Perangai anak yang mungkin anda tak perasan
Baru-baru ini, saya telah membaca satu maklumat tentang perangai anak yang sungguh mengejutkan.
Tajuk maklumat itu adalah “5 Perangai Jahat Yang Bayi Anda Boleh Buat“. Perangai jahat? Anak kita ini kecil-kecil lagi sudah pandai buat jahat ke?
Mulanya, saya tak percaya dengan maklumat dan 5 perangai jahat yang ditulis itu. Tapi, semakin lama saya membaca, semakin tepat pula apa yang dicakap oleh penulis terbabit.
Memang ada antara 5 perangai ini dibuat anak-anak! Jadi, jom tengok apa perangai “jahat” yang anak kita selalu buat ini…
1 – Cenderung untuk menipu secara semulajadi
Ya, si comel anda itu telah lahir dengan kebolehan semulajadi untuk “menipu”. Tak ada sesiapa yang ajar mereka pun!
Sebenarnya, mereka bukan saja boleh menipu selepas pandai bercakap, tapi sebelum itu lagi mereka sudah tahu nak menipu untuk lari dari masalah atau mendapatkan perhatian orang lain.
Saintis mendapati bayi yang berusia 6 bulan sudah pandai menangis untuk “menarik perhatian” ibu bapa.
Tapi yang bagusnya, jika ibu bapa memberi lebih perhatian pada anak-anak, mereka akan lebih berjaya kelak. Cuma tanpa kita sedar sebenarnya kita “dipancing” untuk bagi mereka perhatian!
2 – Buat perangai yang bertentangan
Satu tentang perangai anak ini adalah mereka selalu buat kita serabut.
Tantrum, mengamuk, menangis dan menjerit di tempat awam adalah antara beberapa perangai yang mereka suka buat.
Tapi menurut pakar, tantrum sebenarnya adalah perangai yang melambangkan kanak-kanak kecewa sebab tidak dapat apa yang mereka mahu.
Menjerit dan menangis juga adalah perangai anak yang melambangkan mereka tak mahu membuat sesuatu.
Maksudnya, mereka nak tunjuk yang mereka mahu “mengawal” keadaan.
Jadi, ibu bapa perlu mendisiplin anak-anak sejak mereka masih bayi lagi. Apabila mereka makin besar, mereka akan mendengar kata.
3 – Mencuri
Jangan terkejut ya ibu-ibu! Ya, bayi anda itu sudah bijak mencuri. Mereka boleh memanipulasi anda untuk memberikan mereka benda yang mereka mahu.
Tapi bagaimana? Caranya mudah saja. Mereka akan menangis dan menjerit lalu membuatkan anda serba-salah untuk tak beri apa yang mereka mahu.
Senang cerita, mereka akan rabut terus sesuatu yang mereka nak dari anda. Anda nak kata apa, kan?
Pakar mengatakan kanak-kanak masih tidak faham konsep “hak milik seseorang”. Mereka nak apa yang mereka nak. Mereka masih tidak faham konsep “berkongsi”.
4 – Tolak bayi lain
Seorang ibu memberitahu theAsianparent yang dia pernah nampak bayinya “menolak” bayi lain hingga terjatuh!
Ini mungkin disebabkan mereka ingin tahu atau cemburu. Atau sebab mereka rasa bayi lain sungguh menyemakkan? Haha!
Tapi, walau apapun alasannya, bayi anda memang boleh buat “perangai jahat” ini. Kalau mereka sudah besar, cuba nasihatkan mereka tentang perbuatan ini.
5 – “Kalau saya tak boleh tidur, ibu pun tak boleh tidur!”
Seorang lagi ibu, Wendy mengatakan (sambil bergurau) yang bayi cenderung mengganggu waktu tidur ibu dengan menangis di tengah malam.
Ia seolah-olah mereka melayan kita seperti “kalau kami tak boleh tidur, ibu pun tak boleh tidur!”
Walaupun kita tahu mereka tak sengaja melakukan semua perangai jahat ini, tapi kita tetap sayang mereka dengan sepenuh hati, kan?
Tentang bayi yang susah untuk tidur itu, bersabarlah. Cuba anda guna teknik bantuan tidur seperti bunyi white noise untuk menidurkan bayi anda?
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Sumber rujukan: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comperangai-anak-nakal-atau-tidak/