Mesej Erra Fazira Buat Pengantin Baru Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella

Malaysia dan Indonesia digembirakan dengan perkahwinan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella pada minggu lalu. Apa pula mesej dari bekas isteri Erra Fazira?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkahwinan menggabung dua hati…

Seluruh warga Malaysia dan Indonesia bergembira dengan berita perkahwinan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella yang berlangsung pada hari Jumaat yang lalu. 

www.instagram.com/p/BYx7aIZh2bi/

Perkahwinan tersebut tidak diumumkan kepada orang awam, kecuali para peminat hanya mengetahui mengenai ketika ia sedang berlangsung.

Khabar angin bermula seminggu lalu

Minggu lalu, pengantin perempuan, Bella, berusia 29 tahun, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an dan cantik mengenakan sepasang baju kurung berwarna biru.

Ia telah menimbulkan khabar angin dan membuatkan ramai orang percaya yang pernikahan pasangan ini, yang telah diperkenalkan oleh Nora Danish, akan berlaku tidak lama lagi.

www.instagram.com/p/BYz81A9hsz3/

Majlis pernikahan penuh intim dan meriah dengan tetamu

Pada petang Jumaat, majlis pernikahan antara Engku Emran dan Bella telah berjalan dengan penuh sederhana tetapi meriah.

Ramai selebriti dari Malaysia dan Indonesia telah menghadiri majlis pasangan mempelai ini. Antara yang hadir adalah Melly Goeslaw.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

www.instagram.com/p/BYyJnkND-GB/

Yang pastinya, anak tunggal Engku Emran, Aleesya, hasil perkahwinan terdahulu dengan Erra Fazira, turut hadir. Si kecil ini kelihatan menawan dan cukup tenang ketika majlis bapanya berlangsung.

Apa pula kata bekas isteri, Erra Fazira?

Aktres tanahair ini pasti menjadi tumpuan pada waktu ini. Apa agaknya reaksi wanita yang pernah berkongsi hidup dengan Engku Emran?

www.instagram.com/p/BYx1GkJjXVV/

Ternyata beliau wanita yang cukup positif dan sporting. Di laman IGnya, Erra telah menulis mesej yang sangat sweet buat pengantin perempuan Bella, anak kesayangannya Aleesya, serta juga bekas suami yang digelar EE.

Anak penyambung hubungan antara bekas suami dan bekas isteri

Dalam posting yang disiarkan oleh Erra Fazira, ada contoh tauladan yang dapat kita ikuti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perceraian bukanlah sesuatu yang diingini oleh setiap pasangan berkahwin, namun adakah ia bermakna, jika runtuhnya rumah tangga, maka terputus juga hubungan silaturrahim antara bekas isteri dan suami?

www.instagram.com/p/BYzFJ2nB5XN/?taken-by=iamkumbre

Seperti yang boleh kita lihat dari hubungan positif antara Erra dan Emran, mereka berdua kekal mesra dan menghormati, walaupun perkahwinan telah berakhir dengan perceraian.

Anak pula yang menjadi penyambung ikatan silaturrahim antara dua insan yang telah pun membawa haluan hidup masing-masing.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika inilah yang terjadi pada kita (berdoa agar dijauhkan), semoga kita dapat mencontohi sifat murni ini.

Buat Engku Emran dan Bella, kami di theAsianParent Malaysia, mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri.

Dan, buat Erra Fazira, semoga bertemu dengan kekasih hati yang bakal menjadi suami!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wahai Wanita, Jaga Aib Suamimu Seperti Menjaga Nyawa Sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor