5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengambil berat tentang anak, ia termasuklah perilaku anak dan tabiat biasa yang anak lakukan.

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengambil berat tentang anak, ia termasuklah perilaku anak dan tabiat biasa yang anak lakukan.

Perilaku anak akan menjadi tabiat jika ia dibiarkan berterusan. Jika baik, tidak salah untuk dibiarkan ia menjadi tabiat tetapi jika tidak baik, ibu ayah patut hentikan daripada terus menjadi tabiat anak.

Ada beberapa perkara atau perilaku anak yang mungkin nampak biasa pada pandangan anda atau nampak kecil pada anda tetapi ia sebenarnya perlu dihentikan sebelum menjadi tabiat anak.

Perilaku anak yang biasa dilakukan tetapi ia sebenarnya perlu dihentikan

Menjadi ibu bapa memang bukan suatu perkara mudah. Semua perkara terutama mengenai anak perlu kita ambil perhatian. Ibarat mencorak kain putih, sudah pasti ia bukan satu tugas mudah untuk mencorak dengan baik dan cantik jika tidak dibuat dengan penuh teliti dan penuh tumpuan.

Bukan mahu menakutkan, tetapi itulah asam garam hidup sebagai seorang ibu bapa yang mana setiap masa kita banyak memikirkan mengenai anak dan masa depannya.

Sudah pasti perilaku anak antara perkara yang patut menjadi perhatian ibu bapa kerana daripada perilaku ini ia akan membentuk satu tabiat yang mana jika ia tidak baik, maka tidak baiklah tabiat yang akan anak kita ada.

Menurut portal parents.com, ada beberapa perilaku biasa anak yang perlu kita ambil perhatian, yang mana ia perlu ditegah dan dicegah dari awal supaya tidak menjadi tabiat anak.

#1. Menyampuk bila orang bercakap

Tidak kira dalam apa juga situasi, menyampuk apabila orang bercakap adalah perilaku yang sangat tidak sopan dilakukan oleh sesiapa saja baik dewasa mahupun kanak-kanak.

Jadi jika anda perasan anak anda begini, tegahlah mereka daripada awal. Terangkan kepada mereka sebaiknya kenapa perkara itu tidak boleh dilakukan dan kenapa ia tidak sopan.

Ajar anak untuk menunggu giliran apabila mahu bercakap atau mahu menyampaikan idea atau buah fikirannya. Ini akan mengajar anak untuk bersabar dan menunggu waktu sesuai untuk bercakap dan tidak secara sewenang-wenangnya menyampuk percakapan orang lebih tua. 

#2. Bermain terlalu kasar

Ada budak memang sedikit kasar, tetapi ada yang lain mereka mungkin tidak boleh terima kekasaran. Jadi anda perlu tegur anak anda jika dia jenis yang main terlalu kasar.

Jika ia menjadi tabiat, ada kemungkinan anak anda sukar untuk mendapat kawan dan tiada kanak-kanak lain ingin main dengannya kerana dia terlalu kasar.

Ajar dia untuk bertolak ansur dengan orang lain, berkongsi, tidak merampas barang milik orang lain dan sebagainya.

#3. Sengaja buat tak dengar bila anda panggil

Ini adalah satu tabiat yang perlu diambil perhatian. Pernah anda alami kan anak sengaja buat tak dengar bila anda panggil? Tegur mereka dan terangkan kenapa ia tidak elok dan tidak sopan.

Ini akan menjadi kebiasaan jika ia dibiarkan dan akhirnya akan menjadi tabiat mereka untuk sengaja buat-buat tidak dengar bila orang panggil.

#4. Buat semuanya sendiri

Berdikari memang penting untuk anak, tetapi ajar mereka untuk minta kebenaran jika mahu buat sesuatu. Kita tidak mahu bila pergi rumah orang nanti, dia buka sendiri televisyen atau sebagainya.

Ajar mereka untuk menghormati privasi dan harta orang lain. Ajar mereka untuk minta izin dan kebenaran sebelum membuat sesuatu walaupun di rumah sendiri. 

#5. Tabiat biasa

Ada anak yang mungkin suka buat rolling eyes jika mereka tidak setuju dengan sesuatu. Kadang kala ia memang nampak comel tetapi jika menjadi tabiat, ia mungkin sedikit tidak sopan membuat perkara begitu terutama jika orang lebih dewasa. 

Nampak biasa sajakan? Tetapi perkara itu banyak mempengaruhi perilaku anak dan tidak elok jika dibiarkan menjadi satu tabiat yang tidak sopan untuk mereka jika dibawa ke peringkat usia lain.

Anda sebagai ibu bapa patut menegur mereka jika ada perkara tidak sopan yang dilakukan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: parents.com

Baca juga:

Adakah ibu bapa punca anak berperangai teruk? Anak akan ikut perangai ibu bapa?

Penulis

Lala Annuar