Dengan pelbagai maklumat yang ibu bapa baru dijangka perlu tahu, mudah untuk terlepas pandang penyakit-penyakit awal bayi dan anak-anak kecil.
Salah satu daripada penyakit berbahaya dan berjangkit tersebut ialah rotavirus. Rotavirus mudah merebak melalui sentuhan dengan virus pada permukaan, atau daripada tangan ke mulut1.
Namun anda mungkin tidak sedar bayi dijangkiti virus sehingga simptom-simptom muncul dua hari kemudian. Ia bermula dengan demam dan muntah-muntah 2 hingga 3 hari, kemudian cirit-birit bermula dan boleh berlarutan dari 5 hingga 7 hari1.
Dalam senario terburuk, kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus boleh dehidrasi dan perlu dimasukkan ke hospital1.
Apakah itu jangkitan rotavirus?
Rotavirus sangat berbahaya kepada bayi kerana selain cirit-birit, bayi juga boleh menghidapi Gastroenteritis Akut (AGE) dan mungkin mengalami dehidrasi2.
Mereka juga akan rasa letih dan lesu akibat dehidrasi dan jika tidak dirawat, ia boleh membawa maut2.
Sekiranya anak mengalami dehidrasi, ada beberapa tanda yang ibu bapa boleh perhatikan3:
- Mulut kering
- Tiada air mata ketika kanak-kanak menangis
- Mengantuk luar biasa atau tiada tindak balas
- Kekurangan air kencing
Oleh itu, rotavirus harus dipandang serius oleh semua ibu bapa.
Adakah anak anda berisiko untuk dijangkiti rotavirus?
Jangkitan rotavirus dikenali sebagai jangkitan usus yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah3.
Namun bagaimana pula orang dewasa?
Sebagai orang dewasa, kita tidak terlepas daripada dijangkiti rotavirus namun kita lebih kurang terdedah dan simptom-simptom mungkin tidak seteruk kanak-kanak yang terjangkit jangkitan ini3.
Namun jika kita tidak berhati-hati, kita boleh menularkan virus tersebut kepada anak-anak. Ada beberapa cara untuk melindungi anak-anak daripada jangkitan rotavirus.
Mengekalkan tabiat kesihatan baik seperti mencuci tangan selepas menukar lampin anak, mensanitasikan permukaan tempat menukar kampin dan membersih apa sahaja yang bayi sentuh.
Namun begitu, kita harus mempertimbangkan vaksinasi terhadap rotavirus untuk anak-anak agar fikiran lebih tenang.
Jangan terlepas peluang untuk melindungi anak anda
Jika anda risau anak-anak terdedah kepada jangkitan rotavirus, memvaksinkan mereka sebagai perlindungan adalah salah satu langkah yang anda boleh pertimbangkan.
Namun, anda perlu bertindak dengan pantas!
Rujuklah kepada doktor anda untuk mengetahui maklumat lanjut.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vaksin Rotavirus
- Buat masa sekarang, vaksin Rotavirus yang telah diuji secara klinikal melibatkan ribuan bayi dan didapati boleh diterima dengan baik dan boleh membantu dalam melindungi daripada jangkitan rotavirus. Ia juga telah diluluskan untuk digunakan di Malaysia oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia4.
- Secara umumnya, kanak-kanak yang mendapat vaksin akan dilindungi daripada jangkitan Rotavirus yang teruk (demam, muntah, cirit-birit, dan perubahan tingkah laku)5.
- Sebelum vaksin ini diperkenalkan, ramai kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus sehingga perlu dimasukkan ke hospital5.
- Bilangan kanak-kanak yang divaksinasi yang dimasukkan ke hospital akibat penyakit ini semakin berkurangan5.
Jika anda tidak pasti dengan kesihatan anak anda, rujuk kepada doktor keluarga agar anda lebih jelas dalam membuat keputusan melibatan kesihatan si manja.
MY-ROT-00240 Aug/2022
REFERENCES
- World Health Organization. Rotavirus. Available From: https://www.who.int/teams/health-product-policy-and-standards/standards-and-specifications/vaccines-quality/rotavirus. Last Accessed 22 August 2022.
- Elliott EJ. Acute gastroenteritis in children. BMJ. 2007;334(7583).
- Mayo Clinic. Rotavirus. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/rotavirus/symptoms-causes/syc-20351300. Last Accessed 19 August 2022.
- PORTAL MyHEALTH. The Drug Product Registration Process In Malaysia. Available from: https://www.myhealth.gov.my/en/drug-product-registration-process-malaysia/. Last Accessed 21 August 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention. Rotavirus vaccination: What everyone should know. Available from: https://www.cdc.gov/vaccines/vpd/rotavirus/public/index.html. Last Accessed 22 August 2022.