Bayi pegang alat perancang IUD
Adakah anda pernah ternampak gambar perancang IUD ini di newsfeed anda?
Gambar seorang bayi baru lahir dengan muka yang berkerut kemerah-merahan memegang alat intrauterine (IUD).
Kalau pernah, anda pasti tertanya-tanya, betul ke kejadian ini berlaku? Macam mana alat pencegah kehamilan IUD boleh berubah dari kedudukannya dan berakhir di tangan bayi baru lahir ini?
Kami akan terangkan pada anda apa yang terjadi, tapi sekarang, jom fahami mengapa gambar bayi ini diambil dahulu.
Ibu hamil walaupun selepas pakai alat perancang IUD
Lucy Hellein yang berasal dari Alabama, Amerika Syarikat merupakan ibu kepada 2 orang anak. Dia memakai pencegah kehamilan IUD bulan Ogos tahun lepas.
Tapi, pada bulan Disember tempoh hari, Lucy mendapati dirinya telah 4 bulan hamil!
Macam mana si ibu boleh termengandung pula kalau dia sudah memasang alat perancang IUD?
Sebagai salah satu alat pencegah kehamilan, IUD ternyata 99% berkesan. Namun, Lucy mungkin salah satu 1% yang memakai alat perancang keluarga IUD tapi masih hamil.
Menurut profesor klinikal di bahagian Ob-gyn Yale University, Mary Jane Minkin, IUD mungkin boleh gagal mencegah kehamilan, tapi ia sangat jarang terjadi.
Menurut Mary Jane lagi, selepas seorang wanita memakai alat perancang IUD Mirena, dia masih boleh ovulasi, namun alat pencegah kehamilan IUD menjadikan persekitaran rahim “tempat berbahaya” untuk sperma.
Ini kerana kandungan progestin yang ada dalam perancang IUD. Progestin menipiskan dinding rahim, menjadikan kehamilan sukar untuk terjadi.
Selepas Lucy dapat tahu dirinya hamil, dia tak berjaya mengesan IUD yang dipasangnya.
Selepas menjalani C-section, doktor mendapati alat perancang keluarga itu “menyorok” di belakang plasentanya.
Gambar bayi baru lahir pegang alat pencegah kehamilan IUD
Jadi, adakah bayi baru lahir yang comel ini lahir sambil memegang alat pencegah kehamilan tersebut?
Kami telah melakukan sedikit kajian dan mendapati bayi itu bukan lahir sambil memegang IUD. Tapi dia sungguh comel, kan?
Oleh sebab Dexter (bayi tersebut) merupakan bayi accident yang tak dijangka, namun Lucy amat berbangga dengannya. Sebab itu dia sengaja mengambil gambar Dexter dengan IUD terbabit.
Walaubagaimanapun, Lucy telah mengikat tiub fallopiannya untuk mengelak insiden sama berulang.
Jika anda memakai perancang keluarga IUD dan risau jadi seperti kes Lucy ini, jangan gelabah sekarang.
Pakar menjelaskan IUD amat efektif untuk merancang keluarga dan peluang untuk ia gagal ternyata amat tipis.
Jadi, jangan risau lagi, ya!
Anda pernah mengalami kejadian seakan sama seperti ini, di mana tiba-tiba terhamil walaupun memakai alat pencegah kehamilan?
Kongsikan pengalaman anda itu dengan kami!
Artikel ini diterjemah daripada theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comalat-perancang-iud-tembus-rahim/