Sebaik sahaja anda mengetahui yang anda mengandung, bermulalah perjalanan gembira hidup anda. Trimester pertama berlalu dengan mudah dan anda tidak lama lagi akan berada di fasa yang sibuk. Loya-loya mungkin sudah berkurangan, kandungan tidaklah terlampau besar lagi, dan doktor juga mungkin telah membenarkan anda untuk menaiki penerbangan!
Jika ini adalah bayi anda yang pertama, anda mungkin tidak sedar yang beberapa bulan awal ini adalah waktu untuk dinikmati sepenuhnya. Ambil peluang untuk mengembara kerana anda mungkin tidak akan memperoleh peluang sebegini lagi untuk beberapa tahun akan datang. Ibu-ibu dan ayah-ayah sekalian, berikut adalah lima benda yang anda harus belanjakan di dalam trimester kedua!
#1 Berbulan Madu ‘Babymoon’
Jika anda belum lagi merancang bulan madu ‘babymoon’, sekarang adalah masa yang sesuai! Ada banyak destinasi di Malaysia yang sesuai untuk dijadikan destinasi babymoon. Rancang percutian yang santai dan menenangkan, kerana tahap tenaga anda tidaklah berapa baik. Ingat, anda merancang percutian ini untuk berehat, bukannya untuk meneroka! Perkara yang anda kena selalu ingat adalah:
- Berapa hampir percutian anda dengan hospital berdekatan
- Jarak masa perjalanan dan keadaan tempat percutian
Sentiasa semak tawaran pelancongan ke destinasi pilihan anda. Selalunya, anda akan memperoleh tawaran terbaik untuk tiket penerbangan atau tempahan hotel, ataupun rebat tunai untuk kad anda.
#2 – Menyediakan Rumah, Membuat Senarai Semak Barangan Bayi
Apabila anda telah berehat dan pulang daripada bulan madu ‘babymoon’ anda, anda perlu membuat beberapa perubahan pada rumah anda. Anda perlu menyediakan ruang untuk pelbagai benda yang anda akan beli untuk si kecil anda. Perkara pertama yang harus dilakukan adalah menyediakan senarai semak kelahiran bayi.
Ia perlu meliputi semua barangan yang ibu dan anak perlukan, sekurang-kurangnya untuk satu bulan pertama – barangan seperti katil, mandian, lampin dan makanan bayi, berserta penyusuan dan pantang untuk si ibu. Ambil peluang untuk belajar daripada ibu-ibu baru yang lain untuk membuat senarai semak ringkas bagi semua yang anda akan perlukan.
#3 – Pelan Kesihatan dan Pelaburan Anak
Ini adalah masanya anda lebih kurang tertekan. Gunakannya untuk mengkaji apakah pelan perlindungan yang sesuai untuk anak anda. Ibu bapa perlu belajar tentang pelan-pelan kesihatan yang ada disediakan oleh pelbagai syarikat insuran dan takaful di Malaysia.
Antara pilihan pelan insuran dan takaful yang anda boleh ambil adalah daripada AIA, Zurich, Prudential BSN Takaful, Etiqa Takaful dan macam-macam lagi. Ketahui pelan mana satu yang memberikan kadar perlindungan lengkap dan berpatutan bagi anak-anak anda.
Selalunya, anda boleh menggabungkan pelan kesihatan bersama dengan pelaburan bagi mendapatkan semula tunai apabila ia mencapai tempoh matang. Anda juga boleh mula menyimpan untuk pendidikan dan perbelanjaan masa hadapan.
#4 – Pameran Bayi
Pameran-pameran bayi menawarkan peluang untuk anda membeli barangan pada harga terbaik. Banyak syarikat dan jenama yang menyertai pameran ini dan menawarkan barangan yang terkini. Selalunya, anda akan mendapat tawaran pakej di mana ianya lebih baik daripada tawaran lain di pasaran.
Anda juga boleh menyertai pelan pelaburan atau sesi fotografi yang telah anda rancang sekian lama. Ada banyak pameran sebegini sepanjang tahun dan anda boleh mengetahui tempat dan tarikhnya melalui sosial media atau akhbar.
Sekali lagi, cuba dapatkan tawaran di pameran bayi ini menggunakan kad kredit atau debit bank anda. Manalah tahu, anda mungkin mendapat diskaun tambahan!
#5 – Rancang Secara Awal untuk Kelahiran – Tukang Urut dan Penjaga Pantang
Ada beberapa perkara yang perlu anda rancang terlebih awal. Menempah perkhidmatan penjaga pantang dan tukang urut adalah salah satu daripadanya. Penjaga pantang akan membantu semasa tempoh berpantang sebaik sahaja anda melahirkan anak. Penjaga-penjaga ini telah dilatih dan selalunya menjadi buruan ramai.
Sama seperti tukang urut. Kedua-duanya diperlukan oleh ibu baru, yang akan merasakan bahawa perkhidmatan ini sangat membantu mereka. Mengandung adalah satu fasa yang indah, yang kemudiannya diikuti oleh fasa yang lebih indah. Anda akan menjadi sangat sibuk apabila anak anda lahir. Nikmati sepenuhnya fasa ini!