7 perkara dibuat oleh suami yang baik pada isteri

Para suami, jika anda tidak melakukan 7 perkara ini pada isteri anda, sudah tiba masanya untuk berubah!

Para suami yang dihormati, saya tahu sukar untuk mengimbangkan karier dan kehidupan berkeluarga. Ia benar-benar meletihkan. Namun, jauh di sudut hati anda – anda tahu isteri anda berbaloi untuk semua usaha ini.

Anda harus cuba sehabis baik untuk menggembirakan isteri anda. Oleh sebab itu, kami telah merangka senarai dengan 7 perkara penting yang harus dilakukan oleh seorang suami yang baik, kepada isteri mereka.

Jika anda tidak melakukan sebarang daripada 7 perkara ini kepada cinta hati dan ibu anak-anak anda itu, sudah tiba masanya untuk anda berubah! Lagipun, seorang isteri yang bahagia adalah sebuah kehidupan yang menggembirakan.

Semak senarai kami ini dan ketahui bagaimana cara untuk menjadi seorang suami yang terbaik:

1. Eksperikan cinta anda pada dirinya

Anda tidak perlu memerah otak anda, kerana perkara ini adalah salah satu perkara terpenting yang boleh anda lakukan. Seorang suami yang baik akan sentiasa memberitahu isterinya yang dia amat mencintai mereka, malah juga menunjukkan rasa cinta itu.

Kadangkala, mendengar anda mengucap ungkapan “saya cinta awak” adalah sebuah kelegaan yang dia perlukan. Tindakan berkasih sayang tanpa dijangka juga mampu menjamin seukir senyuman di wajahnya. Cuba ciuman di dahi, atau pelukan secara mengejut, untuk menceriakan harinya dan mengukuhkan perkahwinan anda.

2. Bersih dan kemas

Bayangkan anda pulang ke rumah – melihat rumah anda bersepah, menyakitkan mata dan kotor… tak kedengaran bagus, kan? Nah, jika anda tidak suka dengan konsep rumah yang tidak kemas, isteri anda juga pasti tidak akan menyukainya. Oleh sebab itu anda harus menjadi sebersih yang mungkin. Terdapat stereotaip terkenal yang mengatakan lelaki akan lebih “pengotor” dan tidak teratur berbanding wanita. Jangan kekalkan stereotaip itu! Tentang arus – maka pastikan rumah anda bersih dan menyenangkan, supaya isteri anda tidak perlu melakukannya. Isteri anda mungkin tidak akan berterima kasih secara terbuka atas tindakan ini, namun dia pasti gembira.

Klik seterusnya untuk melihat lebih banyak cara bagi menjadi seorang suami yang terbaik!

3. Tuliskan dia nota

Saya tidak mengatakan anda harus menulis surat cinta atau sebuah novel romantik seperti Nicholas Sparks kepadanya. Namun, saya hanya mencadangkan sebuah nota kecil, atau sehelai kertas dengan tulisan kata-kata manis, yang mampu membantu. Cuba tinggalkan beberapa jenis kata cinta atas nota dan tampal di cermin bilik mandi, dalam keretanya, atau juga dalam poketnya. Apabila dia menjumpai nota itu, dia akan tahu dia memiliki seorang suami yang baik.

4. Kendali kerja harian buatnya

Jelas sekali, kerja-kerja rumah harus dibahagikan dengan sama rata. Namun, dari masa ke semasa, anda juga boleh melakukan kerja seharian untuk dirinya. Ambil masa anda untuk mencuci dan menyeterika baju, membuang sampah, menyediakan hidangan, menyapu atau memvakum. Lakukan apa sahaja yang anda mampu untuk melegakan tekanan yang mungkin dia rasa di rumah. Sumbangan yang kecil ternyata membawa perubahan besar, dan dia pasti akan lebih menghargai usaha anda ini.

5. Sediakan hidangan makanan

Walaupun anda bukanlah seorang Chef terkenal, namun tindakan memasak sarapan pagi, makan tengahari malah makan malam buat isteri anda akan menunjukkan anda berusaha. Kejutkan dia dengan sarapan pagi di atas katil, atau makan malam ditemani cahaya lilin – yang telah anda usahakan dengan keras. Hati dia terjamin akan cair, dan dia akan gembira apabila anda berusaha untuk menggembirakannya. Walaupun masakan anda tidak sehebat isteri anda, namun ia adalah sebuah tindakan yang harus dilakukan oleh seorang lelaki, kepada pasangannya.

6. Puji dia hanya kerana anda mahu  

Pengukuhan bersifat positif boleh digunakan dan amat efisien dalam sebarang perhubungan. Perkahwinan ternyata tiada bezanya. Anda mungkin memikirkan isteri anda adalah wanita paling cantik yang anda lihat, atau anda mungkin fikir dia adalah seorang ibu yang terbaik di dunia… namun berapa kerap anda memberitahunya? Puji dia hanya kerana anda mahu memujinya. Ia amat bermakna untuk isteri anda, dan anda akan menjadi seorang suami yang lebih baik kerana melakukannya.

7. Bercakap dengan lebih mendalam bersamanya

Isteri anda adalah sahabat terbaik yang anda ada. Tiada sebab mampu menghalang anda daripada berbual secara mendalam, peribadi dan intim bersamanya. Jika anda merasakan anda telah lama tidak berbual secara mendalam, tentang topik penting bersama-sama dengan isteri anda – cuba berbual dengannya! Anda perlu membuka diri anda padanya, dan sebagai balasan – dia juga akan membuka dirinya pada anda.

Memanglah anda bercakap dengan isteri anda setiap masa, namun jika sudah terlalu lama anda tidak berjaga dan bercakap sehingga subuh, sudah tiba masanya untuk anda berbuat demikian.

Adakah anda melakukan 7 perkara ini kepada isteri anda? Jika tidak, cuba perkara ini dan beritahu kami betapa cinta hati anda itu amat menghargainya!