Anak Yang Kerap Meragam Boleh Buat Ibu Penat & Stres, Ini 5 Cara Cipta Mood Si Manja

Perasaan isteri adalah sesuatu yang sangat unik dalam rumah tangga. Hal ini kerana ia dipengaruhi oleh persekitaran dan mood anak-anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perasan atau tidak kita, bahawa seorang ibu atau isteri sangat memainkan peranan penting dalam rumah. Maksudnya di sini apa sahaja yang berlaku dalam rumah dari segi tingkah laku, emosi, kerja harian atau yang berkaitan dengan ahli keluarga yang lain akan memberi pengaruh kepada perasaan isteri.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Perasaan isteri bergantung pada mood seisi keluarga
  • Tips membantu mood anak sentiasa baik
  • Suami perlu faham psikologi isteri

Namun begitu, ini tidak bermakna peranan ayah atau suami sedikit kurang daripada isteri. Sebaliknya golongan wanita ini dikurniakan “grey matter” yang lebih berbanding lelaki. 

Perasaan isteri bergantung pada mood seisi keluarga

Perkongsian ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Alina Adenan. Kata beliau, perasaan isteri bergantung pada mood seisi rumah. Bagi ibu yang sangat sinonim berada di rumah, mood anak sangat mempengaruhinya. 

Kadang kala  anak yang mempunyai kerenah suka merengek, menjerit, tidak mahu makan, dan serba tidak kena, sudah tentu akan menjadi tekanan pada para ibu. Perkara lazim yang kita perlu pastikan untuk anak mempunyai mood yang baik adalah anak perlu cukup tidur.

Tidur memainkan peranan penting bagi perkembangan otak kanak-kanak dan remaja. Tidur yang cukup memastikan otak dan tubuh kanak-kanak dapat membesar dan berkembang dengan baik.

Usahakan untuk mereka memiliki nap time sendiri atau sekurang-kurangnya 9 jam tidur. 

Tips membantu mood anak sentiasa baik

Selain daripada kualiti tidur anak, Alina Adenan juga ada berkongsi tips lain untuk membantu mood anak anda sentiasa baik:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Penuhkan tangki emosi anak

Sesibuk mana pun kita, sentiasa ingat kita mempunyai tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Baik isteri mahupun suami apabila sudah bergelar ibu dan bapa, amanah yang perlu ditunaikan akan lebih besar. Ramai orang pada hari ini keluar pagi balik malam setiap hari, sehingga muka anak pun tidak sempat untuk mereka tengok. 

Jauh sekalilah untuk melihat perkembangan anak dirumah atau sekolah. Anak akan rasa satu perasaan “dibiarkan walaupun belum tiba masa”.

Maksudnya mereka masih ada ibu bapa tetapi keadaan mereka seperti anak-anak yatim piatu yang sudah kehilangan ibu ayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wang ringgit dan mainan yang diberikan itu hanyalah bersifat sementara, ia tidak akan kekal pun dalam ingatan mereka. Apa yang kekal dari kecil hingga dewasa adalah ingatan mereka tentang memori kebersamaan dengan ibu ayah. 

#2. Berikan sentuhan, penghargaan, dan pujian

Sentuhan akan membuat anak rasa kita sentiasa dekat dengannya. Pelukan ini boleh merembeskan hormon oxytocin yang menghasilkan mood tenang dan gembira.

Penghargaan pula akan menjadikan anak yakin yang kehadiran mereka sentiasa diperlukan dan dihargai. Manakala pujian akan membentuk peribadi anak supaya sentiasa berani untuk bertindak.

#3. Menjadi pendengar setia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di saat anak masih ingin bercerita dan menjadikan kita sebagai pendengar yang dipercayai, ambillah waktu itu sebagai sesuatu yang berharga.

Kerana kelak, kita mungkin tidak berkesempatan lagi untuk melalui momen seperti ini. Mengapa mereka mahu menjadikan kita pendengar yang setia kerana kita adalah satu-satunya individu yang mereka yakin selamat, dan mampu mententeramkan hati. 

#4. Kongsi masa bersama dan berbual

Lakukan apa sahaja aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga. Anak-anak yang sedang membesar khususnya memerlukan kualiti masa yang berharga.

Hal ini untuk merapatkan semula jurang kebersamaan yang dicuri oleh rutin harian seperti bekerja, hang out bersama rakan, dan kesibukkan di luar rumah. 

#5. Menjadi sahabat untuk bergurau senda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meletakkan diri kita sebagai sahabat untuk anak tidak sesekali akan merendahkan martabat kita sebagai ibu bapa dalam keluarga.

Sebaliknya mereka akan lebih hormat dan berasa selesa untuk meluahkan apa sahaja yang dirasa. Sesetengah ibu bapa masih bermentaliti, “Oh, akulah ibu bapa jadi anak perlu dengar semua yang keluar dari mulut ni.”

Kuasa veto yang dipraktikkan dalam rumah inilah kadang kala membuatkan anak memilih untuk mencari seseorang yang lebih mereka selesa di luar seperti rakan yang negatif atau pun bergelumang dengan persekitaran yang tidak baik. 

Suami perlu faham psikologi isteri

Wahai suami, fahamlah perasaan isteri kalian. Jika dia mengadu penat, maka bantulah dengan meringkan kerja rumahnya.

Jika dia mengadu sedih, maka tenteramkanlah jiwa dengan belai dan kasih sayang. Jika mereka marah tidak bertempat, maka lihatlah dahulu dimana salah yang kita ada lakukan, lalu pujuklah mereka dengan lembut. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rumah tangga adalah kerjasama dari dua belah pihak iaitu suami dan isteri. Kedua-duanya perlu faham-memahami, saling bertolak ansur, dan sentiasa membantu dalam meringankan tanggungjawab masing-masing. Dari situ barulah terlahirnya keluarga yang harmoni dan bahagia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Hati Isteri Tiada Siapa Tahu, Bila Dia Bahagia Seluruh Isi Rumah Akan Nampak Serinya

Baca juga:  Ganjaran Pahala Berganda Buat Para Isteri & Ibu Ketika Bulan Puasa, Ini Sebabnya

Baca juga:  Semua Kerja Isteri Yang Buat, Boleh Jadi ‘Singa’ Bila Suami Tidak Turut Sama Membantu