Perkahwinan 'Song-Song Couple' Tidak Sah Jika Undang-Undang Ini Masih Ada di Korea

Tahukah anda, perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo boleh menjadi tidak sah jika undang-undang lama Korea masih wujud pada hari ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti ramai anak muda (dan mak-mak?) yang patah hati melihat perkahwinan antara aktor dan aktres popular Korea Selatan, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo.

Sehinggakan, hari pernikahan pasangan yang sama cantik sama padan ini telah mendapat label “hari patah hati antarabangsa”!

Pasangan ini mula terkenal di seluruh dunia, termasuklah Malaysia, sejak drama bersiri Descendant of The Sun yang mereka bintangi meletup dan mendapat rating tontonan yang tinggi.

Perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo

Kredit: Songjoongkionly IG

Sejak membintangi drama tersebut, mereka telah digosipkan bersama. Namun keduanya selalu menafikan rumor itu.

Hingga akhirnya pada bulan Julai 2017, agensi dari SongSong Couple ini mengumumkan tarikh pernikahan mereka berdua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada 31 Oktober 2017 lalu, selebriti Korea Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah selamat bernikah, di mana mereka telah mengesahkan hubungannya menjadi ikatan suami isteri yang lebih abadi.

Undang-undang pernikahan dari susur galur keluarga yang sama di Korea

Yang menariknya tentang pasangan ini adalah Song Hye Kyo dan Song Joong Ki berkongsi nama keluarga yang sama, yang juga telah membuatkan mereka mendapat julukan SongSong Couple.

Jika undang-undang pernikahan Korea yang lama masih ada pada hari ini, kemungkinan besar perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akan menjadi tidak sah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Songjoongkionly IG

Akta perkahwinan yang ada di negara Korea sejak tahun 1957, fasal 809 ada menyebutkan:

Larangan perkahwinan antara pihak-pihak yang memiliki nama keluarga atau berasal dari susur galur yang sama. (1): Perkahwinan tidak boleh dilakukan antara saudara sedarah, jika nama keluarga dan asal usul nama kedua pihak adalah sama.

Undang-undang ini membuatkan orang Korea yang memiliki nama keluarga yang sama tidak boleh berkahwin antara satu sama lain.

Dan kalau dilakukan juga, maka pernikahan mereka dianggap sebagai tidak sah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai yang bermasalah kerana akta ini!

Malah, status anak yang lahir dari perkahwinan ini dianggap sebagai anak tidak sah dan bakal mengalami kesulitan ketika mendaftar sekolah kelak.

Pada tahun 1978, 4,500 pasangan dengan nama keluarga yang sama telah berkahwin. Jumlah ini kemudiannya meningkat menjadi 14,000 pada tahun 1988.

Persoalan ini juga pernah diutarakan di dalam satu cerita bersiri berjudul Reply 1988.

Di mana salah satu tokoh bernama Sung Sun Woo dan Sung Bo Ra saling jatuh cinta, namun dilarang bernikah kerana memiliki nama keluarga yang sama, iaitu Sung.

Perkahwinan mereka tidak diakui, dan hanya dianggap sebagai satu pasangan biasa dan tidak memiliki status pernikahan yang sah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila masa berlalu, undang-undang tersebut mulai menimbulkan banyak masalah.

Ini berlaku kerana banyak warga Korea yang telah jatuh cinta dengan orang yang memiliki nama keluarga yang sama.

Kredit: Straitstimes.com

Pemansuhan akta oleh kerajaan Korea Selatan

Kerana kewujudan akta ini, mereka terpaksa memutuskan hubungan, hidup bersama tanpa menikah, bahkan, ada beberapa pasangan yang telah membunuh diri kerana tidak dapat menikah secara sah.

Selama bertahun-tahun, pemerintah Korea mendapat tekanan dari masyarakat umum untuk mengubah akta tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hingga akhirnya pada tahun 2005, fasal 809 yang melarang pernikahan pasangan daripada nama keluarga yang sama telah secara rasminya dimansuhkan.

Jadi, pasangan dari keturunan yang sama sudah boleh berkahwin, selagi mana mereka tidak memiliki hubungan darah.

Selepas 12 tahun pemansuhan akta ini, perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo pun berlangsung.

Sememangnya, beruntunglah mereka yang bertemu dan jatuh cinta selepas akta tersebut dimansuhkan!

Sumber: The Asian Parent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Artis K-Pop Rain & Pelakon Kim Tae Hee Selamat Menyambut Cahaya Mata Sulung!

Penulis

Noor