1 Dari 3 Rakyat Malaysia Ada Kuman Tibi - Apa Itu Penyakit Tibi?

Penyakit tibi merupakan penyakit yang pernah menjadi pembunuh nombor satu di negara ini. Jom ketahui apa itu penyakit tibi dan cara untuk mencegahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit tibi pernah menjadi penyakit nombor satu di Malaya. Tapi kini, Malaysia telah diisytiharkan sebagai salah satu negara dengan beban tibi sederhana.

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan satu pertiga dari penduduk dunia telah dijangkiti kuman tibi.

Ini bermakna satu dari tiga rakyat Malaysia mempunyai kuman ini dalam badan mereka!

Walau bagaimanapun, kebanyakan individu yang memiliki kuman penyakit ini mungkin tak akan dijangkiti oleh penyakit ini sepanjang hayat mereka kerana ia tak aktif.

Kuman-kuman tibi akan menjadi aktif jika sistem imunisasi gagal menghalang kuman ini dari membiak dalam badan. Jadi, ini apa yang anda perlu tahu tentang penyakit tibi.

Apa itu penyakit tibi?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Ia berlaku kerana kuman mycobacterium bacillus yang ditemui oleh Dr. Robert Koch.

Kuman ini berwarna merah dan sangat halus.

Kuman tibi biasanya menyerang paru-paru dan ia dikenali sebagai tibi pulmonari. Tapi, ia juga boleh melalui saluran darah dan merosakkan bahagian tubuh manusia yang lain seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain.

Bagaimana penyakit tibi merebak?

Penyakit ini boleh merebak apabila pesakit yang menghidapi tibi pulmonari ini batuk, bersin atau bercakap. Mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi dari paru-paru dan kerongkong.

Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kumah tibi dari pesakit ini akan mempunyai risiko untuk mendapat penyakit ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda-tanda penyakit tibi

  • Batuk berkahak melebihi dua minggu
  • Kahak berdarah
  • Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
  • Hilang selera makan
  • Berat badan menyusut
  • Mudah letih dan lemah badan.

Golongan berisiko mendapat penyakit tibi

  • Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
  • Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
  • Pembawa HIV
  • Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
  • Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
  • Warga tua.

Cara untuk mendiagnos tibi

Sekiranya anda mengalami batuk berpanjangan, doktor biasanya akan membuat sapuan kahak di bawah mikroskop untuk mengesan kuman tibi.

X-ray pada dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru anda.

Rawatan penyakit tibi

Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan. Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringkat rawatan seterusnya akan dilakukan dua kali seminggu selama empat bulan.

Pencegahan penyakit tibi

  • Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
  • Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
  • BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
  • Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
  • Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.

Mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah kunci untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Jadi, jangan lupa untuk bersenam dan makan makanan yang seimbang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: MAPTB

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak Batuk Lama Mungkin Menghidap Batuk Kering, Ibu Ayah Waspada 9 Tanda Ini!

Penulis

Nadia Ghafar