Peritnya Alahan Isteri Tanggung & Diceraikan Pula Ketika Hamil, Ini Kesan Bekas Suami Kena Tahu!

Banyak kejadian perceraian yang berlaku sewaktu isteri sedang sarat mengandung sampai kadang-kadang suami terlupa ada nyawa lain dalam perut isteri. Ketahui kesan-kesan yang bakal terjadi jika perkara ini berlaku kepada mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kecewa, sedih dan marah, ini antara perasaan wanita setelah bercerai dengan suami. Kekecewaan itu lebih parah jika si isteri sedang sarat mengandung.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini apabila isteri Pendakwah Bebas, Dai Farhan yang dikenali sebagai Dr Erin mengesahkan bahawa ikatan perkahwinan mereka telah pun berakhir pada April yang lepas.

Isteri pendakwah bebas itu mengatakan perceraian berlaku di atas kehendaknya dan keputusan tersebut dicapai hasil persetujuan bersama demi kebaikan semua pihak yang terlibat termasuklah bekas madunya.

“Saya yakin ini yang terbaik buat kami bertinga kerana saya tahu pihak di sebelah sana (bekas madu) masih tidak boleh move on.

“Malah, perceraian ini juga atas permintaan saya sendiri kerana sudah penat dengan episod kata nak rujuk yang di sana dan ceraikan saya.

“Kemudian, kejap tak jadi cerai saya dan pujuk yang di sana untuk bermadu dengan saya.

“Saya tahu, suami juga serba salah kerana itu saya yang membuat keputusan untuk diceraikan dengan rela,” ujarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Erin dan Farhan bakal timang cahaya mata pertama

Dalam masa yang sama, menerusi Instagram miliknya Dr Erin memberitahu bahawa pada mulanya dia menyangkalkan rasa mual yang dialami berikutan sedang berpuasa.

Walaubagaimanapun dia membuat ujian kehamilan selepas ditegur oleh salah seorang pekerja stesen minyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Hampir lima tahun tidak pernah terfikir untuk cari benda ini. Semalam loya, muntah dan ingat sebab angin berpuasa. Sampailah adik pertrol pump tegur akak okey ke nampak macam tidak. Entah-entah berisi kot.

“Masa itu terus gelabah dan pergi cari benda ini. Rasa macam dapat anak pertama saja dia punya teruja bila lihat dua calit di situ. Alhamdulillah rezeki Ramadan dan Covid-19,” katanya.

Walaubagaimanapun, di harap Dr Erin dan Dai Farhan dapat membincangkan kisah rumah tangga mereka sebaiknya terutama bila bekas isterinya itu sedang berbadan dua.

Meskipun itu, netizen di Malaysia ini memang sensitif sikit kalau viral kisah curang tidak kira di kalangan masyarakat biasa mahupun golongan yang dikenali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih mengecewakan dan bikin netizen sakit hati bila suami sanggup menceraikan isterinya gara-gara ingin bernikah dengan wanita lain.

Topik tersebut akan menjadi viral di laman sosial dan orang ramai tidak akan berhenti dari terus mengecam dan memberi komen yang mungkin boleh mengguris ramai hati dan perasaan.

Berikut ini adalah kesan yang boleh berlaku kepada isteri jika diceraikan semasa hamil. 

Kesan dan perasaan wanita setelah bercerai dengan suami

#1. Emosi isteri tidak baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perasaan wanita setelah bercerai dengan suami tatkala dirinya sedang berbadan dua adalah menyebabkan emosi buruk muncul pada isteri dan mencederakan emosinya hingga boleh menyebabkan tekanan perasaan serta kemurungan.

Menurut Dr Zubaidi Ahmad, hampir semua wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur baur.

“Ya mereka tentu gembira bila tahu berjaya hamil dan pada masa yang sama berasa tertekan dan bersedih bila diceraikan.

“Dalam tempoh berkenaan, suami merupakan individu yang paling dekat untuk berkongsi susah senang dan melayani segala perubahan emosi yang berlaku itu.

#2. Memberi kesan pada anak dalam kandungan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kajian dari Clinical Obstetrics dan Gynecology menunjukkan bahawa tekanan yang berpanjangan semasa hamil dapat meningkatkan risiko autisme dan gangguan kognitif pada anak.

Apatah lagi, gangguan emosi semasa hamil ini tidak boleh dibuat main sekaligus memberi kesan buruk pada anak dalam kandungan isteri.

#3. Menambah penderitaan dan kesusahan

Selain itu, dengan penceraian yang berlaku sewaktu hamil juga boleh menambahkan penderitaan dan kesusahan kepada isteri.

Kasihanilah mereka kerana isteri yang anda ceraikan itulah yang akan membawa anak anda dalam kandungannya dan melahirkan anak itu kelak.

Malah bukan senang nak hadapi tekanan secara mental dan fizikal, apalagi kena berdepan dengan masyarakat dan buah mulut orang di sekeliling.

Tentu ini sedikit sebanyak memberi tekanan perasaan pada isteri kelak.

#4. Perlu banyak masa untuk berfikir dan rujuk 

Malah jika suami bertimbang rasa dan mahu berbaik semula mungkin mereka memerlukan lebih banyak masa untuk berfikir dan rujuk kembali.

Justeru sebagai seorang suami apa jua alasan anda silalah bertindak secara rasional dan mengambil kira semua aspek.

Jangan terlalu terburu-buru mengikut emosi kerana kesannya agak besar pada isteri yang sedang hamil.

Ingat kembali saat perkenalan anda bersama isteri, kemudian semasa diijab qabulkan semuanya penuh tertib dan adab, bukan?

Jadi kalau rasa marah sekalipun, fikirkanlah perasaan isteri yang sedang mengandungkan zuriat anda itu dan berbincanglah dari hati ke hati demi keharmonian dalam rumah tangga.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mstar , Baituljannah 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comsuami-isteri-bergaduh