#5. Sifilis

Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian zakar atau faraj. Kudis ini mungkin tidak sakit dan akan hilang sendiri walaupun tanpa rawatan. Kemudian, pesakit mungkin mengalami demam, menggigil dan sakit otot.

#6. Trichomoniasis

Organisma yang menyebabkan penyakit ini diberi nama Trichomonas vaginalis (TV). Kebanyakkan pesakit tidak mengadu apa-apa simptom tetapi segelintir akan mengalami keluar lendir kuning atau kehijauan, gatal dan bengkak di bahagian kemaluan. Pesakit lelaki tidak menunjukkan simptom tetapi selalu menjadi pembawa penyakit ini.

#7. Kutu di bahagian kemaluan 

Gejala termasuk gatal di bahagian kulit kemaluan. Anda mungkin juga mendapati serbuk-serbuk hitam (najis kutu) atau serbuk putih (telur kutu) di bahagian kemaluan atau seluar dalam.

#8. Kudis buta 

Kudis buta boleh berlaku di mana-mana bahagian badan dan juga kawasan lipatan badan. Gejala termasuk gatal (lebih lagi waktu malam), ruam dan bintik-bintik hitam.

#9. Kulat Candidiasis 

Gejala termasuk gatal di bahagian kemaluan, keluar lendir putih (seperti dadih) dan bintik-bintik keputihan di bahagian faraj atau zakar.

Rawatan penyakit kelamin pada wanita

Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara ubat antiviral boleh digunakan untuk herpes di bahagian kemaluan. Ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh sendiri tanpa rawatan.

Kebanyakan pesakit akan meminta doktor membuang ketuat tersebut untuk sebab-sebab kosmetik. Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit mesti juga dirawat walaupun tidak menunjukkan apa-apa gejala.

Jadi, hati-hati ya, jika ada alami gejala yang menunjukkan anda dijangkiti penyakit kelamin pada wanita, lebih elok jika anda dapatkan segera rawatan doktor untuk elak perkara lebih serius berlaku. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: myhealth

Baca juga: Bahagian Faraj Gatal & Tidak Selesa? Ini Jenis Penyakit Kelamin Yang Anda Perlu Tahu

Penulis

Lala Annuar