Tangan & Kakinya Sudah Membiru, Pengasuh Terkejut Jumpa Bayi Tersembam Dalam Baldi

Siapa sangka baldi berisi air di dalam bilik mandi menjadi tarikan anak kecil. Sekelip mata ia menjadi penyebab lemas sehingga meninggal dunia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ekoran kekangan masa dan tugas seharian, kebanyakan ibu ayah pada hari ini menggunakan khidmat pengasuh bagi menjaga anak-anak pada waktu siang. Namun siapa sangka penyebab lemas dalam bilik air telah meragut nyawa seorang bayi sekelip mata sahaja.

Meskipun pengasuh berkenaan sudah memberikan jagaan sehabis mungkin, namun bila sudah namanya ajal pasti  kejadian ini sukar untuk kita sebagai manusia biasa mengelaknya.

Penyebab lemas seorang bayi dalam baldi air di rumah pengasuh

credit to sources

Menerusi perkongsian kisah benar oleh Dr Redza Zainol, seorang wanita telah tiba di Jabatan Kecemasan bersama bayinya yang sudah kaku dan jantungnya sudah berhenti berdegup.

”Dia langsung tidak bernafas dan tidak bergerak. Tiada degupan jantung kedengaran apabila bayi diperiksa. Matanya tertutup, mulutnya sedikit terbuka.” ceritanya.

”Tolong saya doktor! Anak saya lemas. Tolong dia, tolong selamatkan dia.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Difahamkan si kecil ini merupakan anak tunggal dan dia dijaga oleh pengasuh setiap hari pada waktu siang. Kejadian ini berlaku ketika pintu tandas di rumah pengasuh sudah ditutup, namun tidak dikunci dengan baik.

Dia yang secara senyap-senyap telah panjang akal dan masuk ke bahagian bilik air tanpa disedari oleh pengasuh.

”Mangsa telah masuk ke dalam tandas bersendirian dan dia nampak sebuah baldi yang penuh dengan air.”

”Beberapa minit kemudian dia dijumpai pengasuh, kepalanya sudah berada di dalam baldi dan kakinya pula ke atas. Pengasuh berkenaan terus menarik keluar anak ini, namun kakit, tangan dan mulutnya sudah berubah menjadi biru.” ceritanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada siapa yang tahu sudah berapa lama dia terjatuh ke dalam baldi tersebut. Mungkin 1 minit atau 10 minit, entahlah.

credit to sources

”Maafkan saya puan. Anak puan sudah tidak ada lagi.” kata Dr Redza.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sememangnya nasi sudah menjadi bubur. Hendak menyesal pun sudah tidak berguna. Masa yang sudah berlalu tidak boleh diputar semula. Hanya kenangan sahaja yang ditinggalkan. Dan dia sudah pergi meninggalkan semua.

Penyebab lemas melibatkan bayi adalah cukup bahaya kerana mereka tidak mampu untuk menjerit meminta tolong. Air yang masuk ke bahagian paru-paru menjadi basah dan tidak berfungsi lagi.

”4 minit tanpa bekalan oksigen sampai ke bahagian otak, ia sudah cukup mendatangkan kerosakan kekal pada otak si manja.” jelasnya.

Jangan biarkan anak bersendirian dalam bilik air

Susulan kejadian berkenaan, Dr Redza menasihati para ibu bapa agar tidak memandang remeh akan hal ini dengan meninggalkan bayi bersendirian di dalam bilik air.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga perlu memastikan agar sentiasa menutup rapat tempat duduk tandas, kosongkan bekas takungan air yang boleh mengundang risiko meragut nyawa.

Kawan-kawan, perhatikan 4 perkara ini ketika anda memandikan bayi dan anak kecil:

credit to sources

  • Pastikan anda memerhatikan si manja melalui sentuhan. Maksudnya sebelah tangan ibu ayah memegang anak. Sebelah lagi tangan untuk anda ambil alatan mandi atau tuala bayi. Semua keperluan ini mestilah dalam jangkauan tangan. Anda perlu menyusun dahulu semua alatan ini sebelum meletakkan bayi di dalam tub atau tempat mandian.
  • Peraturan mudah ketika bayi berada di dalam air iaitu jangan tinggalkan anak bersendirian atay meninggalkan anak sebentar sahaja untuk dijaga oleh anak kecil lain.
  • Kosongkan baldi, tong sampah atau sebarang jenis bekas yang boleh menakung air. 
  • Penutup tempat duduk tandas hendaklah ditutup sepanjang masa. Kepala anak kecil yang sudah panda berjalan boleh termasuk ke dalam lubang tempat duduk tandas dan mengakibatkan risiko lemas secara senyap. Sebaiknya, selak terus pintu tandas agar ia tidak dimasuki oleh anak yang masih kecil.

Kesimpulannya, bayi dan kanak-kanak memiliki rasa ingin tahu yang tinggi. Mereka memiliki ‘akal panjang’ dalam mencuba sesuatu menarik perhatian dan dianggap seronok.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemalangan yang berlaku di bilik air sebenarnya cukup merisaukan. Kajian juga mendapati kemalangan melibatkan bilik air ini adalah yang kedua tertinggi selepas dapur. Jadi ibu ayah dan pengasuh hendaklah lebih prihatin dengan tidak membiarkan mereka bersendirian.

Sumber: Kisah Dunia

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkisah-kematian