11/07/2020 bermula nya perjalanan nur aqilah khayla .. Dari selepas lahir dia didunia , sudah bermula nya kesukaran dari segi jaundice .. Lepas je bersalin , check kuning dia tinggi . Kena ward letak bawah lampu biru untuk semalam .. Apabila keesokkan hari nya doktor kata kuning dia turun boleh discharge .. Then selang 2 hari check kuning diklinik .. Bacaan tinggi semula kena warded balik duduk bawah lampu biru lagi , 2 malam dlm ward x henti menyusu dia .. Check turun kuning then discharge .. Selang sehari kena check balik kuning bacaan tinggi balik .. Kena suruh warded lagi .. Time ni memang menangis x henti sebab penat .. X ada rest langsung dri lepas bersalin .. Non stop bagi menyusu , non stop x tidur .. X smpai setengah jam pun tidur sebab dah set alarm siap-siap nak bagi menyusu setiap 1 jam .. Sampai bengkak susu disebabkan dia pergi ambik darah lama menunggu sebab ramai baby .. Sampai demam ibu dia disebabkan bengkak susu .. Memang time tu mental down sangat dgn rest x ada .. Mengharap kuning dia makin turun walau sikit .. Ambil masa sebulan lebih baru kuning dia bacaan x ada naik lagi dah .. Time lepas jaundice habis , part meragam dia lagi timbul .. Meragam x nak tdur malam .. Meragam asal ke klinik je dia menangis x stop dari mula keluar rumah sampai ke klinik dan balik ke rumah lagi .. Dah smpai rumah dia x nangis dah .. Memang langsung x boleh bawak keluar rumah .. Asal keluar je dia menangis sampai ibu dia trauma setiap kali ada checkup .. Dia behave time masok 3 bulan .. Dia mula kurang menangis time keluar .. Dia jadi kuat tdur .. Secara x langsung dia ada jadual tdur dia sndiri .. Pagi lepas bangun mandi menyusu dia mesti tdur .. Dah bangun lagi menyusu dia nak duduk dlm rocker sampai tgh hari .. Tengah hari dia menyusu baru tdur smpai time nak mandi petang .. Dari dia 3 bulan dia mula behave sangat sampai sekarang umur dia 2 tahun .. Dia senang tidur x banyak songeh .. Dia senang makan bagi je apa makanan dekat dia .. Nasi dan ayam wajib untuk dia .. Lepas makan pun dia minta susu .. Tengah hari memang dia mesti tdur .. Kalau x tdurkan dia , petang nak maghrib dia sibuk nak tdur .. Sebab tu asal lepas makan tgh hari je bagi dia main kejap then buka tilam suruh dia tdur .. Dia dah x pakai buai dah dari umur dia 1 tahun .. X perlu dodoikan ke atau tepuk dia ke utk suruh dia tidur .. Dia pandai tertidur sendiri asalkan kipas dekat dia .. Kakak abang dia suka sangat dengan dia .. Dia ada time nak main ada time tgk tv .. Tgk tv pun dia x banyak bunyi .. Duduk atas sofa diam je tengok cerita kesukaan dia cocomelon tu .. Memang senang sangat jaga dia .. Saya buat kerja rumah langsung dia x kacau .. Saya buka tv dia duduk diam je saya buat kerja .. Dari mula nya dia meragam macam-macam menangis x henti nya .. Alhamdulillah dah besar senang sangat jaga .. Mudahan nur aqilah khayla membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah untuk ibu dan ayah😘
Perjalanan nur aqilah
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!