Ibu Ayah, Mari Periksa Car Seat Anak Anda Dengan Bantuan Pakar!

Kini, anda boleh mendapatkan bantuan pakar bagi membantu anda memastikan keselamatan anak anda. Dengan bantuan pakar ini, anda dapat memastikan penggunaan car seat yang betul untuk si kecil anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda tertanya-tanya jika pemasangan car seat anak anda adalah selamat dan betul?

Atau jika car seat yang anda pilih sesuai dengan anak anda? Atau anda ingin tahu apakah ciri-ciri pemilihan car seat yang betul untuk anak anda?

Child Passenger Safety Malaysia, atau cpsmalaysia merupakan satu organisasi yang bersemangat dalam mementingkan keselamatan anak anda di atas jalan raya.

Mereka telah mengusahakan satu acara untuk anda periksa car seat anak anda.

Kini anda boleh mendapatkan bantuan pakar bagi membantu anda memastikan keselamatan anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Acara yang bakal diadakan di Setia Alam hujung minggu ini bagaimanapun memerlukan anda untuk menghubungi mereka terlebih dahulu bagi membuat temujanji.

Anda bolehlah menghubungi 0333585688 atau ‘whatsapp’ ke 0162607655  untuk sebarang soalan ataupun tempahan temujanji. 

Apa yang akan mereka buat nanti? Semasa pemeriksaan ‘carseat’ anak anda nanti, mereka akan membantu anda dengan maklumat:

  • pemasangan yang betul
  • penggunaan yang betul
  • memeriksa tarikh luput
  • memeriksa sebarang isu dengan car seat anak anda

Bagi memudahkan mereka membantu anda, anda diminta membawa bersama manual car seat, car seat serta kereta anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di mana lokasi acara ini? Berikut adalah butiran acara ini:

  • Tarikh : 15 Julai – 16 Julai 2017 (Sabtu dan Ahad)
  • Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
  • Lokasi : 28-G, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Bandar Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, 40170, Selangor

Ini adalah peluang keemasan bagi ibu bapa memastikan keselamatan anak-anak di jalan raya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejauh mana betulnya penggunaan car seat yang kita tahu? Dan betulkah selama ini cara penggunaan kita?

Belajar melalui pembacaan serta melaluinya secara berdepan adalah berbeza.

Dan ini adalah satu peluang yang rugi jika dilepaskan. Segera hubungi mereka dan dapatkan temujanji anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mereka yang tidak berada di kawasan berdekatan, boleh hubungi mereka untuk meminta mereka mengadakan acara pemeriksaan di tempat anda juga.

Saya pasti mereka akan usahakan untuk membantu anda.

Layari laman sesawang mereka, Child Passenger Safety Malaysia untuk lebih maklumat tentang keselamatan kanak-kanak di atas jalan raya.

Semoga bermanfaat. Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang memerlukan perkhidmatan seperti ini. 

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6 Tip Membiasakan Anak dengan Car Seat

Penulis

Aqma