Hancur dan luluh hati seorang ibu apabila menyaksikan impian anak perempuannya menjadi penari terkubur selepas didapati terkena penyakit lumpuh kerana tercedera semasa berada dalam kelas latihan tarian.
Kejadian ini berlaku di Henan China pada 6 Oktober lalu, di mana kanak- kanak berumur enam tahun itu yang dikenali dengan nama Tongtong cedera selepas guru tariannya menolak dan memaksa kakinya untuk membuat gerakan split.
Melalui rakaman kamera litar tertutup CCTV, didapati Tongtong sedang berbaring di atas lantai sementara gurunya menolak kakinya ke bahagian kiri di atas kepala.
Sejurus melakukan aksi split itu, kanak-kanak perempuan tersebut dilihat masih mampu berjalan meskipun tidak stabil dan agak tersadung.
Kanak-kanak 6 tahun alami penyakit lumpuh sebelah kiri
Akan tetapi, sebaik kanak-kanak itu duduk dan cuba bangun semula, dia kelihatan gagal menggerakkan kedua-dua kakinya. Lantas guru yang menyaksi kejadian bergegas memberi bantuan sebelum membawanya ke hospital dan seterusnya doktor memberitahu bahawa Tongtong mengalami kecederaan di bahagian saraf tunjang.
Kini, hampir dua tahun Tongtong tidak mampu menghadiri kelas tarian kerana tidak boleh lagi berjalan seperti kanak-kanak normal yang lain.
Pada masa yang sama, doktor memberi pesanan kepada ahli keluarganya supaya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana peluangnya untuk sembuh adalah sangat tipis melainkan berlaku keajaiban yang tidak disangka.
Doktor turut menambah, semasa hari latihan tersebut, kemungkinan kanak-kanak itu ada mengalami kecederaan kecil semasa melentikkan badan, namun keadaan bertambah buruk setelah dia dipaksa split.
Tak dapat nak tanggung kos perubatan penyakit lumpuh
Jurucakap akademi seni tarian itu turut memberi maklum tentang insiden yang berlaku dan mengatakan kejadian mungkin tidak berlaku jika Tongtong tidak ada masalah kesihatan.
Bahkan, pihak akademi juga tidak dapat menanggung kos perubatan kanak-kanak itu secara berterusan dan hanya mampu membayar kos di awal rawatan sahaja. Lebih menyedihkan, pihak akademi tidak lagi melawat Tongtong kerana tiada perubahan positif yang ditunjukkan.
Sokongan sosial kepada pesakit lumpuh
Apabila mengalami lumpuh atau kecederaan saraf tunjang, ia boleh menyebabkan perubahan dan kecacatan yang kekal kepada pesakit terutama dari segi kekuatan, sensori dan fungsi anggota badan.
Berikut adalah 4 aspek sokongan bagi membantu pesakit lumpuh:
1) Emosi dan moral
Perubahan hidup dari seorang yang normal kepada kehilangan cacat kekal boleh menyebabkan pesakit mengalami kemurungan, depresi dan menyendiri sekaligus membuatkan mereka hilang kepercayaan dan semangat diri yang semakin menjauh.
Atas sebab itu, orang sekeliling harus memberi sokongan kepada mereka seperti empati, penyayang, kasih sayang dan amanah. Ia sedikit sebanyak dapat membantu pesakit dalam mengharungi perubahan dalam kehidupan mereka.
#2. Keluarga, rakan-rakan dan masyarakat
Semasa sesi ini dilakukan pesakit akan didorang untuk menilai pendapat dan kemampuannya sendiri dengan cara membanding pendapat dirinya dengan kemampuan orang lain.
Dengan sokongan ini dapat membangkitkan semangat pesakit untuk membuat satu ikrar iaitu perjanjian pesakit dengan diri sendiri supaya terus bersemangat dengan kehidupannya dan tidak rasa malu dengan keadaan fizikal mereka.
#3. Khidmat nasihat
Khidmat nasihat ini boleh mengalakkan pesakit menyertai bengkel khas supaya dapat memberi pendedahan kepada mereka dengan kualiti hidup yang lebih baik. Bahkan bengkel sebegini dapat menaikkan semula jiwa dan semangat pesakit supaya lebih kental.
#4. Bantuan praktik
Sokongan dalam bentuk ini merangkumi wang, masa, barangan bantuan dan campur tangan yang jelas bagi pesakit dan juga keluarga.
Jika pesakit mempunyai caruman dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mereka boleh dirujuk terus ke PERKESO untuk mendapatkan bantuan peralatan perubatan seperti kerusi roda, roho cushion dan banyak lagi.
*********
Diharap adik Tongtong cepat sihat, kuat dan kembali ceria seperti dahulu. Semoga perkongsian ini memberi pengajaran dan teladan untuk ibu bapa yang lain.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcedera-tulang-belakang