Penyanyi kanak-kanak Melayu berusia 11 tahun memenangi pertandingan nyanyian di China

Lebih luar biasa lagi, dia bukan menyanyi dalam bahasa Melayu, tetapi dalam bahasa Cina, di negara China!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adinda Tasya Mansor, seorang kanak-kanak melayu berusia 11 tahun yang telah mencipta nama di Tanah Besar China, setelah menyertai pertandingan nyanyian di China. “Let’s Sing” musim keempat.

Anak berkulit hitam manis ini berasal dari Taiping, Perak telah menjadi bualan 2 negara, iaitu Malaysia dan China, telah menyanyikan lagu berbahasa Mandarin yang berjudul “Next Stop in the Future” telah menerima tepukan gemuruh daripada penonton dan para juri. Pertandingan ini dilangsungkan pada 2 Julai 2016.

Adinda juga seorang kanak-kanak melayu pertama yang telah menyertai dan memenangi pertandingan nyanyian di negara luar Selepas rakaman pertandingan itu dimuat naik ke laman Youtube, video itu telah menjadi tatapan lebih 600,000 penonton online selepas 2 minggu.

Adinda boleh bertutur bahasa melayu dengan fasih kerana bersekolah di Sin Min Primary School, yang menggunakan perantara bahasa cina. Adinda juga telah menyertai berbagai pertandingan nyanyian tetapi pertandingan “Lets Sing di China” merupakan pertandingan sulung yang dimenanginya.

Beliau telah mengikuti kelas vokal mingguan bersama Jacob Teo, seorang guru vocal terkenal di Kuala Lumpur. Adinda juga dikatakan bakal mengikuti jejak langkah penyanyi terkenal Malaysia yang bernama Shila Amzah, yang juga telah mengukir nama di negara China yang telah memenangi pertandingan nyanyian “Asian Wave” pada tahun 2012, iaitu 4 tahun yang lepas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh