Perancangan Keluarga: Fakta Tentang Jarak Kehamilan

Sedang mempertimbangkan untuk menambah anak lagi? Jarak antara kehamilan boleh menjejaskan lebih daripada jarak usia anak-anak anda. Berikut adalah apa yang anda perlu tahu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengapa perancangan keluarga penting?

Mengetahui sama ada anda mahu mempunyai anak atau tidak dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang boleh membantu anda dan pasangan anda bersedia untuk memilih perancang keluarga yang sesuai.

Jika anda sudah menjadi ibu bapa, perancangan keluarga mempunyai makna yang baru. Mendapat anak yang berikutnya akan mengubah kehidupan keluarga anda.

Adakah anda dan pasangan anda bersedia untuk menjaga bayi yang baru lahir? Bagaimanakah anak anda akan bertindak balas kerana perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang anda dengan bayi yang baru?

Masa kehamilan anda adalah penting juga. Walaupun anda dan pasangan anda mungkin mempunyai pendapat masing-masing tentang jarak usia anak-anak anda, beberapa kajian menunjukkan bahawa bagaimana jarak kehamilan anda boleh memberi kesan, terutamanya kepada ibu dan bayi.

Apakah risiko jarak kehamilan terlalu dekat?

Kajian menunjukkan bahawa kehamilan dalam tempoh enam bulan selepas kelahiran bayi yang hidup dikaitkan dengan peningkatan risiko:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • kelahiran pra-matang
  • sebahagian atau keseluruhan plasenta mengelupas dari dinding dalaman rahim sebelum kelahiran (plasenta koyak)
  • berat lahir yang rendah
  • gangguan kongenital
  • Schizophrenia

Di samping itu, kajian terbaru menunjukkan kehamilan dalam tempoh kurang daripada dua tahun selepas kelahiran bayi yang hidup boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko autisme pada anak kedua yang dilahirkan. Risiko adalah amat tinggi bagi jarak kehamilan kurang daripada 12 bulan.

Jarak kehamilan yang rapat mungkin tidak memberikan seorang ibu masa yang cukup untuk pulih daripada kehamilan sebelum memulakan proses kehamilan sekali lagi. Sebagai contoh, kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan nutrien anda, terutamanya folat dan zat besi.

Jika anda hamil sebelum menggantikan kesemua nutrien, ia boleh menjejaskan kesihatan anda atau kesihatan bayi anda. Keradangan saluran kemaluan yang terjadi semasa mengandung dan belum sembuh dengan sempurna sebelum kehamilan seterusnya juga boleh memainkan peranan penting.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah risiko jarak kehamilan terlalu jauh?

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa jarak terlalu lama antara kehamilan menimbulkan kebimbangan bagi ibu dan bayi. Kehamilan 5 tahun atau lebih selepas melahirkan anak dikaitkan dengan peningkatan risiko tekanan darah tinggi dan tanda-tanda kerosakan kepada sistem organ yang lain, biasanya buah pinggang (preeclampsia).

Ia tidak jelas mengapa selang kehamilan lama mungkin menyebabkan masalah kesihatan. Ada kemungkinan kehamilan meningkatkan kapasiti rahim untuk menggalakkan pertumbuhan janin dan sokongan, tetapi dari masa ke masa perubahan fisiologi yang bermanfaat ini akan hilang. Faktor yang tidak disangka, seperti emosi ibu, juga mungkin memainkan peranan.

Apakah jarak terbaik antara kehamilan?

Untuk mengurangkan risiko komplikasi kehamilan dan masalah kesihatan yang lain, penyelidik mencadangkan menunggu 18 hingga 24 bulan tetapi kurang daripada 5 tahun selepas kelahiran bayi yang hidup sebelum cuba untuk kehamilan anda yang akan datang. Jika bimbang tentang kemandulan, wanita yang berusia lebih daripada 35 boleh mempertimbangkan untuk menunggu 12 bulan sebelum hamil lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Risiko dan cadangan ini tidak boleh digunakan untuk pasangan yang telah melalui keguguran. Jika anda sihat dan rasa bersedia, mungkin anda tidak perlu tunggu lama untuk hamil lagi selepas keguguran.

Memilih bila untuk mempunyai bayi yang lain adalah keputusan peribadi. Apabila merancang kehamilan anda seterusnya, anda dan pasangan anda boleh mempertimbangkan pelbagai faktor selain daripada risiko kesihatan dan juga manfaatnya. Sehingga anda membuat keputusan untuk hamil lagi, gunakanlah kaedah perancang keluarga yang boleh dipercayai.

Apa lagi yang saya perlu tahu tentang jarak kehamilan?

Tidak ada masa yang sesuai untuk melahirkan anak yang seterusnya. Walaupun dengan perancangan yang teliti, anda tidak boleh sentiasa mengawal apabila persenyawaan telah berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, memahami risiko yang berkaitan dengan masa kehamilan anda yang terlalu rapat atau terlalu jauh boleh membantu anda membuat keputusan untuk kehamilan anda seterusnya.

Rencana diterjemahkan daripada Mayo Clinic

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh