10 perkara anak-anak belajar daripada perkahwinan anda

Jaga-jaga… Mata dan telinga anak anda itu sentiasa peka dan akan belajar semua perkara. Nak tahu apa yang dia belajar daripada perkahwinan anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua individu tahu faedah perkahwinan yang positif. Pasangan dengan perkahwinan yang positif akan lebih bahagia menjalani kehidupan dan memiliki kesihatan yang lebih baik.

Tapi, tahukah anda yang perkahwinan juga mampu mempengaruhi tumbesaran dan pembelajaran anak-anak? Hal ini melibatkan sifat keibubapaan.

Parenting Nation menyatakan ibu bapa dengan perkahwinan yang sihat akan membesarkan anak dalam persekitaran yang lebih baik dan anak lebih bijak!

Manakala, ibu bapa dengan perkahwinan yang bermasalah akan menyebarkan persekitaran tidak sihat lalu anak-anak akan membesar dengan rasa takut, tidak yakin dan trauma.

Jadi, apa sebenarnya yang dipelajari oleh anak-anak melalui perkahwinan?

1 #Maksud Sebenar Perkahwinan

Memang kadang-kadang, semarak lama yang kita rasa dalam perkahwinan akan hilang. Tapi, kalau anda dan pasangan berusaha untuk membaiki dan menghangatkan hubungan kalian, anak-anak akan belajar satu perkara – perkahwinan itu penting, harus dihargai dan dikekalkan.

2 #Cara Ingin Bina Keluarga Bahagia

Mesti sukar untuk mengimbangkan antara keluarga dan kerjaya. Semua ibu bapa menghadapi masalah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, kalau kalian berjaya mencuri masa untuk bersama-sama, anak anda pasti faham yang perkahwinan bukan satu kerja yang menyusahkan. Namun, perkahwinan adalah usaha untuk membina keluarga bahagia.

Mereka nanti pasti ingin membina keluarga bahagia juga!

3 #Cara Tangani Perbezaan Dengan Betul

Anda dan pasangan pasti pernah bertengkar dan berselisih pendapat di hadapan anak-anak. Tapi jangan risau. Cara anda menangani perbezaan pendapat dengan pasangan itu yang akan mempengaruhi anak anda!

Oleh itu, ketika bertengkar – cuba kendali perbezaan pendapat dengan tenang. Bukan dengan menjerit atau menghempas pintu. Nanti anak-anak akan faham bagaimana ingin menangani perbezaan dengan cara yang betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4 #Bagaimana Ingin Berunding Dan Bertolak Ansur

Selepas bertengkar dengan pasangan, kalian pasti akan berunding dan cuba bertolak-ansur, kan? Perkara ini juga akan dipelajari oleh anak anda!

Mereka akan faham bagaimana mereka harus menghargai pendapat orang lain. Dan berunding atau bertolak-ansur adalah jalan penyelesaian terbaik. Go anak mama!

5 #Maksud Komitmen

Perkahwinan adalah sebuah komitmen sebenar. Jika anak-anak dapat melihat perkahwinan sihat kalian, dia akan faham yang keluarga bukan bermaksud ada pada waktu senang sahaja. Keluarga ada ketika susah dan senang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6 #Cara Menunjukkan Rasa Hormat

Anak kalian akan memerhati semua tingkah laku anda dan pasangan. Cara kalian bercakap, berpegangan tangan, malah cara mengendali pergaduhan.

Kalau kalian tak menunjukkan rasa hormat di antara satu sama lain, mereka akan menganggap “hormat” itu tidak penting.

Cuba hormati pasangan, dan mereka akan faham erti hormat yang sebenar.

7 #Menghargai Insan Lain

Ramai ibu bapa terlepas pandang tentang kepentingan memberi penghargaan. Penghargaan itu salah satu keperluan manusia!

Jadi, anak-anak akan belajar bagaimana ingin menghargai orang lain, jika anda menunjukkan sifat sama pada pasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8 #Maksud Cinta dan Kemaafan

Daripada perkahwinan anda, si kecil itu belajar tentang makna cinta yang sebenar. Mereka akan memahami betapa penting mencintai dan mengasihi seseorang tanpa sebarang syarat. Malah, mereka juga akan faham konsep kemaafan mampu mengukuhkan hubungan.

9 #Cara Menzahirkan Rasa Cinta

Kalau kalian tak menzahirkan rasa cinta itu pun, tak guna juga! Jadi, jika kalian sering berpegangan tangan atau bergurau mesra dengan pasangan di hadapan anak-anak, mereka akan faham yang penting untuk menzahirkan rasa cinta, agar hubungan kekal sihat.

10 #Hubungan Melibatkan Dua Insan

Setiap hubungan bergantung kepada dua insan yang berkomunikasi. Mereka perlu berusaha dan berlaku jujur untuk memperoleh perkahwinan yang sihat.

Anak-anak akan belajar dalam perkahwinan, tiada istilah “saya sahaja” tapi perlu ada “kami semua”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi sekarang, selepas anda tahu apa yang anak-anak akan belajar melalui perkahwinan kalian, mari ambil kesempatan ini untuk membesarkan anak dalam persekitaran yang sihat!

Kalau anda ingin membesarkan anak yang sihat lagi bijak, mulakan dengan membaiki perkahwinan dan sifat keibubapaan anda dahulu! Hubungan perkahwinan yang sihat membawa manfaat untuk semua. Jangan terlepas peluang ini.

 

 

 

 

Sumber rujukan: Parenting Nation

Penulis

Ayu Idris