Vagina Kering Ketika Seks? Ini Tanda Isteri Perlukan Lebih Rangsangan & Waktu Foreplay!

Tahukah anda penyebab vagina kering adalah masalah yang sering kali menyerang setiap wanita? Meskipun bukan perkara serius, ia perlu diatasi dengan berkesan

Pernahkah anda berdepan kesukaran untuk memuaskan ‘kehendak’ suami kerana masalah pada bahagian intim? Penyebab vagina kering adalah perkara normal bagi wanita berusia atau masih muda kerana disebabkan oleh beberapa faktor.

Menurut Journal of Women’s Health, penyebab vagina kering sering kali menjadi masalah untuk golongan wanita di bawah usia 60 tahun. Dalam hal ini, adalah penting untuk anda memastikan vagina kekal lembap bagi mengekalkan kesihatan dan membantu mencegah jangkitan kuman.

Apakah penyebab vagina kering?

credit to sources

Kebiasaannya, anda akan berasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama dengan suami. Bukan itu sahaja, ia dapat dirasai ketika duduk, berdiri, buang air kecil mahupun ketika bekerja.

Ketidakselesaan ini sekaligus akan menganggu anda yang aktif secara seksual ataupun tidak. Perubahan juga terjadi pada penampilan vagina dan vulva, bibir faraj akan kelihatan semakin menipis.

And juga mungkin akan mengalami iritasi, rasa panas atau gatal. Jika ini yang terjadi, dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Gejala tersebut akan didiagnosis dengan pertanyaan sudah berapa lama anda mengalaminya, tentang rawatan yang perlu dijalani atau cara anda membersihkan vagina.

Seterusnya, doktor akan melakukan pemeriksaan bahagian alat sulit untuk melihat sama ada vagina kelihatan kemerahan ataupun tidak. Ujian ini dilakukan untuk mengetahui penyebabnya yang berkemungkinan telah  berlaku jangkitan pada saluran kencing.

Namun ada juga penyebab lain yang menyebabkan masalah ini berlaku, iaitu:

#1. Kurang rangsangan untuk ghairah

Salah satu penyebab vagina kering boleh terjadi kerana tahap libido rendah atau masalah seksual dengan pasangan. Sebagai contoh, pasangan mungkin memiliki kemampuan bersama yang kurang, melambatkan foreplay atau ejakulasi terlalu awal.

#2. Faktor psikologi dan emosi

credit to sources

Siapa sangka faktor psikologi dan emosi berupaya menganggu keghairahan seks dan membuatkan vagina menjadi kering. Menurut Goldstein, ketika anda berasa cemas, akan terjadi kurangnya aliran darah sehingga berlaku kekeringan pada bahagian faraj.

Ia turut menjejaskan hormon kortisol dan menganggu ia bekerja dengan baik.

#3. Perubahan hormon

Berdasarkan American Congress of Obstetricians and Gynecologists, penyebab paling utama vagina menjadi kering adalah kerana penurunan kadar estrogen selama menopause, pramenopause, setelah bersalin atau menyusukan anak.

Bukan itu sahaja, rawatan kimia untuk kanser seperti kemoterapi dan radiasi bahagian punggung menyebabkan penurunan estrogen.

#4. Pengambilan ubat tertentu

Ubat alergi, asma dan selesema mengandungi antihistamin yang memiliki kesan sampingan terhadap tubuh seseorang sehingga menyebabkan penurunan cecair vagina.

#5. Masalah iritasi

Sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa produk penjagaan diri boleh menyebabkan masalah vagina kering. Sebagai contoh, sabun mandi yang mengandungi bahan kimia, produk kebersihan dan minyak wangi. 

Sesetengah wanita mengalami masalah alergi terhadap sabun pencuci pakaian yang menyebabkan iritasi pada vagina.

Cara mudah untuk mengatasi masalah faraj kering

credit to sources

Seperti yang dijelaskan, anda perlu mengetahui punca utama penyebab masalah ini sekiranya ingin merawatnya. Misalnya wanita yang memiliki masalah dengan lubrikasi vagina kerana perubahan hormon, doktor mungkin akan menyarankan terapi estrogen.

Namun, ada cara lain yang lebih selamat dan sesuai untuk wanita yang mengalami masalah vagina kering dan sakit ketika melakukan hubungan seksual, iaitu:

#1. Menggunakan cecair pelincir sebelum memulakan seks

Ada pelbagai jenis produk pelincir yang dapat membantu mengatasi masalah vagina kering. Ia biasanya dalam bentuk minyak, air dan silikon. Produk pelincir adalah yang paling berkesan untuk memberikan keselesaan ketika melakukan hubungan seks bagi jangka masa panjang.

#2. Menggunakan pelembap khusus untuk vagina

Sekiranya anda mencukur bulu kemaluan sehingga habis, pakar masalah wanita, Rebecca Brightman menyarankan untuk menggunakan pelembap kewanitaan bagi mengurangkan masalah kekeringan.

Namun hal yang perlu diingatkan adalah menggunakan pelembap miss V ini pada bahagian sekitar vulva sahaja dan jangan dimasukkan ke dalam vagina.

#3. Jangan mencuci vagina menggunakan sabun

Anda perlu elak membersihkan vagina dengan sabun banyak buih, berbau wangi atau losen. Hal ini akan menyebabkan kekeringan berlaku semakin teruk.

Jika ingin mencegah jangkitan kuman pada vagina yang disebabkan oleh bakteria, anda boleh menggunakan pembersih kewanitaan mengandungi povidone-iodine. 

Jika digunakan pada bahagian luar vagina, ia akan bertindak mematikan parasit penyebab jangkitan dan sekaligus menjaga keseimbangan pH vagina.

Sumber: Hello Sehat

Photo: credit to sources

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkemutan-power