Kes Pertama Polio KEMBALI, 23 Orang Kanak-Kanak Tidak Divaksin Lengkap!

Bayi 3 bulan disyaki terkena virus polio yang menjadi kes pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas dengan virus tersebut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan satu kejadian penyakit polio dilaporkan berlaku di Tuaran Sabah setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penularan virus tersebut.

KKM memberitahu menerusi kenyatan akhbar dengan menyatakan kes ini melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran Sabah yang mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital. Pihak hospital kemudiannya, mengesahkan bayi tersebut dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019.

Hasil ujian yang dilakukan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus tersebut mempunyai kaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis di Filipina.

Penyakit polio pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas virus tersebut

Bayi tersebut kini masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan. Memandangkan pesakit masih memerlukan rawatan rapi, maka orang ramai dan petugas media diminta supaya tidak menganggu waris atau petugas kesihatan di hospital semasa rawatan diberikan kepada pesakit tersebut.

Apa itu Circulating vaccine-derived poliovirus?

Circulating vaccine-derived poliovirus (CVDPV) berasal dari virus polio yang telah dilemahkan dalam vaksin polio yang diberi secara oral (Oral Polio Vaccine -OPV).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudiannya, virus yang dilemahkan ini dikumuhkan oleh badan melalui najis namun dalam persekitaran yang tidak sihat ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan terus tersebar dalam komuniti yang lebih besar jika imunisasi polio ini kurang daripada 95%.

Jika virus ini kian tersebar maka ia akan kembali aktif dan dipanggil sebagai vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan menyebabkan poliomyelitis.

Jadi amatlah penting bagi setiap orang mendapatkan vaksin poliomyelitis supaya mendapat perlindungan yang sewajarnya.

Kawasan tempat tinggal pesakit yang menghidap penyakit polio

Hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada 199 orang yang berumur antara dua bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ternyata keputusan ini sangat membimbangkan kerana penularan jangkitan cVPDV hanya boleh diselesaikan dengan imunisasi polio.

Hasil penerangan tentang kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan penyakit ini semua ibu bapa kanak-kanak tersebut telah bersetuju untuk diberikan vaksin polio.

Kes polio terakhir berlaku tahun 1992

Untuk maklum, kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992. Namun pada Oktober 2000, Malaysia bersama negara Rantau Pasifik Barat telah diisytihar bebas daripada penyakit polio.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejayaan pembasmian penyakit ini berikutan pencegahan melalui vaksin polio yang diperkenalkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan sejak 1972 dan diteruskan sehingga ke hari ini.

Program ini bertujuan memantapkan lagi cara pemberian vaksin secara oral iaitu Oral Polio Vaccine OPV kepada suntikan Inactivated Polio Vaccine- IPV.

Langkah pelaksanaan

KKM dan Pejabat Kesihatan Daerah akan melakukan beberapa aktiviti bagi mengurangkan gejala tersebut.

- Memastikan pemantauan dan pengesanan AFP di semua fasiliti kesihatan diperkukuhkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

- Pemantauan sampel persekitaran kepada kawasan berisiko tinggi seperti penempatan warga asing dari negara yang mengalami polio.

- Memastikan liputan imunisasi polio melebihi 95% di semua lokaliti di Malaysia pada setiap masa

- Meningkatkan aktiviti pemantauan kes tercicir imunisasi.

- Meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio.

- Meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan persekitaran dan juga penjagaan kebersihan diri dan tangan

Extra Info

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

- Penyakit polio merupakan penyakit yang wajib dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

- Untuk memastikan Malaysia bebas polio, maka pemantauan gejala penyakit yang menyerupai Acute Flaccid Paralysis (AFP) dijalankan kepada kanak-kanak kurang daripada 15 tahun di semua pusat kesihatan Malaysia.

- Jika dilaporkan ada kes, sebanyak dua sampel najis akan diambil daripada kanak-kanak yang bergejala dalam tempoh 14 hari paralisis dan diuji di Institut Penyelidikan Perubatan.

- KKM juga menjalankan pemantauan kehadiran virus polio dalam persekitaran melalui sampel air kumbahan di beberapa loji rawatan air kumbahan terpilih sejak 2012.

- Setakat ini, tiada virus polio liar (wild) atau circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV) dikesan dalam sampel persekitaran.

- Penyakit polio adalah penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kelumpuhan kekal disebabkan oleh virus polio yang merebak melalui oral-fekal, makanan dan air tercemar.

- Empat dos vaksin polio diberikan iaitu kombinasi Difteria, Pertussis, Tetannus dan Influenza B. Ia diberikan kepada bayi berumur 2,3,5 dan 18 bulan.

Justeru, ibu bapa digalakkan memberi imunisasi polio yang lengkap kepada anak-anak supaya dapat hindari daripada penularan wabak polio ini.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: General Of Health Malaysia

Baca juga