app

Penyanyi The 1975 Biadap! Hina Undang-Undang LGBT Negara, Cium Sesama Jantina Di Atas Pentas

Penyanyi The 1975 disekat daripada membuat sebarang persembahan di Malaysia selepas melakukan aksi tidak senonoh pada konsert The Good Vibes.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tindakan biadab vokalis kumpulan penyanyi The 1975 iaitu Matty Healy yang secara terbuka melakukan aksi bercium sesama jenis ketika beraksi pada konsert The Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada malam Jumaat lalu terus mendapat kecaman ramai.

Rata-ratanya meluahkan rasa marah dan kesal atas tindakan penyanyi tersebut yang secara terbuka melakukan aksi bercium sesama jenis malah tidak hanya itu, tindakannya yang membawa dan meneguk minuman keras di pentas juga dilihat sebagai menghina rakyat Malaysia yang majoritinya adalah Muslim.

Matty yang dipercayai mabuk ketika membuat persembahan pada konsert tersebut lantang menyuarakan rasa tidak puas hatinya berhubung undang-undang LGBT di Malaysia dan menunjukkan protes dengan mencium mulut pemain bass kumpulan itu, Ross McDonalds.

Sejurus selepas itu, dia dimaklumkan menerima arahan untuk menghentikan persembahan sebelum di ‘gam’ daripada muncul dalam mana-mana acara nyanyian di Kuala Lumpur.

Sebelum meninggalkan pentas, dia mengucapkan selamat tinggal dan memberitahu kumpulannya sudah disekat daripada meneruskan konsert di Malaysia.

“Kami baru sahaja dimaklumkan sudah dibanned dari Kuala Lumpur, selamat tinggal,” ujarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain dari melakukan beberapa tindakan tidak sopan tersebut, tular beberapa video rakaman Matty mengamuk dengan menghancurkan drone pihak pengurusan dan juga menyepak videographer serta cameraman yang berada di sekitar pentas.

Pastinya perilaku buruk vokalis band berasal dari British itu telah mendapat kecaman daripada penonton terutamanya rakyat Malaysia yang telah membeli tiket untuk menyaksikan persembahan dari selebriti lain di Good Vibes Festival.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil kemudian terus mengarahkan supaya penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang masih berbaki dibatalkan serta-merta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Menerusi catatan di Facebooknya, beliau berkata pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

Perbuatan penyanyi itu bukan hanya bertentangan dengan agama, moral dan budaya Malaysia malah bertentangan dengan undang-undang negara.

mSTAR 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Terkejut Bil Elektrik Naik 2 Kali Ganda Berbanding Dulu? Mungkin Ini Puncanya!

Baca juga : Jimat Berbelanja Dengan Duit Gaji, Wanita Ini Kongsi 10 Cara Urus Kewangan Yang Boleh Anda Ikuti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : Hati-Hati, Minuman Rendah Kalori Kononnya 'Sihat' Untuk Diet, Tapi Mungkin Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi