7 Selebriti Yang Bahagia Lepas Perkahwinan Kedua - Gagal Pertama Kali Bukan Halangan Kecapi Bahagia

Meskipun pernah gagal dalam perkahwinan pertama, namun itu tidak bermakna mereka tidak boleh bahagia dengan pasangan baru...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak siapa mahu rumahtangga yang dibina dengan berpaksikan cinta akhirnya hancur sekelip mata dek kerana pelbagai punca. Akan tetapi, kegagalan dalam perkahwinan pertama kali bukan titik noktah untuk merasai kebahagiaan pada perkahwinan kedua. 

Bagi tujuh pasangan selebriti inim mereka mungkin pernah berduka dan bersedih di atas kegagalan perkahwinan dahulu, namun mereka tetap mencari pengganti yang sanggup hidup semati dan susah payah bersama. 

Inilah buktinya di mana perkahwinan kedua pasangan selebiriti ini lebih membahagiakan. Jom kita intai siapakah gerangan artis tersebut. 

7 pasangan selebriti dengan perkahwinan kedua yang lebih membahagiakan 

1) Norman Hakim & Memey Suhaiza 

Kredit: Ais Kacang

Meskipun Norman Hakim dan Abby Abadi telah bercerai dan mempunyai keluarga baru, namun ia tidak menjadi penghalang buat mereka untuk mengekalkan hubungan baik. 

Kini, Norman bahagia dengan perkahwinan keduanya bersama aktres Memey Suhaiza manakala Abby Abadi mendirikan mahligai dengan Jai Ezzany. 

Rata-rata peminat memuji keharmonian dan kebahagiaan dua keluarga besar itu dan mendoakan agar kehidupan mereka bahagia dan berkekalan hingga ke syurga. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Norman dan Abby telah berpisah, namun mereka berjaya mendidik anak-anak dengan baik yang dapat dilihat apabila anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang Hafazan Al-Quran di bumi Turki pada tahun lalu. 

2) Yusri & Lisa Surihani 

Kredit : Utusan

Umum tahu sebelum ini Yusry Abd Halim pernah berkahwin dengan aktres popular Erra Fazira, namun bahtera perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan akhirnya bercerai. 

Namun selepas beberapa tahun hidup menduda, akhirnya Yusry menemui cinta baru bersama pelakon Lisa Surihani yang popular menerusi filem Istanbul Aku Datang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan ini juga mempunyai dua orang cahaya mata lelaki dan perempuan yang diberi nama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. 

Semoga pasangan ini terus berbahagia hingga ke Jannah. Amin! 

3) Aidil Safuan & Zarema Zainal 

Kredit: Sakura Media

Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak Kebangsaan Malaysia, Aidil Safuan yang juga merupakan saudara kembar kepada suami aktres Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha. 

Terdahulu, Aidil Safuan pernah berkahwin dengan aktres jelita Rita Rudaini, namun perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama setelah dikurniakan dua orang anak lelaki. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas bercerai, Aidil Safuan sekali lagi mengisi kekosongan di hati dan memperisterikan Zarema Zainal yang merupakan sahabat baik kepada pelakon Nora Danish. 

4) Izreen Azminda & Ude 

Kredit: Astro Awani

Meskipun pernikahan Izreen Azminda dan Ude Wahid mendapat kecaman hebat daripada netizen, namun mereka dilihat cukup bahagia melayari bahtera rumahtangga di mana Izreen kini telah berbadan dua.

Malah dia dilihat cukup baik dengan anak-anak tirinya. 

Sebagai wanita yang pernah melalui kekecewaan dalam perkahwinan dahulu, Izreen redha dengan takdir yang tertulis buatnya apabila bertemu jodoh dengan duda anak dua. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Izreen dan Ude yang juga pemuzik bebas, melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Dengan sekali lafaz, aktres cantik ini sah menjadi isteri buat kali kedua. 

5) Yatt Hamzah & Mohd. Zulfadhli Khiruddin 

Kredit: Astro Gempak

Selepas lapan bulan menjanda, ternyata takdir telah menentukan pelakon dan penceramah bebas, Yatt Hamzah untuk kembali bergelar seorang isteri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemilik nama sebenar Haryati Hamzah bertemu jodoh dengan seorang jurukamera bebas, Mohd Zulfadhli Khiruddin dan kini menempuh alam rumahtangga dengan penuh kebahagiaan selepas melahirkan dua cahaya mata dari hasil perkahwinan kedua ini. 

Pada perkahwinan terdahulu, Yatt Hamzah mempunyai seorang anak perempuan tunggal yang diberi nama Suci Hanania Malika. 

6) Sherry Merlis & Ash 

Siapa yang tak kenal dengan pelakon kecik molek dan berwajah manis, Sherry Merlis di mana telah berkahwin kali kedua dengan Ash yang juga bekas suami kepada Dira Abu Zahar. 

Manakala Sherry sebelum ini pernah menjadi isteri kepada pelakon Esma Daniel. 

Hasil perkahwinan mereka sebelum ini, Ash mendapat seorang cahaya mata manakala Sherry Merlis dikurniakan dua orang anak.

Mengimbas kembali saat perkenalan mereka ketika sama-sama terlibat dalam produksi drama Cita dan Cinta arahan Azma Aizal Yusoof. 

7) Ac Mizal & Emylia Rosnaida

Kredit: Astro Gempak

Pelakon dan pengacara Maharaja Lawak Mega, Dato' AC Mizal pernah berkahwin dengan Shafnie Zainuddin yang turut terkenal sebagai model dan pengacara suatu ketika dahulu. 

Namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan dikurniakan dua orang anak lelaki yang diberi nama Shafiq Iman dan Shabil Iman yang kini sudah meningkat dewasa. 

Selepas perceraian tersebut, Ac Mizal bertemu cinta baru dengan pelakon Emylia Rosnaida dan perkahwinan mereka bahagia sehingga kini. 

Bahkan, ramai yang sudah mengetahui kejayaan AC bukan sahaja dalam kerjaya seni tetapi juga dunia perniagaan yang diceburi. 

Hasil perkahwinan dengan Emylia, AC Mizal dikurniakan dua lagi anak iaitu Mohd Reeve Damien dan Fea Eryssa. 

Sebelum ini hubungan AC dengan anak-anak isteri dahulu sedikit renggang namun kini hubungan semakin rapat ditambah dengan kehadiran adik perempuan mereka. 

Bahkan AC dan Emylia sentiasa menerapkan pentingnya menjaga kasih sayang sesama keluarga. 

Diharap kebahagiaan perkahwinan kedua pasangan selebriti ini berkekalan sampai bila-bila. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Astro Awani, Utusan 

Baca juga: