Bukan Setakat Ibu Hamil, Gaya Hidup Ayah Pun Boleh Pengaruhi Kandungan! Ini 5 Cara Yang Salah

Ramai tak sedar tentang 5 peranan suami ketika isteri mengandung ini. Suami juga sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan janin dalam kandungan ibu hamil!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peranan suami ketika isteri mengandung yang ramai tidak tahu

Kalau bercakap tentang kesihatan kandungan dalam perut ibu, ramai menganggap ia tugas wanita saja. Tapi tahukah anda apa peranan suami ketika isteri mengandung yang boleh menjejaskan kesihatan kandungan?

Memang kesihatan dan gaya hidup ibu amat penting untuk menentukan kesihatan kandungan malah bagi mengelak kes keguguran. Namun sebenarnya, kajian telah membuktikan suami juga memainkan peranan sama penting dalam menentukan kesihatan anak dalam kandungan.

Jadi, lepas ini kita perlu berhenti menyalahkan si ibu jika bayi dalam kandungan mengalami masalah kesihatan atau ibu sukar untuk hamil. 

5 gaya hidup suami boleh menjejaskan kesihatan kandungan

Menurut Dr. Germaine Buck Louis, profesor kesihatan di College of Health and Human Service,  suami memainkan peranan untuk mengelak masalah ketika ibu hamil

Dr. Germaine membuktikan hal ini dengan sebuah kajian yang mengkaji apakah faktor yang menyebabkan kes keguguran. Seramai 300 pasangan suami isteri dijadikan subjek kajian.

Gaya hidup dan tabiat setiap pasangan dikaji. Ini antara 5 gaya hidup suami yang boleh memberi kesan pada kesihatan kandungan ibu:

1. Suami yang minum banyak kopi meningkatkan risiko isteri keguguran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hasil kajian mendapati suami yang minum 2 kali ganda minuman berkafein seperti kopi setiap hari meningkatkan risiko isteri mengalami keguguran.

Jumlah kes keguguran ini lebih tinggi berbanding pasangan yang tak minum kopi langsung atau minum sedikit saja.

Jadi, ia bukan bergantung pada gaya hidup isteri semata-mata. 

2. Diet suami menjejaskan kualiti sperma

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian dari University of Cincinnati, Western Australia dan University of Sydney pula mendapati diet suami sebelum isteri hamil juga menjejaskan kesihatan janin kelak.

Suami yang mengamalkan diet seimbang dan sihat akan menghasilkan sperma yang lebih berkualiti dan tidak menjejaskan kesihatan janin dalam kandungan ibu. 

Suami yang tidak mengamalkan diet yang sihat akan menghasilkan anak yang lebih mudah diserang penyakit apabila membesar nanti. 

3. Suami juga tidak sepatutnya merokok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selama ini kita sering menasihatkan ibu-ibu hamil untuk tidak merokok jika mereka sedang mengandung atau ingin cuba untuk mengandung.

Tapi hakikatnya, suami juga tidak sepatutnya merokok jika ingin menjaga kesihatan janin dalam kandungan! Ini kerana apabila suami merokok, asap rokok masih menjejaskan kesihatan kandungan kerana secondhand smoke

Rokok menjejaskan kesihatan bayi baru lahir di mana mereka mungkin akan lahir pramatang dengan berat yang kurang dari sepatutnya. 

4. Sokongan suami diperlukan

Kajian yang dilakukan oleh University of Rochester di New York pula mendapati suami perlu memberi sokongan pada isteri yang mengandung untuk menjaga kesihatan anak dalam kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki yang memberi sokongan pada pasangannya ketika hamil akan menyebabkan pasangan (ibu hamil tersebut) lebih mengambil berat tentang kesihatan kandungan, malah mereka juga tidak akan merokok atau minum minuman beralkohol. 

5. Suami harus menjauhi bahan kimia

Dan yang terakhir, kajian telah membuktikan apakah peranan suami ketika isteri mengandung yang paling penting.

Centers for Disease Control and Prevention (CDC) mendedahkan suami seharusnya menjauhi sebarang bahan kimia dan dadah seperti racun serangga, ganja dan sebagainya yang memberi kesan pada sistem reproduktif.

Jadi, suami sepatutnya menjauhi penggunaan bahan kimia tersebut dan mengelak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh dibawa balik ke rumah. 

Semua hasil kajian ini membuktikan suami juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan kandungan ibu hamil. Ia bukan terletak di bahu wanita saja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maka, kalau anda mahu anak yang sihat lagi cerdas, sama-samalah menasihati suami anda untuk menjaga kesihatan dan gaya hidup mereka juga, ya!

Anda berdua bertanggungjawab dalam hal ini. Sama-sama kalian menjaga gaya hidup dan pemakanan masing-masing untuk kesihatan anak kelak. Amin.

 

 

Sumber rujukan: U.S. News

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-bijak-sejak-dalam-kandungan/

Penulis

Ayu Idris