Penyusuan lanjut susu ibu masih mendapat perhatian orang ramai yang berselisihan pendapat sama ada ia mendatangkan manfaat ataupun tidak.
Contohnya ibu ini yang telah menyusukan anaknya yang berumur 6 tahun!
Antara faktor-faktor mengapa tempoh penyusuan susu ibu zaman ibu bapa kita dipendekkan adalah kerana para ibu perlu kembali bekerja dan anak terus dihantar ke nurseri, day care atau taska.
Mereka juga tidak mempunyai pam-pam payudara mudah alih seperti kita sekarang.
Mereka cuma boleh gunakan pam payudara hospital sahaja. Jadi, memang sukar untuk meneruskan pemberian susu ibu kecuali jika dia seorang suri rumah.
“Makanan” paling seimbang – Susu ibu boleh dianggap sebagai emas untuk bayi.
Apabila anak semakin besar, komposisi susu ibu akan terus berubah untuk memenuhi keperluan mereka.
Tidak ada usia di mana susu ibu tidak akan memberi manfaat kepada anak.
Perlindungan terhadap jangkitan dan penyakit – Dengan meminum susu ibunya, anak akan menerima antibodi ibu serta perlindungan imuniti dari pelbagai virus dan jenis serangan penyakit.
Ibu menyusu juga boleh mengelakkan risiko kanser payudara, kanser ovari, arthritis rheumatoid, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.
Pengajian juga menunjukkan bahawa penyusuan yang lebih lama boleh menyumbang kepada kesihatan keseluruhan ibu.
Anak yang lebih pandai – Sesetengah penyelidik mendakwa bahawa kanak-kanak yang masih menyusu walapun sudah lebih besar menunjukkan tahap kecerdasan dan sosialisasi yang lebih tinggi.
Pengikatan emosi – Penyusuan susu ibu boleh merapatkan hubungan antara ibu dan anak.
Ia membantu anak untuk berasa selamat dan membentuk kepercayaan apabila mereka ke dunia luar.
Keselesaan psikologi – Penyusuan susu ibu adalah cara semula jadi untuk memenuhi keperluan anak.
Sejurus sahaja mereka menekap pada payudara ibu, perasaan selamat dan kasih sayang mula menyelubungi tubuh mereka.
Ia juga adalah satu-satu masanya seorang ibu boleh duduk seketika dengan tenang.
Secara spontan, saya akan berhenti memikirkan masalah yang dihadapi kerana tidak ingin menjejaskan pengaliran susu.
Tanpa disedari, setiap kali anak menyusu, saya terus melupakan masalah keluarga dan menumpukan masa dan perhatian eksklusif kepada anak saya.
Jadi kadang-kala, saya pun confuse siapa yang menenangkan siapa sebenarnya!
- Ibu menyusu perlu menjaga makan terutamanya jika anak mempunyai alahan.
- Tubuh ibu senang letih kerana semua nutrien pergi ke susu ibu. Ibu perlu makan makanan yang seimbang dan mengambil vitamin dan mineral kompleks supaya tidak terlalu letih.
- Tidak semua suami berkongsi hasrat isteri untuk menyusukan anak untuk masa yang lama, terutamanya jika anak masih tidur dengan ibu bapa mereka.
Di seluruh dunia, purata usia kanak-kanak berhenti minum susu adalah kira-kira 2-4 tahun.
Jarang ada yang melanjutkan penyusuan susu ibu sehingga kanak-kanak mencapai usia 6-7 tahun dan kadang-kadang, ini boleh mencetuskan reaksi negatif dari orang ramai.
Jangan risau tentang pendapat orang lain, sebaliknya, percayakan naluri anda.
Selagi anak sihat, makan dengan cukup dan perkenalkan si kecil anda dengan makanan lain secara beransur-ansur agar mereka mengetahui pelbagai jenis rasa, ia tidak akan mendatangkan masalah.
Keputusan untuk melanjutkan penyusuan adalah keputusan ibu itu sendiri!
Sekiranya orang memberi komen negatif, ingatkan mereka bahawa keputusan untuk melanjutkan penyusuan anak adalah keputusan anda.
Sumber: Mother How