10 Perangai Anak Yang Ibu Bapa Sangka Nakal Namun Sebenarnya Tidak

Sebenarnya, orang dewasa selalu menganggap semua perangai anak sebagai nakal. Tapi, ada 10 perangai mereka yang bukannya nakal! Mari kita belajar sama-sama mengapa mereka buat perangai itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perangai anak-anak, sekejap nakal sekejap manja!

Memang bukan senang bagi orang dewasa macam kita untuk benar-benar memahami perangai kanak-kanak

Lebih-lebih lagi reaksi mereka terhadap sesuatu keadaan, kawasan atau orang.

Oleh sebab itu juga, kita orang dewasa ini menganggap sesetengah perangai anak sebagai “nakal”, sedangkan ia sebenarnya tak nakal pun!

Mari kita lihat contoh 10 perangai anak-anak yang dikatakan nakal namun ia sebenarnya tak seperti yang dijangkakan.

10 perangai ini telah disenaraikan oleh Psychology Today dan Upworthy;

1. Tak dapat mengawal tindakan

Selalu bukan apabila kita melarang anak kita berbuat sesuatu tapi mereka tetap buat perkara tersebut?

Contohnya “jangan duduk di situ” dan mereka akan terus duduk juga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: OMG Story

Kajian mendapati satu bahagian dalam otak kanak-kanak masih belum matang sepenuhnya. Ia hanya akan matang ketika meningkat remaja. 

Sebab itu mengapa mereka tak dapat mengawal tindakan mereka.

Walaupun begitu, mereka dapat mengawal tindakan berdasarkan apa yang kita larang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu bapa kita harus ingat tentang fakta ini dan faham mengapa mereka bertindak tak mengikut arahan sebelum memarahi atau memanggil mereka nakal.

2. Terlebih ransangan (overstimulation)

Situasi yang biasa kita nampak di pusat beli belah atau taman permainan. 

Sekejap duduk diam dalam dukungan, tiba-tiba hendak turun dan melompat ke sini sana. 

Tindakan mereka berlari atau melompat ke sini sana adalah cara untuk meluahkan ransangan yang melampau ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia boleh terjadi akibat aktiviti yang terlampau banyak atau mereka terlalu penat

Sebab itulah keseimbangan itu penting, kanak-kanak juga memerlukan masa senyap atau masa ‘rehat’ dari aktivit yang terlampau banyak.

3. Mood mereka terganggu 

Kita sebagai orang dewasa juga ada momen ‘tak ada mood‘ apabila terlalu penat. 

Sedangkan kita orang dewasa yang boleh mengawal tingkah laku! Kanak-kanak yang belum tahu bagaimana hendak mengekspresikan rasa penat, lapar atau takut akan bertindak di luar kawalan.

Ini kerana mengawal emosi bukanlah sesuatu yang kita terus pandai buat saat selepas lahir. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka memerlukan kita untuk membantu mereka membezakan setiap emosi ini. Apa mereka perlu buat ketika lapar, mengantuk atau penat.

Kredit gambar: Dr Phil

4. Tak dapat mengawal emosi hingga mengamuk

Perbuatan seperti mengamuk, menjerit atau meraung adalah cara untuk mereka menunjukkan ekspresi terhadap sesuatu perkara yang besar.

Dan kita perlu membiarkan mereka meluahkan apa yang mereka rasa. Kemudian, baru pujuk mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Perlu bergerak untuk keperluan fizikal

Anda rasa mengapa kanak-kanak tak duduk diam?

Ini kerana mereka ada keperluan untuk aktivit fizikal mereka. 

Melompat, merangkak, dan berlari adalah pergerakan fizikal yang membantu tumbesaran mereka. 

Ia membantu otot, sensori dan motor anak anda menjadi lebih matang. Hanya kerana mereka perlu bertindak secara fizikal, ini tidak bermakna mereka nakal.

Aktiviti biasa seperti menyiram pokok bunga dan mencabut rumput setiap petang sudah cukup membuatkan mereka gembira.

6. Suka melakukan perkara yang bertentangan

Kredit gambar: People

Pernah tak anda alami situasi mereka tetap nak pakai seluar pendek walaupun keadaan terlalu sejuk atau ingin makan buah yang belum ranum?

Sakit kepala terus melayannya!

Tapi sebenarnya, mereka sedang belajar membuat keputusan sendiri.

Beri mereka peluang untuk merasai pengalaman membuat keputusan sendiri.

7. Ciri terbaik mereka adalah yang terburuk juga!

Selalu bukan, perkara yang kita rasa adalah kekuatan diri kita namun berakhir dengan sesuatu yang mengecewakan? 

Sama juga seperti kanak-kanak. Mereka rasa mereka sudah cukup berhati-hati namun kadang-kala berakhir dengan merosakkan sesuatu.

Apa yang kita boleh lakukan ialah tidak memarahi tapi menasihati mereka.

Beritahu mereka apa yang dilakukan itu tidak sesuai atau tidak wajar dilakukan.

Dan tunjukkan kepada mereka apa yang mereka harus lakukan tanpa memaksa.

8. Asyik nak main

Sebenarnya, bermain membantu mereka dalam banyak perkara. 

Antaranya seperti meningkatkan daya berkomunikasi, pergerakan motor, kekuatan fizikal dan imuniti.

Sebab itulah, sesibuk mana pun kita sebagai ibu bapa, luangkan masa untuk bermain dengan mereka. Jika mereka cukup masa bermain, mereka akan kurang mbuat perangai untuk menarik perhatian anda.

Beri mereka peluang untuk menconteng muka anda, atau bermain kotor dengan mereka. Main aktiviti kegemaran mereka bersama

9. Ikut mood/emosi yang ditunjukkan orang lain

Skil emosional bukan sesuatu yang hadir secara semulajadi tanpa diajar. Mereka perlu masa untuk memahami mood atau perasaan orang lain.

Walaubagaimanapun, mereka mudah dipengaruhi oleh mood tidak baik kita.

Contohnya jika kita pemarah, mudah stress dan selalu bersedih, mereka akan mengikut jejak kita.

Kawal nada anda ketika marah, kawal perilaku anda ketika kecewa, kerana mereka memerhatikan kita.

10. Sukar untuk faham sesuatu yang tidak konsisten

Tidak konsisten di sini ialah, jika anda melarang sesuatu namun pasangan anda membenarkan hal itu.

Hal yang tidak konsisten seperti ini akan membuatkan mereka bertambah sukar untuk faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Mereka akan jadi keliru.

Jadi, sekiranya anda ingin melarang sesuatu, pastikan pasangan anda juga melakukan perkara yang sama.

Dan sekiranya hari ini anda melarang anak anda memakan makanan ringan, begitu juga hari esok. Konsisten amat penting dalam menyampaikan mesej kepada mereka.

Semoga perkongsian ini menghiburkan!

Anda mungkin juga berminat dengan :

Pakar Psikologi Minta Ibu Bapa Jangan Sebut 8 Ayat Ini Pada Anak!

8 Aktiviti Belajar Best Yang Anda Patut Cuba Dengan Anak-Anak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Penulis

Aqma