Pilu hati! Bayi yang derita usus di luar selepas lahir ini perlukan bantuan

Semoga keluarga kecil ini tabah dan bayi selamat melakukan pembedahan, lantas menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak dengan riang gembira seperti mana yang lain

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan yang boleh digambarkan pada keluarga seorang bayi yang dilahirkan pada 1 Julai 2018 yang lalu. Namun, bayi tersebut kini menderita penyakit omphalocele. 

Bayi comel ini dilahirkan di Hospital Taiping dalam keadaan fizikal yang luar biasa dan jarang sekali kes seperti ini berlaku. Namun, bayi itu dalam keadaan sihat tapi masih dirawat dan dijaga rapi oleh pihak hospital berkenaan. 

Menurut Taiping terkini, anak perempuan kepada Amirul Syafik itu akan ditukar dan dirawat lanjut ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (General Hospital Ipoh). 

Apatah lagi, kesempitan hidup yang dialami kerana bapa bayi ini, Amirul yang hanya bekerja di sebuah bengkel mengecat. Kewangannya terhad, malah dia juga terpaksa menumpukan perhatian pada urusan anaknya yang lain seramai empat orang. 

Jika anda ingin membantu boleh salurankan bantuan dan hubungi nombor ini 011-37830119 (Amirul) 

Apa itu penyakit omphalocele? 

Kredit: Taiping terkini official

Buat anda yang pertama kali mendengar penyakit ini, pasti anda tertanya-tanya apakah penyakit omphalocele ini?

Penyakit omphalocele adalah satu keadaan di mana bayi yang dilahirkan mengalami usus atau organ perut lain keluar dari pusat. Pada bayi yang menderita penyakit omphalocele ini, usus mereka hanya akan ditutupi lapisan tipis dan mudah dilihat. 

Terdapat dua jenis gejala penyakit omphalocele. Pertama, omphalocele kecil di mana hanya usus saja yang menonjol keluar. Keduanya, omphalocele besar iaitu organ yang menonjol meliputi hati dan limpa. 

Bagaimana cara merawat penyakit omphalocele? 

Kredit: Detik Health

Penyakit omphalocele perlu dirawat dengan pembedahan. Hal ini kerana, kantung yang melindungi isi perut boleh menyebabkan masalah serius lain seperti masalah jantung dan doktor akan mengubati masalah ini terlebih dahulu. 

Ada bahan khas yang akan digunakan oleh pihak hospital untuk menolak kantung ke dalam perut kemudian perut akan ditutup. 

Bagaimana boleh terjadinya omphalocele?

Menurut Dr. Jati Satriyo, omphalocele berlaku kerana jangkitan atau penyakit yang ditanggung ibu ketika mengandung. Ia dipanggil jangkitan toksoplasmosis. 

Toksoplasmosis merupakan penyakit yang muncul akibat tubuh dijangkit dengan parasit T yang boleh dijumpai pada kotoran bulu kucing, daging mentah, daging kurang masak dan telur mentah. 

Selain itu, penyakit ini juga boleh disebabkan pengambilan ubatan seperti ubat terlarang, merokok, kelainan genetik, kekurangan asid folic dan kekurangan nutrisi pada tubuh serta lain-lain. 

Namun begitu, biasanya doktor perubatan akan mengenal pasti kecacatan bayi sejak dari dalam kandungan melalui scan.

Semoga bayi Amirul Syafik selamat menjalani pembedahan nanti.  Kongsikan artikel ini di laman socmed anda untuk sesiapa yang sudi membantu adik Amirul Syafik. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Health detik Alo dokter

Baca juga: